Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, October 8, 2008

Open House

Orang kampung raya dua tiga hari je. Orang town raya sebulan. Hujung minggu je ada open house. Almaklum lah, hari-hari biasa orang kerja. Free cuma hujung minggu. Time macam ni kalau pergi pasar mesti jem. Nak beli santan je kena beratur panjang. Yang jual ayam pula tak menang tangan. Agaknya malam-malam mengigau menghayun pisau.

Staff tanya tak buat open house ke. Aku cakap malas lah. Penat. Aku ajak yang lain pula datang raya kat rumah. Dia cakap buatlah makan-makan sikit. Nanti dia datang. Emm.. makan biskut raya je tak leh ke.

Buat ke tak nak. Buat ke tak nak. Penat. Bibik ada. Tak larat. Bibik ada. Pikir punya pikir aku cakap dengan husband nak buat makan-makan lah sikit untuk staff. Husband cakap alang-alang masuk dapur buatlah lebih sikit. Boleh panggil kengkawan dia. Student dia pun ada yang dah tanya. Emm......
Anak yang dengar, eh.. kawan dia pun ada yang nak datang. Anak yang lain pula dengar, eh.. kawan dia juga. Emm..

Well, dah memang nak masuk dapur pun. Adjust je lah kuantiti. After all, memang aku suka masak. So, dalam nak tak nak, buat la ala kadar untuk meraikan staff dan kawan. Kalau ada yang tak terjemput tu, faham-faham je la ye!

3 comments:

hidayah said...

Bilanyer??..he he he, datang bersusun bawak anak pinak nanti kang, jenuh juga tuan punya rumah nak layan..

Saya bagi laluan kat kengkawan yang lain lah..

LATIFAH HANIM said...

Sabtu ni stat kul 3. Semua sekeluarga dijemput.

Raja Faziliaton said...

Selamat Hari Raya, cikgu.
Arfan sibuk ajak gi rumah ummu. Sayang betul dia dgn ummu.Asyik tanya mana ummu kalau ummu tak dtg sekolah.
-ibu arfan-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...