Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, October 28, 2008

LATIHAN UNTUK KONVO

Hari konvokesyen tadika Aulad hanya beberapa hari sahaja lagi. Anak-anak perlu berlatih untuk persembahan semasa konvo. Semalam cuti Deepavali. Maknanya hanya ada 4 hari sahaja lagi untuk latihan. Hari ini pula ramai anak-anak yang tidak datang ke tadika. Sambung cuti la tu. Habis macamana ni dengan persembahan. Harap-harap besok ramai lah yang datang. Bukannya apa, takut takut mereka lupa apa yang nak dibuat semasa naik atas pentas nanti.

Kena faham juga, persembahan anak-anak ni mana boleh dapat yang perfect. Lagi tak perfect lagi kelakar. Mudah-mudahan semua berjalan lancar, tapi kalau boleh, ibu bapa paksalah anak-anak ke tadika ye...

2 comments:

Kembara Insan said...

Assalamualaikum,
Seronok dapat membaca blogspot cikgu ni. Keep it up, sebagai simbol komunikasi antara cikgu dan parents.
Latihan untuk konvo; tanya Arfan apa aktiviti? Jawabnya, entahlah. Biasa tulah budak-budak bukannya serius.
InsyaAllah semoga semuanya berjalan lancar.
-ibu Arfan-

ASH said...

salam,

kak pah, perdana pun sama juga. letih makan meruku kutt..

'zikr munajat'nye dalam keadaan berbisik!!

aduhhhh..syahdu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...