Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, October 4, 2008

sampah

Rasa-rasanya kan, orang Malaysia ni suka buat sampah. Kalau tak percaya, perhatikan je lah keliling kita ni. Berselirat dengan sampah. Ada yang hobi longgok sampah depan rumah. Depan rumah orang pula tu. Kononnya nak bersihkan rumah sendiri. Dahan-dahan pokok kat dalam pagar, nak kena trim. Pokok-pokok bunga yang dah tumbuh meliar nak kena bela juga. Lepas tu tak tahu nak taruk bahan-bahan buangan tu kat mana. Nak taruk depan rumah sendiri nanti tak cantik pula rumah. Jadi, buang la kat tepi-tepi rumah orang.

Saya cakap ni berdasarkan pengalaman sendiri. Di tepi tadika Aulad di Taman mesra, bertimbun orang buang sampah. Dari berbagai-bagai jenis. Begitu juga di Bangi. Habis nak buat camno. Nak marah kang, ishh.... Mahu tak mahu terpaksalah buat inisiatif sendiri.

Kalau kita berada dalam kereta, perhatikan kereta di depan. kadang-kadang kita nampak dengan selambanya orang buang puntung rokok. Kalau musim rambutan ke, langsat ke, ha.. main campak je kulit dan biji buah-buah tu keluar. Macam la dunia ni tong sampah dia. Apa salahnya letak plastik dalam kereta. Satu kat depan, satu kat belakang. Sampah-sampah masuk dalam plastik. Bila tiba tempat-tempat yang ada sediakan tong sampah, masukkan plastik tu ke dalam tong. Kami sekeluarga sudah mempraktikkan ini bertahun-tahun. Tak susah pun.

Kebersihan bukan setakat di rumah sahaja. Amalkan juga di luar rumah. Ajar anak-anak menghargai alam sekitar. Kalau satu Malaysia ni masyarakatnya tidak menjadikan membuang sampah merata-rata ni satu amalan, maka tidak adalah lagi sampah sarap di segala ceruk. Bolehkan ANDA?

3 comments:

al-brangi Online said...

dulu bila BN merintah, kita (PAS dan PR) ngutuk BN, pasal kajang dan bangi kotor.

sekarang PR dah merintah, bangi masih kotor. belakang petronas bangi tambahan, deretan kedai disitu penuh dengan sampah didepan. MPKj PR control, tolong-tolong lah weh jongok

Kembara Insan said...

Ummu, rasanya sampah daun & ranting yang ditimbunkan di selekoh naik ke bukit di jln mati sebelah sekolah aulad perdana tu kena tengok2kan sebab ada penambahan. Biasalah bila kita buat longgokan ada aja yang menumpang tambah (sampah yg tak patut).
Sukar juga bila nak pandu turun ke bawah, jln jd sempit.
-ibu arfan-

Kembara Insan said...

Maaf, bukan aulad perdana..aulad bandar baru bangi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...