Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, November 4, 2008

BELAJAR BAHASA

Belajar bahasa asing bukannya bermakna kita tidak mendaulatkan Bahasa Melayu. Apa salahnya kita mengajar anak kita belajar bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin, Bahasa Jawa, asalkan kita tidak membelakangkan bahasa kita sendiri.

Semasa saya di U dulu saya mengambil bahasa Jawa padahal saya bukan orang jawa. Saya pandai membaca o no co ro ko. Tulisan jawa berputar-putar macam tulisan tamil tapi saya boleh baca. (sekarang ni tak tau lah boleh baca lagi ke tidak). Bahasa jawa saya tidaklah bagus tapi orang jawa tidak boleh mengata saya di depan saya. Sikit-sikit saya faham. Tambah lagi pula pembantu rumah saya semuanya mek indon yang datang dari jawa. Dari mereka saya asah bahasa jawa saya.

Ramai rakan saya yang asal usulnya jawa tetapi tidak pandai berbahasa jawa. Kenapa? kerana mereka tidak mempelajarinya. Apa salahnya ibu bapa jawa ini mengajar anak-anak mereka bahasa nenek moyang mereka ini.

Sekiranya ibu bapa mengetahui lebih daripada satu bahasa, bercakaplah dengan anak-anak menggunakan bahasa itu. Gunakan kaedah 'seorang satu bahasa". Maknanya, sekiranya ibu bercakap dalam bahasa Melayu, sibapa pula bercakap dalam satu bahasa lagi. Sekiranya mengetahui lebih daripada dua bahasa pilihlah sama ada ibu ataupun bapa yang mahu menggunakan bahasa tersebut dengan anak.

Bahasa mesti dipelajari melalui latihan dan praktis. Ia perlu konsisten. Sekiranya bapa yang menggunakan bahasa inggeris, dia perlu menggunakan bahasa ini all the time. Nanti anak-anak akan sendirinya faham bahasa bapa dan berkomunikasi dengan bapa menggunakan bahasa itu.

Cubalah. Belajar bahasa asing adalah satu asset.

1 comment:

Hamirdin b Ithnin said...

1.ado haja baso nogori tak. eden blaja 30 taun tak pandai pandai.

2. Jam kau pasal lambek bona.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...