Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, November 4, 2008

MENABUR JANJI

"Abang tolong ibu jaga adik. Nanti ibu belikan abang mainan"
"Kalau adik tak buat nakal, nanti ayah belikan hadiah"
"Aiman belajar ye. Nanti kita ajak ayah pergi Cameron Highland"

Itu adalah antara janji-janji yang kita taburkan pada anak-anak. Adakah kita ikhlas semasa kita buat janji-janji tersebut ataupun sekadar mengumpan anak-anak supaya mengikut arahan kita. Apa-apa pun janganlah berjanji sekiranya kita sudah tahu bahawa janji itu hanya janji kosong.

"Mak kata nak belikan abang mainan"
"Mak belum gajilah sayang". Be specified. Kalau memang benar kita nak belikan hadiah bila dapat gaji, katakan begitu pada anak-anak.
"Abang tolong ibu jaga adik. Nanti ibu belikan abang mainan bila ibu dapat gaji"

Bila kita berjanji pada anak, anak akan menuntut janji tersebut apabila dia merasakan yang dia telah melakukan tugas yang diarahkan. Janganlah terlalu suka menabur janji. Hadiah bukan hanya berbentuk material. Cuba lakukan begini:
"Aiman belajar ye. Nanti Aiman jadi pandai". Bila anak itu belajar, walaupun selama lima minit, kita beri dia hadiah. Hadiah yang berupa pelukan dan ciuman. Berikan kata-kata yang memberangsangkan. Itu lebih bererti daripada membelikan dia itu ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...