Sekolah dah hujung-hujung. Anak-anak sudah ramai yang tidak datang. Tapi kelas aku tu aku tengok penuh je. Semangat betul anak-anak ni.
Ada yang bagitau masa cuti sekolah nanti nak pergi jalan-jalan makan angin. Ada yang nak balik kampung. Ada yang nak duduk hotel. Ada yang nak naik kapalterbang. Entah betul ataupun hanya cerita rekaan. Apa-apapun jagalah keselamatan. Kalau main kat swimming pool tu hati-hati. Jangan masuk tempat yang dalam. Emak dan ayah pun jangan lupa pandang-pandang anak tu.
Bila dah nak berpisah misah ni sayu lah pulak hati. Iyelah... menumpang kasih anak orang. Terbayang-bayanglah nanti di mata ni jeritan anak anak panggil ummu..... dan berkerumun memeluk aku. Semuga anak-anak semua berjaya di dalam hidup dunia dan akhirat.
Pada hari isnin nanti diminta semua anak murid kelas Jannatul Aad datang ke tadika. Ummu tak tahu hari-hari berikutnya ummu boleh datang ke tidak sebab mahu mengucapkan selamat berpisah pada anak-anak di Jasmin, Mesra dan Perdana pula. Jangan tak datang ye..

No comments:
Post a Comment