Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, November 6, 2008

PeNseL

pensel
pensel tulis
pensel warna
pensel tajam
pensel tumpul
pensel panjang
pensel kontot
pensel cantik
pensel jelek
pensel mahal
pensel murah
semua dikongsi bersama
tak kira siapa punya
kadang-kadang tertinggal di meja
atau di bawahnya
guru mengumpul setiap hari
untuk dipakai esok pagi
anak-anak tidak peduli
bukankah mereka diajar berkongsi?
tapi ada juga yang sentiasa bertanya
mana pensel anak saya
yang mahal harganya
maka yang serba salah adalah guru
hendak dicari tak tahu mana satu
maka belajarlah dari anak
mereka lebih faham
bahawa
pensel tulis
pensel warna
pensel tajam
pensel tumpul
pensel panjang
pensel kontot
pensel cantik
pensel jelek
pensel mahal
pensel murah
semua dikongsi bersama
tak kira siapa punya

1 comment:

ASH said...

senyumlah senyumlah wahai che mek molek..
kongsilah kongsilah wahai adik adik..

boleh cipta lagu ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...