Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, November 3, 2008

KaMi YaNg HAmpiR diLuPaKAn

Kerja kami tidak glamour. Cuma guru tadika. Bila orang bertanya kerja apa. Kami jawab guru tadika. Tidak ada sentuhan kekaguman pada jawatan tersebut. Kami sendiri tidak berasa kagum. Apatah lagi orang yang mendengar.

Apakah kelayakan untuk menjadi guru tadika. Kami tidak meletakkan kelayakan yang tinggi. Cukup lepas SPM. Tapi ramai juga di kalangan kami yang berkelulusan STPM, HSC, diploma dan Ijazah. Tapi apalah yang ada pada sijil. Orang tidak akan bertanya, you kelulusan apa. Orang hanya akan nampak bahawa kami adalah guru tadika. Satu jawatan yang tidak ada unsur keglemouran. Tetapi kami tidak kesah kerana kami yang memilih profession ini.

Kami bangga. Kami bangga kerana kamilah antara yang terawal memberi pedidikan kepada anak-anak kecil ini. Anak-anak yang tidak tahu memegang pensel dihantar kepada kami. Anak-anak yang tidak tahu mewarna dihantar kepada kami. Anak-anak yang tidak tahu menulis dihantar kepada kami. Anak-anak yang tidak mengenal huruf dan angka, dihantar kepada kami. Anak-anak yang tidak tahu mengira dan membaca dihantar kepada kami.

Setiap awal tahun apabila bermulanya sesi persekolahan, kami tetap menangani anak-anak yang mengalami sindrom perpisahan dengan ibu bapa dengan sabar. Kami pujuk mereka dengan kasih sayang. Kami tanamkan dalam diri mereka kepercayaan terhadap kami. Tidak kurang juga kami yang digigit, dipukul, dicubit, ditendang oleh anak-anak ini. Tapi kami balas dengan kasih sayang sehingga akhirnya mereka berasa bahawa mereka sebenarnya selamat bersama kami.

Untuk anak-anak yang tidak pandai menulis, kami pegang tangan mereka dan mengarahkan cara menulis yang betul. Untuk anak-anak yang tidak mengenal huruf dan angka, kami sediakan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian. Untuk anak-anak yang tidak pandai berkawan, kami galakkan mereka bergaul dengan rakan-rakan. Kami tidak jemu-jemu mengajar anak-anak ini sehinggalah mereka boleh membaca, mengira, menulis dan sebagainya. Daripada tidak tahu, kami asuh sehingga mereka tahu.

Kami juga mengajar asas fardhu ain kepada anak-anak ini. Kami ajar mereka tentang Allah, tentang solat, tentang zikir dan doa, tentang surah-surah AlQuran, hingga akhirnya anak-anak ini tahu mendirikan solat. Anak-anak akhirnya dapat menghafal surah-surah mudah yang boleh mereka bawa semasa solat. Anak-anak akhirnya dapat membaca doa dan zikir yang mana kadang-kadang ibu bapa sendiri tidak dapat menghafalnya.

Kerja kami tidak glamour. Tapi terdapat satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan. Kenapa? Kerana kami telah mencorakkan anak-anak ini. Daripada tidak tahu apa-apa, kami menjadikan mereka tahu dan pandai. Daripada anak yang kurang berani kami menjadikan mereka anak yang berkeyakinan. Apabila masuk ke darjah satu, anak-anak ini sudah pandai berdikari. Senangnya tugas guru darjah satu sekarang. Tidak seperti kita dulu-dulu.

Siapalah kami. Kami hanyalah di antara mereka yang hampir dilupakan. Apabila anak-anak masuk ke alam persekolahan sebenar, ingatkah mereka kepada kami lagi? Ingatkah ibu bapa kepada kami lagi?

4 comments:

ASH said...

Waaaaa waaaa waaaaa bior le saya pulok nak menangis.....

Nik Ha said...

Salam,bergenang air mata saya membacanya kerana bg saya, saya amat kagum dgn seorang guru tadika walaupun hanya dgn kelayakan SPM.bkn senang nak menghadapi karenah anak2 kecil setiap hari.apatah lagi jika beliau btl2 minat menjadi guru tadika bkn sekadar atas dasar kerja.kerana merekalah anak saya dah pandai pegang pensil, mewarna, mengenal huruf, nombor dll.Jasamu sungguh besar wahai insan bergelar cikgu..

Kembara Insan said...
This comment has been removed by the author.
Kembara Insan said...

Salam..Memang benar cakap cikgu. Saya yang pernah menjadi cikgu tadika,kadang2 tu tak faham dengan parents yg sombong dgn cikgu tadika.Pengalaman saya, bila kita memberi komen tentang anak mereka, mereka boikot kita pulak sedangkan kita sayang anak mereka seperti kita mendidik anak kita. Mungkin mereka fikir mereka bayar dan kita sekadar guru tadika yg kurang 'gah' seperti mereka.
Tapi ada juga parents yang baik sehingga sekarang 'keep in touch'.
Semoga Allah membalas jasa cikgu.Tahniah dan terima kasih since 3 anak saya belajar di Aulad.Tanpa cikgu siapalah mereka.

-ibu Arfan-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...