Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, November 1, 2008

NICKNAME

Ini cerita masa zaman sekolah dulu. Semasa di stf siapa yang bernama fatimah, mesti diberi nickname. Classmate aku ada dua orang fatimah. Seorang budak bangi lama, orang minang. Seorang lagi budak Penang. Fatimah Bangi lama kena panggil Ghor. Fatimah yang dari Penang tu kami panggil Hashim. Hashim tu sebenarnya nama bapak dia.

Satu hari, bapak si Hashim ni datang melawat dia. Masa tu kebetulan aku dan beberapa geng ada dekat porch. Porch ni pulak dekat dengan kelas kami di tingkat satu. Pakcik ni memanglah kami tak kenal siapa. Dia dan keluarga dia datang dekat kami dan bertanya sama ada kami ni kenal dengan anak dia atau tidak. Kebetulan lah tu. Memanglah kami kenal. Kami cakap, nanti sat kami panggil.

Hashim masa tu ada di kelas. Kami mendongak ke atas dan pakat jerit ramai-ramai. "Hashim..... bapak engkau datang...." Pakcik tadi terkebil-kebil. Apa pasal la pulak kami teriak nama dia. he..he.. kenangan silam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...