Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, November 29, 2008

PeLiK

Dua minggu lepas aku didatangi seorang ibu yang ingin mendaftarkan anak di tadika. Salah satu kerisauan ibu ini ialah
"anak saya ni pelat cikgu. Tak apa ke masuk tadika".
Saya kata, "tak apa. Nanti bila dah berkawan, secara tak langsung ia merupakan satu speech teraphy untuk anak itu. "
"Kawan-kawan tak ketawakan dia ke", ibu.
Memang sudah adat kanak-kanak, mereka akan merasa pelik akan benda-benda yang lain daripada yang lain. Dalam kes ini, kalau kanak-kanak tidak biasa dengan budak yang bercakap pelat, memang pada mulanya mereka akan merasa pelik dan mentertawakan budak itu. Tapi lama kelamaan rasa pelik itu akan hilang dan mereka tidak akan mentertawakannya lagi.

Bila menyebut fasal melihat benda yang pelik ini, aku teringat perihal anak-anak lelaki aku semasa mereka kecil. Waktu itu kami bersembahyang hari raya di surau kampungku. Ada seorang lelaki yang bibirnya sumbing. Anak-anak aku duduk sebaris dengan ayahnya dan lelaki itu pula duduk di hadapan mereka. Mereka tidak pernah melihat orang sumbing, lantas dengan suara yang kuat mereka bertanya ayah, "Yah, kenapa bibir orang tu terbelah" sambil menunjuk kepada lelaki tersebut. Ayah diam sebab nak menahan rasa malu. Almaklumlah, anak-anak menegur orang depan-depan macam tu. Kuat-kuat pulak tu. Lagi ayah diam, lagi bertalu-talu anak bertanya. Bertanya satu hal, kemudian mereka ketawa pulak. Ayah kenalah jawab dalam malu.

Dua sesi lepas ada beberapa kanak-kanak pelat di centre. Bila aku masuk ke kelas tersebut, seorang kanak-kanak mengadu kepada aku, "ummu, dia cakap pelat". Kanak-kanak yang mengadu itu agaknya tidak sedar bahawa diapun lebih teruk pelatnya. Tapi alhamdulillah sampai hujung tahun mereka ini tidak pelat lagi.

Bercakap pelat ini merupakan satu fasa dalam kehidupan sebahagian kanak-kanak. Semasa anak-anak aku kecil ada juga beberapa perkataan yang disebut tidak betul.
Farah berkata " Kapan koloban. Mak, kapan koloban" (kapal terbang)
Farah berkata lagi, "Mak, lantai mana"
'Tu lah lantai" Aku, sambil menunjuk lantai.
"Bukanlah, lantai ni..." Sambil menunjukkan leher. Rantai rupanya.
Fatimah berkata" mak, pintu sloling loor( sliding door) tak tutup"
Fatimah berkata lagi " sua pender imah mana " (spender. Slua dalam)
Kirin berkata "Sadin Bahadin" (Sdn Bhd)
Man berkata " Mas tu Man dah letak balik" (Masa tu).
Man sekarang ambil foundation di Uniten tetapi masih lagi gunakan "mas tu".

Banyak lagi perkataan lain tetapi aku dah tak ingat. Adalah natural kalau kanak-kanak bercakap pelat tetapi kalau oang dewasa bercakap pelat, tak dapek den nak nolong e. Kalau yang bercakap pelat itu bangsa bukan melayu, nak marah pun ada. Dah lahir dan beranak pinak di sini takkan cakap melayu pun tak reti-reti.
"Cikgu Ratipah, (bila pulak aku tukar nama). " Ini ada kaleling kontes.
You punye student lamai aa.." (colouring contest tu)
" Lu punye tingkap satu laun ka dua laun" Suami aku pergi kedai cermin.
Toke tu tanya tingkap tu satu daun ke dua daun.
"Dis one vely good ma. You buy one you get one flee" Salesman pujuk
suruh beli barang yang dia jual.

Masa sekolah dulu kawan aku cerita. Kawan aku ni sebelum ke JB bersekolah di Seremban. Dia kata classmate dia ada sorang budak cina. Budak ni suka sangat bertanya, " bell gone aleady ha.." (baca dengan pelat cina). Lepas tu budak ni dapat program student exchange. Bila dia balik, dia masih lagi suka tanya loceng dah bunyi ke belum tapi bahasa dia dah lain,
"Has the bell gone?" (kena baca dalam loghat british sikit.)

Maca tu lah ceritanya, adanya.

2 comments:

xiiinam751 said...

Teringat masa paraktikal di Morib dulu...
ckLah tanya seorang murid;
"Apa pekerjaan ayah kamu?
Dia jawab "hah?"
"Apa pekerjaan ayah kamu?"
"Hah?" Masih menggaru kepala dan tersengih2.
Lu punya bapa....apa kerja?"
"Oooooo...itu...jolok buah tuan ceggooo!!!"

(Baca: Kerja potong sawit di estet tuan dia!)

kakpah said...

hehe macam blue je bunyinye ckLah. Tapi tu le dia budak-budak ni. BM tunggang langgang. BI pun betabur. Dia paham bahasa sms je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...