Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, December 1, 2008

HENPON

Henpon satu keperluan. Kemana-mana kalau tak bawa henpon macam ada satu kehilangan yang teramatlah besar.
"Eh, apasallah henpon aku tak berbunyi-bunyi ni" (ini katahati orang perasan yang dia tu popular sangat). Bila raba-raba dalam handbag rupa-rupanya henpon tertinggal kat rumah.

Satu lagi kalau pergi shopping dua tiga beranak, lepas tu terpisah dalam orang yang bersesak-sesak, masa tulah henpon ni teramatlah berguna sangat. Kita ni yang menyopping memanglah tak teringatkan orang lain. Sebok membelek lepas satu satu. Yang suami kita tu melilau mencari kita tak jumpa-jumpa.
" Kenapa abang talipon tak angkat-angkat",
akhirnya setelah puas melilau terjumpa jugaklah kita ni.
"Hah? tak dengar pun"
Kita pun merabalah dalam handbag yang memang penuh dengan sampah sarap. Resit-resit yang dah setahun pun kadang-kadang ada terselit di celah handbag kita.
" La, patutlah tak dengar. Henpon tak bawak"

Budak-budak tadika ni ada jugak yang bawa henpon. Mula-mula aku ingatkan barang mainan. Bila aku belek-belek aku tengok henpon betul. Terjerit aku sekejap.
"Henpon sapa awak bawak ni nak oi.."
"Mama punyalah ummu."
"Kenapa bawak kat tadika. Mama tau ke"
"Tau lah ummu. Mama yang suruh bawa"
"Hello, ni puan Mama ye. Si polan ada bawak henpon ke tadika. Puan Mama tahu ke"
"Tau cikgu. Saya yang suruh bawak. Senang dia nak call saya"
MasyaAllah. Kok hilang henpon tu aku jugak yang susah.
"Mari sini ummu pegang. Balik baru ambek"

Masa anak aku AbdurRahman darjah dua dan Hussein darjah satu, aku membeli henpon aku yang pertama. Masa tu anak aku yang dua orang ni bersekolah agama dekat dengan kilang tu. Jauh teramatlah jauh dari rumah aku ni. Kalau jalan kakilah. Diaorang ni pergi sekolah dan balik sekolah naik van. Pergi sekolah tak ada masaalah. Masalahnya bila balik. Budak dua orang ni kalau habis kelas bukannya tahu nak tunggu van terus. Sempat pergi main sana sini dulu. Selalulah kena tinggal van dan selalulah juga kena balik jalan kaki. Bila tanya kenapa tak tipun mak, diorang jawab bila tipun mak tak ada kat rumah.

Henpon pertama aku beratnya dekat nak sekilo. Rupanya tak ubah macam botol air budak-budak sekolah. Oleh sebab besar sangat, aku terpaksa mencari handbag yang besar juga. Bila aku sandang handbag, bahu aku jadi labuh sebelah oleh sebab beratnya. Lepas tu keluar pulak model yang kecil sedikit. Aku tukar henpon. Kecil-kecil pun saiz dia lebih kurang macam remote TV. Lepas tu keluar lagi model yang canggih sikit. Aku tukar lagi. Henpon aku yang pertama tu aku jual. (Eh.. ada jugak orang yang nak beli tu). Henpon yang kedua aku campak je.

Henpon aku yang ketiga jenama alcatel. Aku ada simpan lagi. Ni rupanya.
Aku pakai lebih kurang setahun jugaklah. Lepas tu aku bagi je kat suami aku sebab dia tak ada henpon. Masa tu dia tak tahu lagi betapa mustahaknya henpon ni. Dah kena masa pilihan raya dan orang nak kontek dia susah, hah baru lah nak mencari henpon. Aku bagi je lah. Lagipun aku nak beli lain.

Lepas tu macam-macam model aku pakai. Aku ada beli Samsung. Masa pergi Makro henpon aku tu masuk dalam lubang jamban. Beli lain. Yang aku paling sayang sekali henpon Sony aku. Kecik je. Cantik. Satu hari aku pergi bank islam. Selesai urusan aku masuk kereta. Tak sedar ada penyangak buka pintu kereta dan larikan handbag aku bersama-sama dengan duit, henpon dan segala khazanah yang ada.

Sekarang aku pakai Sony Ericsson. Sebelum ni aku guna Nokia N73 tetapi selalu sangat 'hang'. Fedup, aku jual kat anak aku. Bukannya berkira tapi berniaga ni kan tak kira saudara he..he..
Yang ini pun tak tahu lah berapa lama boleh bertahan.

Henpon sekarang ni canggih manggih. Sampai tak tahu nak guna pun ada. Nanti jap aku nak cerita henpon suami aku. Dia ni jenis tak suka tukar-tukar henpon. Boleh call, boleh sms, kira dah cukup ok. Gadget-gadget yang lain boleh blah. Lepas dia ambek henpon aku yang kuning tu, dia beli Motorolla. Mula-mula oklah. Lama-lama, henpon dia ni boleh buat sekali call je. Lepas tu bateri habis. Bayangkanlah, habis satu call je kena charge betri. Agaknya dia fedup, lama-lama dia beli jugak yang lain. (selepas kena kutuk kedekut taik hidung masin). Dia beli samsung. Cantik juga lah. Lepas dua tahun (orang dah dua tiga kali tukar)henpon dia buat hal lagi. Macam tu jugaklah. Call sekali, kena charge bateri. Call sekali kena charge bateri. Anak beranak, adik beradik kutuk suruh beli baru tapi tetap mempertahankan kecanggihan henpon dia tu.
"Ok lagi ape"
Bila dah kena musibah, nak kena pakai henpon banyak, barulah tercari-cari yang baru. Sekarang ni henpon dia canggih. Siap boleh main internet lagi. Tapi kah..kah.. masih terkial-kial nak guna. Sampai sekarang ni tak tahu lagi macamana nak masukkan gambar henpon dia dalam komputer.

Henpon? Anak aku semua ada henpon sorang satu. Senang aku nak call diorang. Senang diorang nak call aku.

Canggih? Tak kiralah. Janji boleh call. Boleh sms. Boleh tangkap gambar.

Cantik? Mestilah kita nak beli yang cantik. Tapi cantik tu kan pada mata orang yang memandang. Cantik pada kita mungkin buruk pada orang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...