Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, December 15, 2008

antara angau dan tegar

Makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah.
Begitulah kata orang kalau dah teruk bercinta.

dan lagi...

dalam air terbayang wajah
dalam tidur terngigau-ngigau
Nasi ditelan terasa pasir

ni bagi orang yang dah terlebih angau

Ku kira perasaan begini hanya untuk orang yang mabuk bercinta sahaja.
Salah rupanya sangkaan hamba.

"bang.. kat bawah tu ha ada CC"
"Mana..mana.." dengan nada sungguh excited umpama terjumpa dengan kekasih.
"hehehe.. acah aje"
"cukup le pandai nak ngenakan aku"


"Semua orang pergi tidur"
Baru pukul sepuluh PAGI semua orang dah kena bughe masuk tidur.
Termasuk ngan aku sekali. Ape ke hal lah pulak laki aku ni.

"Jom lah pegi jalan-jalan"

"Nanti petang baru jalan. Sekarang masa tidur"
Uk ala hai.............

"Ayah nak kelua jap"

"Gi mana yah"

"CC"

"Mmm nak memblog lah tu"

"Tidur.."
Hmm.. tidur pun tidur lah. Sejuk-sejuk macam ni elok juga berbungkus dengan selimut.

Begitulah suami aku. Kalau tak mengadap laptop satu hari, dia akan menjadi resah gelisah umpama sang pungguk rindukan bulan.
Tak kira di mana berada,
di matanya terbayang blog
tidurnya termimpi blog
makanannya terhidang blog

Di Cameron Highland pun kejap-kejap hilang
rupanya mengejar blog

Ah.. sudah menjadi pemblog tegar rupanya dia.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...