Anak yang ikut cuma empat orang. Yang lain-lain tak pergi sebab ada alasan masing-masing. Seronoklah yang duduk belakang sebab tak payah nak berjimpit-jimpit. Boleh tidur-tidur baring lagi.
Dalam perjalanan naik ke tanah rata aku perhatikan banyak juga berlaku runtuhan tebing. Walaupun tak besar tapi bayangan jahat tetap menerpa dalam benak. 'Kalaulah tengah-tengah menaiki kenderaan ni tiba-tiba tanah ni runtuh'. Ish...
Setiba di Tanah Rata kami disambut udara yang terrrramatlah sejuk. Mungkin sebab hujan. Rasa rasa macam spring. Duduk di apartment pun terpaksa pakai setokin dan baju tebal. Kenapalah diorang ni tak pasang heater.
Beberapa hari tinggal di CH kami merayau-rayau jugalah ke beberapa tempat. Walaupun dah beberapa kali datang ke CH tempat tempat itu jugalah yang kami pergi. Dah tak ada tempat lain. Dan tempat-tempat itu pun sebegitu begitu juga. Tak ada perubahan. Kalau ada pun, adalah naik tempat-tempat penginapan baru dan juga gerai-gerai baru. Tapi yang dijual, itu itu lah juga. Pusing sana pusing sini, benda-benda tu jugalah yang kami jumpa. Hmm.. tak kreatif langsung.
Tengah-tengah sejuk mengigil, ayah ofer pulak
"Jom.. ayah belanja kat Starbuck"
Kopak duit pakcik tu 90 ringgit.
"Jom.. ayah belanja kat Starbuck"
Kopak duit pakcik tu 90 ringgit.
Bukannya nak beli.
Pinjam kedai tu punya untuk posing.
Toke tu jeling-jeling tapi budak-budak ni buat-buat tak paham
atau pun memang tak paham agaknya.
Pinjam kedai tu punya untuk posing.
Toke tu jeling-jeling tapi budak-budak ni buat-buat tak paham
atau pun memang tak paham agaknya.
Antara daya tarikan CH.
Strawberry tu memang tak sahlah kalau naik CH tak beli. Yang buat tak senang duduk ni bila tengok bunga-bunga ya Allah.. cantik cantiknya. Anak-anak puas menyabarkan aku. "Sabar mak, sabar". Tapi dalam sabar-sabar tu sempat juga la aku tibai bunga ros tiga pasu. Mengenangkan tak de tempat nak letak bunga dalam kereta tu je.Jumpa pulak buaian. Dulu masa kecik-kecik tak puas main.
Tiga hari di CH adalah hari-hari yang menyeronokkan. Cuaca dan udara nyaman. Hati tenang. Ada juga beberapa parents yang telefon bertanyakan pasal pendaftaran. Datanglah ke tadika. Ada guru yang bertugas.
Tadi semasa balik kami singgah di Bharat. Sempat jugalah bergambar sambil menengok pokok teh. Kalau jumpa pokok ni tepi jalan, memang tak kenal.
Bye bye Cameron Highland. Eh.. tak terrrlupa beli petai.
No comments:
Post a Comment