Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, December 18, 2008

pakailah alas kaki

Seorang ibu bertanya " cikgu, anak saya tak suka pakai kasut. Boleh ke pergi skul pakai selipar"
Saya jawab"boleh. Sebab masuk kelas semua alas kaki tinggal kat luar."
Jadi tak kesah lah pakai kasut ke atau pakai selipar.

Masa mula-mula sesi sekolah bukak, cikgu-cikgu semua berbuih-buih mulut mengajar anak-anak ni menyusun kasut @ selipar di tempat yang disediakan. Kena dua minggu masing-masing dah pandai. Tak payah lagi cikgu nak membebel. Tapi ada jugak tu yang suka main letak depan muka pintu. Tak ramai lah. Ni kes anak-anak yang tak makan saman. Aku ni pulak memang pantang kalau selipar bersepah-sepah. Apa lagi. Ambil bakul sampah, round tiap kelas.

"Sapa yang tak susun kasut, tak susun selipar, ummu masukkan dalam bakul sampah ni" Bertempiaran masing-masing pergi menyusun kasut. Ada yang kasut dah bersusun pun bertempiaran sama. Gara-gara menengok kawan-kawan kelam kabut keluar mencari kasut masing-masing.
"kasut saya dah susun lah ummu" Hmm yang kamu pergi keluar sama apasal.

Tapi kan, budak-budak ni memanglah namanya budak-budak. Hari-hari ada saja beberapa pasang kasut/ selipar depan muka pintu tu. Satu hari aku pekena anak-anak ni. Bagi jeran sikit. Aku tak round kelas bawa bakul sampah tapi aku terus masukkan beberapa pasang kasut/selipar yang bersepah tu dalam beg plastik. Pastu aku letak beg plastik tu belakang pintu. Aku buat kerja macam biasa sampailah waktu balik. Haha.. sampai aku terlupa pasal kasut tu. Kemudian aku dengar bising-bising kat luar. "bla..bla. kasut hilang..bla..bla..kasut saya tak ada....bla..bla..nanti mak saya marah...."

Aku jenguk keluar pintu opis " apasal.."

"Ni ha.. selipar budak-budak ni hilang. Entah sapa buang agaknya. Dah puas cari keliling sekolah" Jam tu jugak aku teringat pasal selipar yang aku letak belakang pintu.

"Ngeh..ngeh.. Ada kat belakang pintu tu ha"

"Kakpah ni. Penat kitorang cari." Korang kena paham la aku ni. Otak dah banyak kena serang virus.

Tapi tektik aku tu berkesan jugak. Besoknya tak ada lagi bersepah-sepah depan muka pintu.

Antara selipar dan kasut mana sedap pakai. Terpulang pada tempat kita nak tuju lah. Anak-anak aku pulak, beli kasut mahal-mahal, rak kasut yang pakai. Diorang lebih rela pakai selipar. Kadang-kadang pergi KL pun pakai selipar jepun. Yang lelaki lah. Yang perempuannya tak mahu jatuh standard. Tak main lah pakai selipar jepun.

Dua minggu lepas aku ke Alamanda. Fatimah dan Izzuddin ikut. Dah parking cantik-cantik, dah ready nak keluar, aku tengok Izzuddin tercari-cari dalam kereta.

"Kenapa dik"

"Mak, adik lupa nak pakai selipar"

Dia masuk kereta dari rumah tadi berkaki ayam rupanya. Teringat aku cerita makcik yang mahu ke pekan menaiki bas. Bila nampak bas dia menahan bas tersebut . Semasa menaiki tangga bas, makcik itu menanggalkan seliparnya. Bila sampai ke destinasinya, makcik tadi turun dan tercari-cari seliparnya yang di tanggalkan tadi. Aku tak sampai hati nak mentertawakan anak aku yang sebijik macam makcik itu. Aku raba-raba bawah tempat duduk aku dan mengeluarkan sepasang selipar jepun kepunyaan ayah.

"Hah.. pakai ni. Nasib baik ada selipar mesjid ayah ni"

Sekolah dah nak bukak ni. Nampak gayanya berbuih lagi lah mulut cikgu mengajar anak murid menyusun kasut/selipar. Aku kena bawa bakul sampah lagi ke..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...