Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, December 30, 2008

BILA NAK MAJU NI.....

Petang semalam abah berpesan, "sokgi tolong masukkan duit diorang ni dalam bank".
Pagi ni setelah melayan beberapa pelanggan, aku meninggalkan yati berurusan dengan ibu bapa yang berikutnya pula.

Sebaik aku menolak pintu masuk ke BSN aku perhatikan kerusi sudah hampir penuh. hati kecil aku berkata

"Alamak.. ramainya orang",
tapi aku teruskan juga langkahku menuju ke mesin mengambil nombor. Di tepi mesen itu ditulis,

"ISI BORANG DULU BARU AMBIL NOMBOR"

Ah, biaq pi la. Pepandai je engkau bagi aku arahan yang tak lojik ni. Kalau aku lurus bendul sangat ikut arahan engkau ni MESTI aku dah terlepas beberapa nombor.

Aku ambil borang dan isi. Ah, salah pulak. Apasal pulak aku isi borang pencen. Cari lagi borang lain. Isi. Kemudian melangok menunggu giliran. Adalah agak-agak setengah jam aku dok berangan-angan di situ. Bila nombor dipanggil, aku hulurkan borang dan duit. Selesai. Kemudian aku hulur pula bil-bil. (Suami aku punya bil. Siap di stapler lagi bil tu dengan duit-duitnya)

"Kak, lain kali jangan stapler duit ni ye" (Sambil terkial-kial mencungkil ubat stapler yang melekat dekat duit tu).

"Salah ni"

Sambung dia lagi. Agaknya jengkel kerana tak pasal-pasal kena cungkil ubat stapler.
Aku diam. Hati aku cakap, kalau tak distapler kang duit tu ntah ke mana melayangnya. Itu stail suami aku.

Selesai berurusan aku masuk ke dalam kereta. Suami bertanya,

"Ke mana lepas ni" Hehe.. dia hari ni dengan sukarela menjadi drebar aku.

"Pergi tabung haji". Sambil memasukkan resit-resit ke dalam beg (yang memang telah tersedia dipenuhi oleh resit-resit dan sampah sarap), aku membebel mengatakan sidia tu sound aku jangan stapler duit kat bil lagi.

"Ek ele.. sapa nak ikut cakap dia. Buat tak tau je. Pegi TNB tak de pun diaorang sound apa-apa!! Dia tak nak keje susah tu."

Aku malas nak jawab. Aku pun malas nak pikir. Ni karang kat tabung haji ntah berapa lama lagi pulak aku nak melangok.

"Apasal tak suruh dia bukak akaun kat CIMB je. Kan senang. Masuk duit je kat mesen tu"
"Dah cakap dah"
"Abis tu?"
"Apa yang abis"
"Ye la, apasal tak buat"
"Ntah. Dia kata nak bukak akaun kena ada seribu"
"Mak datok ai.. bank apa tu"
"Alasan je kot. Ni ha abah bagi duit lebih. Suruh dia bukak akaun CIMB. Kalau tak bukak jugak, nasiblah. Malas dah nak berurusan dengan kaunter ni."

Bila sampai di tabung haji, tekaan aku amatlah tepat. Orang ramai sampaikan melempah ke luar. Mahu tak mahu terpaksa jugalah aku meredah orang ramai tu. Tekan butang nombor, keluar nombor 1796. Aku berpaling ke paparan nombor di kaunter. Minah tu berkata " satu tujuh lima kosong". Aku menyabarkan diri, terus duduk menanti giliran. Aku tersengguk-sengguk entah ke berapa kali. Setiap kali tersengguk, aku pandang sekeliling. Manalah tahu, perasan jugak kalau-kalau ada mata yang memerhatikan aku. Ada pulak budak sebelah aku tersenyum senyum. Aku raba tepi bibir. Tak ada pulak keluar air liur. Saja nak tunjuk peramah kot. Aku balas senyum dan sedaya upaya menupang kelopak mata dari terus tertutup.

Akhirnya selesai jugak. Jam sudah pukul 12.20. Mak lamanya. Perut pula dah berkeroncong.

"Ke mana kita lepas ni" tanya drebar.

"Makan. Dah hampir kebulur ni..."

APA YANG SEBENARNYA AKU NAK CAKAP, "KENAPALAH BSN DAN TABUNG HAJI NI TAK SEDIAKAN MESIN DEPOSIT. BANK-BANK LAIN DAH MAJU DAH KE DEPAN. YANG NI BILA LAGI NAK MAJU"

2 comments:

ckLah @xiiinam said...

Dah lama bercerai talak 3 dengan BSN.....

'Eid Milladiyya Ya ukhti azizia!!!

ibundo said...

Tu lah pasal. Tobat dah nak masuk.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...