Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, December 29, 2008

Telefon berdering

Tengah tenggelam dalam kerja "gunting menggunting dan tampal menampal", telefonku berbunyi:

"Assalamualaikum w.b.t, bisa bicara sama Latifah?"

"Ya, Latifah di sini. Ini kak Raflis ya"


"Iya. Latifah dan keluarga sihat?"


"Sihat alhamdulillah"


"Kapan ya Latifah akan ke mari"


"Tanggal sembilan kak. Tiba di bandara kurang lebih jam sebelas"
"Nggak usah repot kak. Dari bandara kami ambil taksi terus ke hotel" Aku menyambung.

Setelah berbalas-balas maklumat kami meletakkan telefon setelah berjanji nanti bertemu di rumah kak Mis di Jakarta.

Kak Raflis adalah sepupuku. Lelaki. Tetapi orang Indon ni dah terbiasa lelaki perempuan semua dibantainya panggil kakak. Bapa kak Raf adalah abang kepada abah. Abang sebapa berlainan ibu. Datuk aku dulu orang Minangkabau. Apabila ke Malaya dia berkahwin pula dengan nenek aku emak abah. Datuk berulang alik di antara Minangkabau dan Negeri Sembilan dan menghasilkan anak di kedua-dua negara ini. Aku berjumpa mereka ini pun baru sebelas tahun kebelakangan ini. Kebetulan aku ke Jakarta pada waktu itu dan terus aku mencari keluarga yang "hilang".

Kak Raf akan mengahwinkan anak sulungnya pada 11 januari ini. Sebelum ini ada disuarakan isi hatinya supaya mencarikan jodoh untuk anaknya ini di kalangan saudara di Malaysia. Katanya untuk menyambung ikatan persaudaraan supaya tidak putus. Aku ni manalah pandai nak mencarikan jodoh untuk anak orang. Adalah aku bergurau-gurau dengan anak-anak dara aku "Susah-susah engkorang jelah kawin dengan orang jakarta ni"

"Weh.. tak ndak orang aih.. Ada ada je lah mak ni.."

Agaknya sebab menunggu jodoh dari Malaysia tak juga sampai-sampai, dicarinya lah minah indon. Hah, aku mengurut dada tanda lega.

Minggu depan aku ke Jakarta kejap untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sepupuku ini. Diorang kata majlis kahwin ni "Pesta". Pergi kejap je. Tapi sempat jugalah kot nak pergi ke Tanah Abang. Telekung murah-murah weh..


Gambar ni tak ada kena mengena dengan N3 aku ni. Hehe.. tengah gian nak download gambar. Budak duaorang tu anak bibik aku yang di Jakarta. Masa aku ke sana tengah tahun haritu aku sempat ke rumah dia ni.



2 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

yo ko?

ibundo said...

iyo. Buek tak tau lak. Raflis kirim salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...