Adam: Masa cuti saya pergi penang. Saya duduk hotel. Hotel tu tepi laut. Ummu nampak tak ada boat kat laut tu. Ada orang sorang. Kat hotel tu ada swimming pool. Ada orang sedang naik tangga swimming pool tu. Dia nak terjun dalam swimming pool.
Ummu: Yang ramai-ramai tu sapa.
Adam: Tu orang lah. Ramai orang kat hotel tu. Orang tu datang naik kereta. Naik moto pun ada.
Ummu: Kenapa hotel tu kecik sangat.
Adam: (sengeh) Ye la. nanti kalau lukis besar tak muat nak letak pokok.
Ummu : Seronok ke pergi hotel.
Adam: Seronooook!...
Hakim : Saya balik kampung rumah nenek. Rumah nenek ada ayam. Banyak ayam nenek.
Ummu : Tu gambar sapa.
Hakim : Gambar Hakim dengan kakak. Hakim bagi ayam makan.
Ummu : Nenek tak marah ke.
Hakim : Taklah. Nenek yang suruh. Ummu.. ummu.. atuk ada basikal. Atuk bawa Hakim naik basikal.
Ummu : (Sambil terpusing-pusing kepala melihat lukisan abstrak ini) Ini gambar apa ni aniq.
Aniq : (Dengan bangga) Gambar pokok cili. Banyak pokok cili tu.
Ummu : Siapa yang tanam.
Aniq : Ibu. Ibu tanam kat belakang rumah.
Aiman : Ada raksasa jahat nak serang orang. Orang yang bawah tu jerit minta tolong. Lepas tu datang helikopter nak tembak raksasa tu.
Ummu : Apa jadi pada raksasa tu.
Aiman : mati lah.
Huda : Ummu tengok saya lukis apa.
Ummu : (Aku tengok macam gamat je) Huda lukis apa ni.
Huda : Dragon. Tu tengok tu banyak sisik. Tapi dragon yang ini tak ada keluar api.
Ummu : Dragon tu sedang buat apa.
Huda : Dia terbang kat langit lah.
Anis : Hujan lebat. Semua orang duduk dalam rumah tak dapat keluar.
Ummu : Lama ke hujan tu.
Anis : Lama. Tak jadilah nak pegi shopping.
Begitulah di antara cerita-cerita yang dapat aku cungkil daripada anak-anak ini. Anda kena baca percakapan diorang dengan nada kanak-kanak. Kalau tak, tak jadi.
Tak dapat nak tunjuk semua gambar-gambar yang diorang lukis sebab nanti kang panjang sangat jadinya entry ni. Aku pilih-pilih je. Harap terhibur dengan keletah anak-anak murid aku.
Tak dapat nak tunjuk semua gambar-gambar yang diorang lukis sebab nanti kang panjang sangat jadinya entry ni. Aku pilih-pilih je. Harap terhibur dengan keletah anak-anak murid aku.
12 comments:
[gelak gulin-gulin study lukisan abstrak budak2 ni]
semalam baby w dah pandai lukis gambar tapak kaki, dan jari, ada 5 jari... rupa macam jari hantu, wakakakaka
seronok kn layan imajinasi kanak2 ni. yg paling best... gamba gamat..
err..Kak Pah punya lukisan tak tayang plak ke??
*lariiiiikk*
Dulu, aku ada tulis satu cerpen.tentang budak-budak. Dlm scene pengajian seni, cikgu suruh lukis tentang panorama masa depan. watak utama lukis ibu-bapanya(mati) jalan pegang tangan tepi tasik, pakai baju melayu dan kurung. budak2 lain lukis orang pakai baju silver cloth bulan dgn topi bulat balang ikan.
cikgu marah watak utama sebab engkar tajuk yg diberinya. tapi jawabnya: kalau dia diberi pilihan tentang kehidupan masa depan dia nak sama macam skrg ni. Orang pakai baju bulan dan topi balang ikan sebab masa tu mungkin ozon dah tak ade dan pencemaran teruk. Dia tak nak semua tu terjadi!....amacam kak?
Kat situlah ada kejujuran cerita mereka kan kak.. ada imaginasi dan ketulusan dalam memberikan penerangan sebab mereka tak pandai menipu ;) yg tanam pokok cili tu confius sat.. itu mesti pokok cilinya buah bnyak hehehehe ;)
Ha ha ha..
Gelak beso aku ari ni.
Kira pandai juga budak YANG namanya HUDA tu kan kan kan..
Berimaginasi menda yang tak de..
Mujur dia tak kata NAGA tu menggambarkan IBUNYA..
he he he..
wakakakakaka..
best kan layan bebudak nih?
Rantaro pon penah lukis satu objek..
bila saya tanya dia ckp..
yg ini binatang berbisa..
nama dia kala jengking..
gambonyer..
sepesen jer ngan dragon si huda...
:D
maksu, hang gelak guling guling aku yang berdepan dengan diorang hari hari dah tak terkira dah berapa kali aku terguling. Hmm.. hanya orang yang sayangkan anak anak saja yang terhibur dengan kehadiran mereka, cewahh...
kakngah. selamat singgah. Budak-budak ni memang mempunyai daya imiginasi yang tinggi. Sebab tu kpah lebih suka diorang lukis ikut kehendak hati. Takde special topic.
ungku, nkau tunggu ye.. satu hari nanti akan eden tayangkan eden punyo masterpiece.
nizam, orang kata let your imagination runs wild. Imaginasi tiada had. Budak itu boleh bayangkan apa saja yang dia mahu. So, cikgu tu tak lehlah nak salahkan dia. Pada dia masa depan tu tak mahu ada perbezaan dengan masa sekarang.
Err.. nko ni penulis ke. Ini komen akak je. Jangan lak bagi markah ye hehe..
iina, cili tu mula mula dia buat macam rumput. Berceracak gitu... Bila di kalernya, dah jadik macam tu lah punya abstrak pulak. Tapi anak yang itu ada sedikit special. Kalau makan mee ke, nasi goreng ke, kalau dia tak dapat ayam dia melalak... Semput lah aku nak mencarik ayam pulak.
ashley, tu la pasal. Ni daya imaginasi lebih ni. Macamana dia tau naga ni bersisik e. Naga ada sisik ke hehe...
kakpiah, layan budak ni memang best. Telebih layan kang aku pening gak. Silap silap bole tumbang ko tau. sembilan belas beb. sembilan belas orang tuuu... bobuih mulut aku tigojam sotongah tiap hari.
budak kecik pon tahu shopping
siti, tau dik oi. Akak ni kalau ilang kejap sebab ada hal kat luar, balik tu dia tanya " ummu tadi pegi mana. pegi shoping ke" Jangan memain bebudak ni.
adehh..adehhhh!!!
kelakar betul la budak2 tu kan? yg paling best cili tu. tang colah mano cili eh tu kan? ko dah jadi sambal?? hahahahah....
golak laie!!!!
jah, cili tu lobek amek buah e. ado yangdah masak, adao yang mudo ado yang dah jadik cili koghing. Dah jadi samba pun ado.
Post a Comment