Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, January 30, 2009

PANGGILLAH ANAK ANDA DENGAN NAMA YANG BAIK...


"Apa ada pada nama."


Ye la tu. Kalau nama korang cantik, sedap, memang la tak de hal. Tapi cuba nama korang helikopter ke, labu ke, ingat-ingat setuju tak dengan stetmen di atas tu.

Ini ada satu cerita benar. Di awal tahun 80an dulu masyarakat malaysia telah digemparkan dengan terciptanya satu nama yang telah diberikan kepada seorang bayi orang asli. Bayi orang asli itu dinamakan helikopter sempena "keterpesonaan" seorang bapa apabila ada sebuah helikopter mendarat di perkampungannya. Agak-agaklah sapa nama panggilan budak ni (masa tu budak le). heli? kop? kopter? likop? hell? hehe..

Apa yang nak aku cerita ni ialah berkenaan nickname. Ada kena mengena dengan nama kan. Ada di antara kita ni dipanggil dengan nama sebenar. Tak kurang pula yang dipanggil dengan nama yang tidak benar. Kat tadika aku ni kan, awal tahun je selalu pening pasal nama budak-budak ni. Budak-budak yang baru masuk la. Kita bagi namecard, dicicirkannya. Bila namecard takde, puas la iklankan budak tu setiap kelas "Ni anak sapa? ni anak sapa?". Sebabnya kita belum hafal nama dia. Belum hafal jugak rupa paras dia.
Bila kita tanya," Nama sapa?".
Dia jawab, "Abe".
Kita tanya,"Emak nama apa?"
Dia jawab "umi"
Kita tanya lagi,"Ayah nama apa?"
Dia jawab "Abi"
"Tinggal kat mana?"
"Kat Bandar Baru Bangi"

Ha, korang ingat tak mencabar ke jadi cikgu tadika ni. Pening wo.

Orang N9 ni kan namo glemer tak lari dari ujang dengan uwok. Sikit sikit ujang. Sikit ujang. Sampaikan kat kampung aku tu je entah berapa puluh orang ujang. Nak bezakan ujang ujang ni ditambah pula nama lain kat hujung tu. Jadilah ujang boloeng, ujang ko'ot, ujang potai, bermacam-macam lagi termasuklah ujang katun. Weh, ujang katun tu orang kampung aku tu.

Kalau bercerita perihal orang, "Uwok tu kan, bla..bla.."
"Uwok mano ni"
"Uwok bengot".
Dah la mengumpat, melabelkan orang lagi. Hah dah dapat dosa kering dua kali.

Ada uwan kat kampung aku tu dipanggil dengan nama wan cik sombong. Aku tengok uwan tu elok je menegur orang. Apehal kena panggil sombong tak de lah aku ketahui dan aku pun malas hendak mencungkil rahsia kesombongan beliau.

Masa zaman sekolah aku dulu, kawan-kawan aku satu kelas banyak yang dipanggil dengan nickname ni. Terutamanya mereka yang bernama Fatimah gerenti akan mendapat nama lain. Kelas aku ada dua Fatimah. Satu dipanggil Ghor (sempena raja India tu la), satu lagi dipanggil Hashim (nama bapak dia). Satu hari bapak Hashim ni datang visit anak dia. Kitorang ada kat porch masa tu. Bapak dia tanya, kenal fatimah hashim tak. Kita jawab la kenal sebab satu kelas.
Kitorang ni dengan bangganya ingin menabur khidmat pada pakcik tu.
"Tak pe pakcik, biar kami panggil" Kebetulan kelas kami sebelah atas porch tu.
"Hashim... Hashim... bapak engkau datang!!!" Agak-agak kan, apa perasaan pakcik tu. Kitorang memang tak de perasaan pun.

Kelas aku ada "mak aji" dan "makcik" sebab masa buat drama kelas diorang lakonkan watak tu. Langsung melekat sampai sekarang. Kelas aku jugak ada Jumishito Sukaimimura. Bukan orang jepun. Dia orang jawa. Nama dia Jum sebab dia lahir hari Jumaat. Bapak dia Sukaimi. Oleh sebab pendek sangat namatu, kitorang panjangkan bagi glemer sikit. Kalau korang nak tau, semua kawan-kawan aku ni dah jadi makcik-makcik termasuklah aku sekali keh..keh.. (Aku tak lama lagi nak jadi nenek korang tau tak).

Nama glemer aku? Eh, mana ade... Tapi kan, dulu masa zaman sekolah aku dulu aku ada penpal dari sekinchan. Dia panggil aku apa korang nak tau, Letty... kahkahkah..

Ceritalah pasal nickname korang pulak!!

9 comments:

lupekanje said...

acik ader bnyk nickname..yg fofularnya, cen, asal dari pekataan nick cencorot. masa tu begelanggang kat kedai kopi. kk.com.my. dah lebih spluh thn. shortcutnya, diorg panggey kak cen..skrg umoq dah btambah, tukau le jadik acik cen...leh kan..hehe.
pehtu, acik guna namo Gondrong..kt FB. Senornya gondrong ni masa kat icq dulu laie..masa nk daftar Fb da penin nk carik nama...letak je tuh..tmbh dgn nama dept.
cam nama kat yahoo gak...tentu org rasa acik ni brutal, sbb guna nama bonzer lazer...maleh nk pikir nick name ..apa yg telintas jer..acik daftar lak kat frdster, nk letak nma bonzer da ada org guna, acik letak je nama bornzer...janji bunyik samo..hehe..
sekian...hikayat nickname ku.

Mak Su said...

gitu? ahaks, pelik2 gaks cerita pasal nama-nama ni ek. saya tak ada nickname, gitulah nama dilahirkan, gitulah juga nama panggilan.

anak2 pun tak ada nickname, kecuali kalu mereka karang sendiri utk panggilan di sekolah tu pandai2 doranglah. kalau tak panggil nama, saya panggil kakak, kakngah and so on (anak2 saya nama ringkas jer)

:)

Nizam.Ariff said...

Oleh kerana nama aku boleh dikerat-kerat, aku ada beberapa nickname. Sebahagian untuk kawan-kawan rapat, sebahagian untuk kaum keluarga, sebahagian lagi untuk formal occasions ...dan bahagian yang akhir khas untuk aweks-aweks...jadi, aku dapat agak sape-sape yang bagi teks layang atau teks cinta...hehehe

Tijah Lawa said...

namo sey tijahlawa (lawa tu namo onyang sey), anak sey cem (encem. dio yg mandai2 lotak nick sindri nih), laki sey carlos (atas ketaksuban mo laki gabby desperate housewife dan feeling2 latina disobab'an kulit eh golap kit...

haa...cano.

kakpah said...

acik, osah boto brutal nickname acik nih. tapi sodap lai namo gondrong tu lah. acik gondrong hehe..

maksu, sebab tu buat nama anak ni eloknya yang pendek-pendek je. Bila panggil sebut penuh.

nizam, haah nama kau memang boleh dikerat-kerat. kalau panggil zam zam elok gak. ambik berkat.

tijah, ooo yang lawa tu onyen kau yo jah hehe..

Nizam.Ariff said...

Ok kak, taubat kak. Jangan kerat kak, aku takut....hahaha

iina said...

Hehhee kak.. ado zaman sekolah dulu sorg kwn rapat dulu panggil den jepun... itulah sesatu namo pelik yg penah kekwn den panggil.. lelain standard ahh ikut nami betul.. tapi namo jepun tu melekat kek dio jo.. ado ko sobab dio pggl gitu sobab muko den cam org jepun.. sabo jelah den.. ;)

kakpah said...

nizam. tobat? tobat sambal belacan.

iina, u ada rupa jepun kot. Tang mana tu.

ashley said...

Kak Pah..
Yang nicknamed nye nama HEMI tu sapo puluk ehh?
he he he...

Nicknamed saya boleh tahan juga la....
Mostly kawan pangel nama yang first tu. Tapi ada gak la yang pangge 'GORE'
'kereta angin'tu gelaran jugak..sebab apa saya tak tau...hanya mereka yang menggelar saja yang tahu.

asalnya sempena ngan nama Sharmila Tagore tu.

tapi kalau pangge Sharmila kang jadi seksi dan lawa sangat...
Jadi deme kerat nama Sharmila Tagore tu tinggal 'GORE' je bagi kat aku..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...