Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, January 7, 2009

Baru Tiga Hari Bersekolah


Hari ni dah masuk hari ketiga sekolah. Suasana di tadika dah makin aman dan tenteram. Cuma ada sorang dua je lagi yang belum dapat nak adjust dengan suasana baru dalam kehidupan mereka. Almaklumlah mungkin sebelum ni tak pernah berpisah dari mak bapak. Memanglah terasa benar sedihnya. Buatnya pula memang minat nak belajar tu tak ada. Lagi lah dia meraung.


Tapi kadang-kadang budak-budak ni auta je yang lebih. Kalau yang menghantar tu emak atau ayah, tengoklah dia punya ragam. Meraung-raung tak nak masuk sekolah. Semalam Aishah buat hal. Puas emak dia mujuk tapi dia tak nak juga keluar dari kereta. Menangis-nangis dia. Aku cuba nak dukung bawa masuk . Dia berlari keliling mak dia, siap dengan tarik-tarik kain lagi. Entah macamana dapat juga bawa dia masuk dalam kawasan tadika. Aku cakap dengan mak dia tinggalkan saja. Menangis memang dia akan menangis tapi kejap aje. Bila dia tengok mak dia dah tak ada, dia akan senyap.


Memang pun. Lepas tu bila dah masuk kelas, aku intai dari luar pintu. Elok je dia buat kerja. Siap berbual lagi dengan kawan sebelah dia tu. Kan aku dah kata, budak-budak ni auta je lebih. Guna psiko sikit, eloklah dia.


Kelas aku pulak, aku baru buat assessment tentang kebolehan masing-masing. Hmm.. ada beberapa orang yang masih blur. (Ni yang nak kena pulun habis ni). Aku letak target tiga bulan. Tiga bulan untuk aku bagi yang belum pandai membaca ni supaya dapat membaca. Seperti yang aku selalu cakap, kebolehan kanak-kanak ni tak semuanya sama. Ada yang pandai dan absorb apa yang kita ajar macam sponge. Untuk kanak-kanak yang seperti ini, ajarlah apa saja. Kejap je dapat. Kalau bagi kerja pun, dia buat macam kilat. Kejap siap. Ada juga yang pandai tapi berpenyakit 'M'. Kita bagi kerja suruh buat, sampai balik pun tak sudah.


Ada pula kanak-kanak yang lambat dapat. Untuk melayan yang lambat dapat ni lah aku kena bersabau banyak-banyak ni. Tambah lagi kalau yang jenis 'hujung dapat pangkal lesap'. Ihh.. tensen. Tapi dah sebab tugas kita ni cikgu, dan expectation parents pulak bila masuk tadika ni anak mesti pandai baca dan mengira, kita kenalah berpeluh ketiak untuk memenuhi expectation itu.


Tahun ini kelas aku ada Adam dan Huda lagi. Adam yang ini tak macam Adam tahun lepas. Adam tahun lepas habis satu kelas dia pusing ( How are you Adam. Ummu rindulah) tapi Adam tahun ni aku tengok agak berdisiplin orangnya. Huda ni pula mulut dia agak pot pet pot pet macam emak dia. Bila suruh baca, dia jawab "Saya tahu baca buku mak saya je". Nampak gaya kena bawa buku mak dia ni datang ke sekolah.


Adam ni aku rasa ada dsylexia sikit. Dia tulis nama dia ikut mirror image. Bila aku bagi namecard dia untuk dia menyalin, dia masih menulis huruf terbalik. Dah tu pula, D dah bertukar menjadi B (terbalik).




Hmm.. yang ni kena perbetul ni.

Anak yang ini pula tak ikut instruction. Lupa kot. Kita suruh trace tangan kiri tangan kanan, dua-dua dia buat tangan kiri.


Apa-apa pun, ni baru hari ketiga. Banyak bulan lagi ada untuk anak ni belajar. Kami cikgu-cikgu AULAD ni berharap sangat-sangat la supaya ibu bapa sama-sama ambil peluang untuk memandaikan anak-anak kita ni. Bantulah kami untuk membantu anak-anak anda.


Kalau anda rasa-rasa anak anda belum pandai menulis, suruh-suruhlah dia pegang pensil dan menconteng-conteng di rumah. Conteng atas kertas, jangan conteng dinding pulak.

Kalau anda rasa anak anda belum mengenal abc, bantu-bantulah anak itu mengenal huruf di rumah. Tak payah ajar semua serentak. Ajar mengenal 3 (TIGA) huruf seminggu cukup lah. Kami tahu ibu bapa sibuk tetapi luangkanlah masa untuk mengenalkan anak-anak ini 3 huruf seminggu. Satu huruf dua hari.

Kalau anda rasa anak anda belum menenal nombor, bantu-bantulah anak ini mengenal nombor-nombor yang cukup banyak di keliling kita ni. Belajar sambil bermain-main.


Kami harap kita akan saling bantu membantu.

5 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

informatif!

Nizam.Ariff said...

Kalau aku, mesti dah gemuruh dibuatnya...

xiiinam751 said...

ada tak yang hisap bucu bantal bucuk?

ashley said...

Saya baikk kak pah!!
Tak pot pet pot pet..
diaammm jer..

he he he..
hanya mengeluarkan butir butir yang bermenafaat jer!!

nasib kak Pah le menerima 'cucu' yang suka bercakap tu!!
he he he..

errr..dulu saya ada sorang student cam kak Pah cerita tu.
PARENT tak leh terima la..
apo nak buat?

kakpah said...

Prof, tenkiu.

Nizam, banyak cabaran yang terpaksa kami hadapi. Baik mengadap budak, baik mengadap mak bapak budak. Sabarr.....

CkLah, Ada Cklah. Cayalah. Budak lain ketawa pun diaorang ni buat dek je. Janji lepas gian.

Ashley, anak hang keja siap. Tapi yang tak tahan tu lah, tiap kali suruh baca dia cakap dia tau baca buku mak dia je.
Pasal parent yang tak boleh terima hakikat tu, nak buat camno. Kita cuba jela sedaya upaya kita ni nak bagi anak dia pandai. tapi kalau dah tak mau pandai-pandai gak hmm..........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...