Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, January 8, 2009

DI MANA KU CARI

Puas aku mencari. Ke luar, ke dalam, turun, naik. Tangan menggaru-garu kepala. Biasalah, bila tak berjumpa apa yang dicari, secara otomatis otak akan mengeluarkan arahan kepada mulut dan mulut akan membebel-bebel sama ada pada diri sendiri atau orang lain.


"Kat sinilah aku letak"
Bercakap pada diri sendiri , sambil mencekak pinggang.


"Sapa lah yang amek ni",
mulalah pulak kepala ligat memikirkan nama-nama untuk dibuat tuduhan. Alahai, masa ni la engkau nak ilang.


"Usen, ada amek kamera mak ke" Suara dah separa menjerit. Betapa tidak, penat dah menyelongkar sana sini. Ketiak pun dah berpeluh-peluh.


"Mana ada. Usen tak amek ar. Tanya bangcik". Sasaran pertamaku sudah menidakkan tuduhan.


"Basyir, kamera mak mana" sambil mencekak pinggang juga. Sesekali menggaru kepala yang memang gatal.


"Tak tau. Tak ada amek." Tak mengaku jugak.


Habis dah semua orang aku pakai belasah je tuduh tuduh. Tapi semua tak mengaku. Semua taknak mengaku yang dah terambik kamera aku tu. Aku nak guna kamera la. Aku nak tangkap gambar ni. Nak tangkap gambar masuk dalam blog. Agaknya mesti kamera yang diorang ambil ni dah dihilangkan ke, dah pecah ke, dah rosak ke. Sebab tu tak de yang nak mengaku.


Sebab dah keletihan, (eh, maunye tak letih), aku terduduk sebentar atas kerusi tempat aku melepak dalam bilik ni. Duduk sambil termenung sambil kepala masih berputar ligat memikirkan semua posibiliti. Kemudian.. bagaikan satu suis telah tercuit di dalam kepala hotak, tanganku tergerak untuk mencapai beg di sisi tempat duduk ini dannnn... aku nampak dengan mata kepalaku akan benda yang aku cari-cari bagai nak rak tadi.


Haha...rupanya aku membuat tuduhan-tuduhan dan andaian-andaian palsu. Pesalahnya adalah aku sendiri.

5 comments:

Nizam.Ariff said...

Kita Melayu, kita telah disumpah oleh sang pendeta, kerana itu, kita Melayu kita alpa, kita Melayu yang mudah lupa.

Mak Su said...

alamak! (tepuk dahi)

ashley said...

Kak pah..
amnesia ke mende ni?
he he he..

sukahati jer nak tuduh tuduh anak..
sian bakal bakal menantu saya tu!!

..ha ha ha..

xiiinam751 said...

Asyik berblog....kekadang membikin ckLah sedikit biul....he..he..
Astaghfirullahal 'adziiiiimmm...

kakpah said...

salam semua.
nizam, nasib baik kpah ni melayu tak lupa daratan.

mak su, hehehe..

ashley, penyakit aku dah menjadi-jadi lak. Kadang-kadang berlawan-lawan lak dengan laki aku.

ckLah, kpah pergi jakarta tiga hari. Hotel tu punya internet pulak problem. Gian cklah.. gian berblog.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...