Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, January 26, 2009

JANGAN UNDERATE ANAK-ANAK TADIKA

Budak-budak tadika dari perspektif seorang guru:

BIJAK

"Cikgu, kenapa ha kalau kita berak kita kencing tapi kalau kita kencing kita tak berak?"
Wadooh.. pening kepala cikgu nak jawab.


"Alif, kamu pakai kasut terbalik tu" cikgu.
"Terbalik? Takde pun. Ha.. tak de pun" sambil menyilangkan kaki kiri ke kanan dan kaki kanan ke kiri dan berjalan terlompat-lompat dengan kaki bersilang.

PANDAI

"Okay children, look at page 5 bla..bla..bla.. and you can start your work now. What do you say before you start your work?"
"Bismillahirrahmanirrahim...."
"ummu, ni kacang je ni"
"ummu, I'm done" Laa.. air liur belum habis merembes lagi dah siap.


AUTA

"Waa...waa... tak nak sekolah... tak nak sekolah" menangis terlolong-lolong sambil guling-guling badan. Habis kain emak kena tarik. Emak tak nak layan sangat, tinggalkan je anak tu dalam kawasan tadika dan terus pergi kerja.(Tabik lah dengan mak ni). Anak masih waa....waaa... sambil ditenteramkan oleh guru. Lama-lama senyap tak ada lagi waa..waa.... Aku tengok budak tu tengah main gelongsor. Siap gelak gelak lagi dengan kengkawan.


TAK MAKAN SAMAN

"Kakpah, aku nak cerita pasal aiman ni" cikgu yati bercerita sambil gelak terkekek tak habis-habis.
"Apekebenda"
"Si aiman tu nakal na tak makan saman. Aku pegi kat dia aku cenggelangkan mata. Dia tak takut pun kakpah. Dia tengok aku balik tepat-tepat kat mata aku. Dia besarkan mata kat aku pastu dia buat macam ni" yati menjulingkan matanya. Kami ketawa berdekah-dekah sampai keluar hingus.
"Ha..lain kali guna la tektik lain".


BUSYBODY

"Ummu, ummu pakai tudung warna tu tak kena lah dengan baju"
"Ummu, ummu pergi mana tadi. Pergi shopping ye"
"Ummu beli henbeg ni kat mana. Mak saya banyak henbeg. Mak saya pakai kasut sama kaler dengan henbeg"
"Kenapa ummu taknak makan. Ummu diet eh"

"Cikgu Hakim yang mana satu?" Seorang emak datang bertanya.
"Yang itu ha, kenapa puan"
"Hakim tu tanya dengan saya" sambil ketawa ketawa.
"Ibu ada tak ubat jerawat" emak itu ketawa ketawa lagi.
"Saya tanya kenapa. Hakim cakap nak bagi cikgu dia sebab muka cikgu dia ada jerawat" Kah..kah..kah..


Begitulah. Jangan underate budak-budak ni.

6 comments:

ashley said...

Yang BUSYBODY tu yang best sekali..
ha ha ha..

Esok beli CLOROX!!
kasi basuh..cuci sama itu budak..

tak pun cikgu pula guna untuk rawatan muka.

KAH KAH KAH..
golak bosa den!!

Nizam.Ariff said...

Aku kalau ada masalah, aku selalu gak tanya budak-budak kecik. Kadang-kadang, dia orang boleh kasi idea penyelesaian. Memang tak masuk akal, tapi kita ambil secara analogy je then apply kat masalah kita. Sebabnya, fikiran diaorang ni memang 'out of the box'. Fikiran dia orang tak ada sempadan mustahil. Fikiran dia orang straight to the point. Tak caya, kak boleh cuba...

kakpah said...

ashley, memang hari-hari golak bosa. sebab tu la aku ni awet muda (HAHAHA... lagi bosa golak den).

nizam, betul tu. diorang ni kalau bercakap memang takde selindung-selindung. Main cakap je.(ni akak dah delete ni cerita-cerita rumah tangga. Tu pun diorang nak cite ngan cikgu....)

iina said...

Hehehe dahsyat ekk gosip mosip bebudak tadika ekk.. kalau gosip artis hehehhe ;)

Tijah Lawa said...

kids will never lie.

tu yang kekadang makan ati pun ado gak tu. sesekali jumpo anak sedaro maso rayo..

"e'eeee...mak ngah dah gomok"

huwaaa!!!!tapi kelakar!!!

kakpah said...

iina, ada bebudak ni kalahkan mak datin. betulll..

tijah, bebudak memang tak tau bodek membodek. Somo direct. kalau dah gomok tu takkan la nak cakap slim lak kan, kan..kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...