Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, January 25, 2009

MAKAN IKAN BAKAU

Seperti yang dirancang, petang semalam kami ke Melaka. Tujuan: 1. emak mentua nak balik melaka 2. nak makan ikan bakau.

Walaupun dah memang agak mesti highway jam, kami redah juga. Belum sampai beberapa minit keluar dari tol UKM, jalan ke selatan dah mula macet. Merangkak-rangkak perlahan-lahan macam kura-kura.



Lama jugak dalam keadaan seperti di atas. Sampai Nilai kami lihat mamat ni tercegat tepi jalan.


Mungkin kereta dia rosak. Budak-budak ni sempat lagi mengutuk mamat ni, " uk ala.. ingat apehal la tadi jem. Rupa-rupanya kereta slow sebab mamat ni ha". Kami gelak-gelak apabila kenderaan mula memecut laju. Tapi... adalah dalam satu kilometer agaknya. Lepas tu kereta mula perlahan balik sampai la ke Seremban. Ghupo-ghupo e ghamai bona anak omak yang nak balik kampung. Takkan somo e oghang Pilah lak kan.

Dipendekkan coghito, eh cerita, setelah melandingkan mak mentua di kampung paya baru, kami pun terus ke Umbai medan ikan bakau. Siapa-siapa yang belum pernah ke medan ikan bakau di melaka, pernah-pernahkan lah. Boleh pilih mana yang pekenan, serkam atau umbai. Dulu-dulu ikan yang disediakan ori lagi. Fresh dari laut. Tapi sekarang ni dah tak ori dah. Mungkin di ambil dari pasar atau dari tokeh kolam ikan kat mana-mana.


"berapa ekor"
"kita lima orang 3 ekor cukup lah" (anak 3 orang je yang ikut).
"ayah, nak sotong goreng tepung"
"bang, nak ketam" bini pun ngada-ngada gak.

Setelah berpesan-pesan ikan bakar biasa, ikan bakar bercili, sotong goreng tepung, ketam masak sweet sour, maka kami pun cari le tempat duduk. Oleh sebab masa kami sampai tu orang belum ramai, tak de lah lama sangat kami menunggu. Kejap je dah sampai.

Ada beberapa hidangan yang tak sempat nak ambil gambar sebab sampai-sampai je juadah tu, semua orang pakat terkam. (Orang melaka kata dah kebulo nau). Wei.. malu aku nak tengok gambarkat bawah ni.


Satu lagi kan, makan ikan bakau kat melaka ni tak sah kalau tak dimakan dengan nasi lemak dibungkus dalam daun pisang. Tak caye? Kena la caye. Ada sekali dulu aku makan ikan bakau kat bahau, tak de nasi lemak. Eh tak kow la. Bila kitorang request dengan adik jaga gerai tu dia kata "kat sini orang tak makan ikan bakar dengan nasi lemak".


Kami meninggalkan medan ikan bakau beberapa minit sebelum azan maghrib. Setelah menunaikan solat dimasjid Bukit Katil kami meneruskan perjalanan balik ke Bangi. Drebar pula asyik menguap. Mengantuk sebab kekenyangan ? Apa-apa pun, co pilot enggan mengambil alih sebab dia pun kekenyangan jugak.


Semasa dreba tengah tido ni sempat jugak aku buat teka teki dengan bebudak ni. Teka teki ni aku cilok dari saipul apek.
"Apa bendanya, malam dia hidup. Siang dia mati".

Haha.. teka la kalau dapat.

9 comments:

Tijah Lawa said...

mlm idup..siang mati. drum roll plisss!!! jawapan eh..

IKAN...

montang2 mkn ikan bakar kemain eksen siap bg tokotoki kan?? kak, akak nampak tak ado keto itam naik exit bkt mahkota tu? hahhaa..tu sey la tu. semlm blk dr KL menyosa masuk hewey. tau ikut jln lamo kajang yo. keluar bkt makoto nyusor masuk nilai last2 ikut mantin. osah cam merentas desa eh semlm...

kakpah said...

Jah, kau ni tak bagi can boto lah. Ni mosti pominat apek ni. Hah, kok iyo kau pandai apo dio kocik hitam bosa putih. kik..kik..kik.. mulo-mulo akak dapek toko toki ni togolak bosa dibuek e.

Weh.. bukan ko keto kek highway tu somalam sumo e itam. Nanti jap cek mo anak. Ngeh..ngeh.. anak cakap omak yang pakai comin mato itam.

Nizam.Ariff said...

Kak, kalau balik Melaka, aku selalu makan Ikan Bakar kat Anjung Batu, tak jauh dari Merlimau. Tempatnya OK gak, tak la sibuk macam Umbai.

Tijah Lawa said...

kocik itam...bosa putih???

ala kakkk!!!

MAIKEL JEKSENNNN!!!!

kan? kan?? dahla kak. sey pi bangi sok sey roger akak. kono belanjo nih. dah 2 kali dapek jawab kan?? sey nak mkn cikencop kek restoren rimba pkns yo?? huhuu...

iina said...

Kak selain ikan.. semua makanan laut yang akan makan kek medan ikan bakar tu ler jawab ye.. malam idup.. siang mati.. petang masuk perut hehhehe.. sebut2 ikan bakau nie kan kak.. cian kek den tau kak.. takdo meraso lamo dah tau waaaaa... takpe den balik tak lamo laei harap2nya ;)

kakpah said...

nizam, tak penah lak pegi kat situ. nko orang melake ke.

tijah, konfirm la kau ni pominat apek. Maikel jeksen dah jadi mikail.
Datang bangi, roger la. restoren kek bangi nek moyang manyak. pilih yo mano pokonan.

iina, lama lagi ke nak balik. dah balik sok cakap kek akak. akak bolanjo ikan bakau tapi iina yang bayau ngehngeh..

ashley said...

Saya dah belasah ikan bako kat melaka tempohari kat Sg Duyung. makan udang.sotong dan kerang kerangan.
Almaklum..kemaruk.

Pergi Kuantan pun belasah ikan siakap ngan pari..

he he he..

Nizam.Ariff said...

Kak, orang rumah orang Melaka. kampung nenek dia kat Merlimau. Sekitar kubur Tun Teja...

pUmpkiN guRL said...

wah ~~
best nye makan ikan bakar. nak
gak. hehe. cian nye lik mlake
jln jem teruk.hehe. dugaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...