Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, January 20, 2009

I HAVE A BIG FAT CAT AND HE HATES RATS

Untuk tugasan di rumah, aku bagi muridku cerita pendek mengenai kucing. Ia adalah satu latihan membaca dengan menggunakan kaedah phonics dan look and say. Bagi parents yang kurang arif dengan phonics, memadailah dengan membacanya berulang-ulang bersama anak (look and say) atau dalam simple BM nya, menghafal. Sesiapa yang ingin mengajar anak membaca (yang belum pandai baca english) copylah cerita di bawah dan baca dengan anak:

A cat.
This is a cat.
A rat.
This is a rat.
A mat.
This is a mat.
A hat.
This is a hat

The cat sat on the mat.
The rat sat on the hat.


Aku suka mengambil contoh kucing apabila membuat aktiviti dengan murid. Sebab kucing adalah binatang kesayangan Nabi Muhammad saw dan juga kesayangan kebanyakan orang. Anak muridku suka kucing dan rata-ratanya ramai yang membela kucing sebagai pet mereka di rumah. Apabila ditanya kucing suka makan apa, mereka akan jawab makan ikan. Dan memang pun kucing tak boleh jumpa ikan. Bila kita masak ikan saja, mulalah dia mengiau-ngiau tak berenti. Bagi kucing yang tidak berdisiplin, pantang ikan terlepa di dapur habis di ngap.


Aku ada kucing. Ku namakan Jordan sempena aku ziarah Jordan semasa membuat umrah pertengahan tahun lepas. Semasa ketiadaan aku dia dengan muka tak malunya telah menjadikan dirinya pet di rumah ini. Anak-anak merengek supaya aku membenarkan Jordan terus tinggal bersama kami. Oleh sebab didesak (dan juga kerana aku pun sayang kucing) aku kata boleh tapi aku beri amaran pada jordan "kalau nkau nak tinggal di sini jangan kencing terberak dalam rumah dan doakan juga rezki untuk kami". Jordan kata "meow..." and I took it for granted that the answer was "ok..".


Jordan kept his words. Kalau nak kencing terberak dia pergi keluar jauh-jauh. Anak-anak aku pula suka manjakan dia. Entah kenapa dari mula lagi dia tak suka makan nasi atau tulang ayam. Anak aku belikan crackers yang dijual kat animal shop tu. Ala.. yang repack punya. 3 kilo harga baru 14 ringgit. Aku ada rezki lebih. Aku rasa tak ada salahnya sedekah kat kucing ni. So, dari kurus kering jordan makin gemuk sehingga satu hari dia tak lalu makan sebab demam. Empat lima hari dia melepek. Sebab kesian, aku bawa dia pergi jumpa doktor haiwan. Kena injeksyen dan makan ubat dua tiga jenis. Bil nya? Usahlah tanya. Memang mahal.


Lepas tu dia bergaduh pulak. Tapak kaki kiri dia luka. Mula-mula macam takde apa-apa tapi lama-lama membengkak dan dia berjalan menggunakan tiga kaki sahaja. Anak-anak mula mendesak untuk dibawa ke doktor. Suami pun menyuruh juga. Jordan sudah menjadi part of the family dan menjadi tanggung jawab aku bawa dia ke klinik. Satu operation kecil terpaksa dilakukan ke atas kakinya. So, ubat bius, ubat makan dan consultation fee menjadikan bilnya ehm ehm juga. Ingat tak mahal ke bela kucing. MAHAL. Kalau kita sayang kucing, kita akan lakukan apa saja untuk kucing itu.


Macam neighbor aku. Dia bela kucing berekor-ekor. Kebanyakannya kucing datang. Ada satu ekor kucing yang dia bela tu kaki dia tiga sahaja. Satu kaki dah kena amputate. Dia cerita kucing tu datang ke rumah dia mengiau-ngiau minta di kasihani sebab kecederaan teruk pada kaki. Neighbor aku bawa kucing tu pergi klinik (padahal dia tak ada kena mengena pun dengan kucing tu). Kaki kucing tu dipotong dan neighbor aku membayar bil sebanyak 500 ringgit. Pasti Allah akan kembalikan rm500 itu dengan nilai yang lebih besar pula.


Bercerita pasal kucing ini aku teringat pula kartun Tom And Jerry. Dulu aku suka juga layan Tom and Jerry ni tapi lama-lama aku boring sebab Tom asek kalah je. Apa? Makan tikus? Tak. Kucing aku tak makan tikus. Sebab rumah aku tak ada tikus.


Sekianlah anak-anak semua cerita ummu pasal kucing.


8 comments:

Ungku Nor said...

saya bahsekan diri saya as mak dgn kucen2 kat rumah ni.
dan dorangs suma macam paham je pulak tu..ehehehe

ashley said...

Ini komen dari guru yang dah berkursus 'STORY TELLING'.

1. Apasal mula mula cerita ni untuk mak bapak, pastu ending dia untuk anak anak pulak?

2. Pastu apasal meleret..

3. Pastu apasal cerita melompat ke sana ke mari macam adengan Jerry lari kena kejar ngan Tom?

4.....pastu cikgu UMMU, saya rasa saya nak bagi 'B' la untuk certa cikgu ni!! ha ha ha sebab anak murid cikgu yang kat belakang tu dah LOLAP!!

he he he...

Lampu Suluh said...

assalamu'alaikum.. best gak dapat bela kucing nie.. tapi masalah dia kalau dia berak dalam rumah.. cerita kartun tom and jerry tu memang best.. tapi takut juga budak² terpengaruh dengan kelakuan jerry yang selalu kenakan tom.. kalau budak² bergurau dengan kawan² diorg.. teruk juga tu kalau kena.. :)

kakpah said...

Ungku, so jordan tu mulo-mulo nak pangge e akak ni nenek. akak congolangan bijik mato. moncicit de laghi monyughok bawah lemari. lopeh tu kan skaghang ni bilo akak cakap mo dio di jawap e " ya buk.. ya buk.." hehe.. padan muko e.

ashley, kan cerita tu interelated hehe.. semua pasal kucing. Kira okay ape. Meleret tu sebab nak bagi dia panjang. Motif nyo, memang aku nak cerita pasal kucing. Yang atas tu intro je. he..he..
Weh, si huda tu cukup suka aku cerita pasal ali sigembala kambing.

Lampu suluh,(apa yang nko suluh. Dah pakai cermin mata hitam, memang la golap)
Tak nak bagi kucing berak dalam rumah , ikut petua akak ni. Bagi warning sama dia. Mesti dia takuutt.
Cerita katun pun ada yang ganas gak. kena pandai pilih mana yang elok untuk budak-budak ni tengok.

iina said...

kak.. rumah mak kat kg banyak kucing.. teringat kucing kat kg ;)selalu kucing nie kan tau org tu suka kucing ke idak.. saya pergi mana-mana kalau tmpt tu ada kucing mmg selalu kucing tu gesel2 kaki saya.. tetiba jek.. kekawan lak yang geli gelaman.. sampai tegur.. "na.. ko tau dak ada kucing kat kaki ko" dan seperti biasa mesti den jawab.. "tau ler" dengan muka selamba hehehehe.. dia lak yg terjerit2 geli.. pelik betul

Mak Su said...

a cat a rat?

a mat a hat?

errr... saya asik tersasul ler :D

kakpah said...

iina, tak semua orang sayang atau suka kucing. kucing ni memang ada naluri kot. tau sapa yang suka sapa yang tak suka.

maksu,
tegeliat lidah? tu lah, lama sangat duduk dalam gua.

Nizam.Ariff said...

Kucing manja, tu sebab anjing jeles...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...