Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, January 19, 2009

BAHASA BISU

Bahasa sms, bahasa blog adalah bahasa bisu. Apa yang kita tulis mungkin dibaca oleh orang lain dengan intonasi yang berbeza. Intonasi yang berbeza boleh menjadikan maknanya berbeza juga. Ada juga kata-kata kita yang disalah tafsir sehingga kita dianggap sebagai cocky.


Inilah kelemahan bahasa bisu.

10 comments:

iina said...

kak.. memang tidak semua yang kita tulis itu orang dapat tangkap maknanya sebab setiap org mungkin menafsir sesuatu itu berbeza.. payah kita nak menyampaikan sesuatu dengan tepat.. kadangkala sukar juga nak kata dengan terus terang kan..

Ungku Nor said...

kengkadang tulih dalam blog pun orang sesuko ati nak paham ikut lain gak, kan kak?

kakchik said...

Assalamualaikum. Menarik sekali walaupun ringkas.

Saya blog hop dr hamirdin, terjumpa blog menarik ni. Dekat pejabat saya ada Tadika Aulad juga milik Kak Yani (Nik Eliani penulis Bacalah Anakku) & saya memang suka belajar pasal pendidikan awal & kanak-kanak tadika.

Salam kenalan ya kak.

kakpah said...

salam iina. kadang kadang apabila kita tulis kita rasa nak melawak tetapi pada fahaman orang yang membaca kita buat mereka meluat. Macam tu la lebih kurang.

ungku. Mano poi ujung minggu. Sonyap yo. Dah elok sakit porut lum.

kakcik, wksalam. Tk kerana datang menjengok. Jemputlah selalu.

Ungku Nor said...

sakit dah kurang kak.
tongah weng2 laie haa..potang kang nak suh bebudak pi tapau pasar malam gak eh.
nak masak palo cam bopusing laie ni ha..;D

Nizam.Ariff said...

Kadang-kadang, memang saja berhajat serampang dua kata....hehehe...orang jantan kat kedai kopi, sebagai contoh.

ashley said...

Errr..cam sedih jer bunyi Kak Pah nulis. Tapi ye lah..

Mana nak tau kak Pah sedih!

Betul kata Kak Pah..
Kan bahasa penulisan ni bahasa bisu. Mulut tak bergerak. Tak keluar suara. Tak dak emosi melainkan kalau boh emoticom.

Mungkin waktu kita menlis kita rasa seronok tapi pembaca rasa marah.
Mungkin waktu kita menulis, kita rasa marah, tapi pembaca pulak terkekek kekek.

Mungkin waktu kita menulis kita rasa sedih gileeerrr, tapi orang yang baca tak terasa kesedihan kita sebab cara kita menulis tu tak kesampaian..he he he..

Tak semua orang boleh menulis dan menyampaikan apa yang dia rasa. Dan susah juga bagi pembaca merasakan emosi penulis..

Wahhhh..dah meleret pulak komen aku ni...

Gitulah kiranya..

kakpah said...

Nizam, jaga-jaga la dengan serampang ko tu.

ashley. tak der. buat kakpah terpikir yang setiap statement yang kita buat tu boleh dibaca dalam intonasi yang berbeza-beza. Mungkin maksud kita masa kita menulis tu lain tapi bila orang baca dengan nada yang lain, maknanya dah jadi lain.

Dulu masa kursus dengan guru-guru aulad kakpah ada mengajak guru membaca ayat dengan nada yang berbeza. Contoh: "Kan cikgu dah kata, jangan panjat kerusi. H'a kan dah jatuh."

Kalau kita baca ayat dengan lemah longlai, ia menjadi ayat pujuk.
Tapi kalau dibaca dengan nada tinggi sambil mencekak pinggang, ia dah jadi ayat marah dan threatening pula.

Jadinya, ada ayat yang kita tulis disalah faham dan kita juga kadang-kadang tidak tahu nada apa yang penulis itu pakai di dalam otaknya semasa dia menulis.

Sebenarnya N3 tu dak suruh korang berpikir je.

Mak Su said...

hai kak pah... apa kabar?
sihat

bahasa bisu saya kadangkala ... terbiar bisu

kakpah said...

sihat maksu. Lama membisu!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...