Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, January 15, 2009

MIMPI YANG STRESS. STRESS UNTUK BERMIMPI.




Mimpi adalah mainan tidur
. Bila kita tidur kita akan bermimpi. Jarang jumpa orang yang tak bermimpi semasa tidur. Mimpi ni pula ada bermacam-macam. Ada mimpi buruk yang membuat kita berpeluh-peluh bila terbangun. Ada mimpi enak hinggakan kita berasa tak mahu bangun pulak kerana nak sambung mimpi itu. Ada pula mimpi sedih yang membuat kita menangis dan apabila kita terbangun, air mata masih meleleh di bibir mata. Ada pula orang yang dah terlebih-lebih mimpi sehingga MENGIGAU.


Mimpi adalah mainan tidur. Adakah makna di sebalik mimpi ? Mimpi kita orang-orang biasa ini tak lebih dari hanya mimpi kosong sahaja. Tapi ada juga orang yang membuat duit hasil daripada menterjemahkan mimpi-mimpi orang. Laku pula tu buku yang dia buat. Janganlah percaya.


Jangan bermimpi disiang hari pula adalah amaran supaya anda jangan lah berangan-angan nak kan itu ini. Dah tentu tak dapat. Tapi kenapa pula disuruh jangan mimpi kalau tidur siang? Kan ke kita ni asalkan tidur je mimpi, tak kiralah tidur siang ke atau malam.


Mimpi ni kadang-kadang ada kaitan dengan perasaan kita juga. Kalau kita berasa gembira sepanjang hari, mungkin mimpi kita tu ada unsur -unsur gembira juga. Sebaliknya kalau kita dari pagi hingga ke malam rasa stress saja, nanti mimpi kita pun kena tempiasnya juga.


Stress. Ia merupakan satu tekanan perasaan yang kalau tidak dapat dikawal akan membahayakan orang yang mengalami tekanan tersebut. Orang yang mengalaminya mungkin akan mendapat tekanan darah tinggi. Pernah dengar ungkapan, "Hey.. naik darah den.." Satu ungkapan yang sering diguna pakai apabila tidak dapat menahan kesabaran bila menghadapi sesuatu yang melampau. Orang yang stress juga boleh mendapat penyakit mental seperti bercakap sorang-sorang, ketawa sorang-sorang, mahu mencederakan diri sendiri dan pelbagai lagilah.


Kaitan di antara mimpi dan stress. Ni yang aku nak cerita ni. Ada pekerja aku ni mimpi gigi dia patah. Orang tua-tua kan cakap, kalau mimpi patah gigi nanti adalah ahli keluarga yang akan meninggal dunia. Dah tu pula, adik dia pun kata dia mimpi gigi patah juga. Lagi lah dia gabra. Lepas tu pula nak memburukkan keadaan, Hot FM pulak pagi tadi cerita pasal mimpi. Lagi lah dia dua kali gabra. Oleh kerana tidak dapat menangkis kegabraan ini, pekerja aku ni pengsan. Sekali lagi aku cakap. Pengsan. Bila dua jam pengsan tak sedar-sedar, kitaorang usung dia bawa pergi klinik. Klinik pun tak boleh buat apa. Dia bagi injeksyen je. Bila tak sedar-sedar juga kat dalam klinik tu, kami usung semula bawa balik. Empat jam ada lamanya dia pengsan. Bila dia sedar semula dia terpinga-pinga nak mengingatkan dia berada di mana.


Moral of the story, jangan lah percaya sangat mimpi ni. Take it easy je. kan mimpi tu mainan tidur.

6 comments:

Ungku Nor said...

sey paling seriau kok mimpi jumpo ular..huuuuiii..tak cukup tanah raso eh nak lari hehehe

bungaraya said...

..."MIMPI DISIANG HARI"...ertinya seperti PAS nak memerintah negeri.
Iaitu sesuatu yang mustahil untuk dicapai. Hanya angan-angan kosong yang tidak kemane. Baru berura-ura nak laksanakan hukum hudud, DAP ( rakan Pakatannya ) dah buat karenah semula.

Mak Su said...

mimpi ngaji?

Nizam.Ariff said...

mimpi kena bunuh, camne pulak?

kakpah said...

tuan-tuan dan puan-puan semua, akak ni bukan pentafsir mimpi. Bermimpi selalu la....

nazaTIMsuria said...

tu gabra lebih tuh..ish2 xleh bwk mejelis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...