Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, January 14, 2009

OVERPROTECTIVE PARENTS

"we just want what is best for you".
Ibu dan bapa sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak-anak malah sanggup mengalah sekiranya dirasakan bahawa keperluan anak adalah lebih penting daripada keperluan sendiri. Selalu pula terjadi bahawa apabila terlalu memikirkan akan kebaikan anak-anak, kita menjadi terlalu overprotective. Overprotective parents akan merasakan bahawa:
  • Setiap aktiviti fizikal anak-anak itu akan mengundang bahaya.
  • Ibu bapa akan merasa tenang sekiranya semua pergerakan anak dapat dilihat dengan mata kepala ibu bapa sendiri.
  • Selalu merasakan sesuatu yang tidak baik akan berlaku kepada anak.
  • Sentiasa memberi arahan kepada setiap perlakuan anak.
  • Tidak akan membenarkan melakukan aktiviti yang dijangka akan menimbulkan kemalangan.
Semasa aku kecil-kecil dulu, mak selalu melarang buat itu ini. Pada perasaan aku pada ketika itu, apa yang mahu aku lakukan adalah perkara biasa-biasa sahaja. Apabila terlalu sangat tak boleh buat itu tak boleh buat ini, bakat melawan yang dah sedia ada itu menyebabkan terpacul juga kata-kata
"Mak ni, somo e tak boleh".
Mak akan jawab,
"Ekau dah bosa sok, dah jadi omak taulah kau ghaso macamano jadi omak ni".


Aku dah besar, dah jadi emak kepada lapan orang anak, dan aku dah rasa macamana emak aku rasa. Kan tadi aku dah kata, kita mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Tapi cara kita untuk menjadikan mereka terbaik itu adakalanya menjadi sebaliknya. Overprotective menyebabkan anak-anak tidak boleh berdikari dan besar kemungkinan juga menyebabkan perkembangan emosi dan fizikal mereka terbantut.


Lama dulu pernah seorang kenalan yang telah beranak dua datang ke rumah. Anaknya yang kedua ketika itu berumur empat tahun. Apa yang merimaskan aku adalah anak itu tidak dapat bergerak sendiri di ruang rumah aku tanpa diikut dari belakang. Siap lagi beri arahan itu ini.
"Nak, jangan naik tangga", anak tangga tu pun cuma ada tiga je.
"Nak, jangan naik kerusi", biasalah budak-budak ni bila jumpa kerusi meja.
"Nak, jangan pergi jauh-jauh", jauh manalah kalau cuma dalam rumah.


Dulu semasa kakngah belajar di Politeknik JB, aku dan suami akan menghantar dan mengambilnya. Bila kakngah menyarankan untuk balik ke bangi sendiri, aku dan suami membantah. Kakngah berkeras juga dengan mengatakan yang dia sudah besar. Kami cuma merasakan bahawa kakngah tidak sempurna. Orang tidak akan faham sign language yang kakngah gunakan. Itulah rasa hati kami padahal pada kakngah kami telah menidakkan kemampuannya sebagai seorang gadis yang sudah boleh berdikari. Lama-lama kami dapat menerima kenyataan bahawa kakngah sudah besar.


Kita mahu anak-anak yang sempurna dan kita juga mahu menjadi ibubapa yang sempurna.
A good parent should know where to draw the line so as not to step into child's individual space. Parents need to keep in mind that children do grow up and that they cannot expect their children to hold their hands as they make their way through life. They should accept that scratches, cuts, bruises, and broken limbs are all a part of childhood.


Sebenarnya cerita aku ni simple je. Aku nak bagitau bahawa pagi tadi aku ajar anak murid aku aktiviti cut and paste semasa period creativiti. Yang melalut sampai overprotective ni sebab ada parent yang tak bagi anak dia pegang gunting. Bahaya, nanti tergunting tangan. La.. tengok la gunting yang macamana. Kalau bagi guna gunting baju yang tajam tu, memang lah bahaya. Kita yang dah tua ni pun kalau silap-silap guna boleh tergunting jari. Kan ada gunting khas untuk kanak-kanak.


Menggunting ni adalah kemahiran. Ia juga boleh menguatkan otot-otot jari supaya anak-anak boleh mengawal jari-jari semasa menulis.







Ada macam-macam gaya diaorang ni pegang gunting. Parents yang kat rumah tu, bagilah anak buat aktiviti menggunting ye. Menggunting kertas la, jangan gunting baju pulak.


Ni lah hasilnya. Tak siap lagi ni sebab tetiba je pulak letrik tak de. Bila dah panas, bebudak dan cikgu dah tak de mood pulak. Heh, bukan sebab tak bayar bil letrik. Blackout la.

9 comments:

Mak Su said...

saya dapat mak yang orraaaiitttt, dia lepaskan saya buat decision sendiri dan saya lasak dengan cara saya sendiri dan dia ajar saya jangan terlalu menakut2kan anak dengan pelbagai tekanan dan larangan :)

ashley said...

Jap jap..
mana kerja tangan si Huda yang DIKATAKAN bergigi ARNAB tu..

ooohhh mana cikgu yang mengata tu? (sambil singsing lengan baju ni)
he he he..

kakpah said...

Maksu, kakpah dulu sonyap-sonyap poi main rakit kek sungai. Borondam duo tigo jam. Bilo omak tau, dikato e dalam sungai tu ado boyo. Toghoncat aktiviti duo tigo minggu.

ashley, wei...mano cikgu tu ha? jage nkau nak kene sekeh dengan mak si huda ni. Aku tak masuk campur.

Yunus Badawi said...

Salam kenal.
Ibubapa kalau terlalu mengawal anak2, bila besar mereka hilang keyakinan diri. Tapi kalau terlalu diberi kebebasan sejak kecil, takut dah besar susah nak kawal. Kenalah berpada2.

kakpah said...

en yunus. Selalu gak baca komen hang kat rumah orang dan selalu gak mengendap masuk rumah hang. Salam kenal.

Ungku Nor said...

kak, nak menyolit jawab cerito burung kuangkuit akak kek blog MAKSU.

arwah nenek sey cakap, burung kuangkuit tu duduk ateh blakang gimau.
kok dongar bunyik burung tu, tando eh ado la gimau dedokek situ.
tu yang tak buleh nak togur, kang kuar lak gimau tu kang..hehehe

Hamirdin b Ithnin said...

kalo ada parent yg cemburu camano nak buek?

Nizam.Ariff said...

Manja pun kira hasil dari overprotected juga ke? Aku anak bongsu....anak bingsu kena manja. Kalau tak, bukan anak bongsu namanya....hahaha

kakpah said...

ungku, oo botul la cito nenek akak tu yo. Kok tak takkan lak ado seantero nogori 9 cito tu kan. Klaka lah..

Bang we, kalau ado parent cemburu kung kung je dio tu.

Nizam, manja tak beerti over protected dan overprotected tak semestinya manja. Cam tu lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...