Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, January 4, 2009

SEHARI DI HARI AHAD

Hari ni pagi-pagi lagi aku pesan pada orang sebelah aku ni, nanti tolong pergi Jasmin hantarkan TV dan rak stove ni. Ada barang dalam vitara tolong ambil jugak, bagi pada Mila. Tolong juga tengokkan letrik kat Jasmin tu kenapa pulak tiba-tiba terputus. Bil bulan lepas aku dah bayar dah.
"Worait, no problemo!!"


Lepas tu aku pergi center, gedebak gedebuk sikit buat preparation untuk besok. Sebenarnya aku malas nak ambil kelas. Tapi terambil juga. Dah tak larat dah nak ngaja sebonar e. Budak-budak ni aku yang dimakannya. Haritu ada mak budak datang.
"Anak saya ni biar masuk kelas cikgu yati ye. Anak saya ni tak makan saman. Kalau dengan puan latifah nanti dia panjang akal."
Yati cakap"saya ni garang".
"Tak pe. Biar dia takut sikit".
Itu lah, kerenah ibu bapa ni ada macam-macam. Kadang-kadang kita cikgu tadika ni stress juga.


Balik semula cerita mula-mula tadi. Lepas gedebak gedebuk, tak sedar masa berlalu. Pukul 11 aku telefon orang sebelah aku tu. Aku nak tanya pasal letrik tu lah. Risau juga. Besok dah nak buka sekolah. Tak pasal-pasal pulak letrik buat hal.
"Dah balik ke."
"Dah"
"Letrik dah betul?"
"Alamak, lupo lah" Eee bengang nya aku. Apalah laki aku ni pelupa benau. Aku pun membebel-bebel jugalah.
"Yo la, karang eden pogi la balik" Cakap nogori gaya orang asli. Peh.. dah masuk 30 tahun kawin tak pandai-pandai cakap bahasa ibundo ku.


Aku teruskan kerja touch up itu touch up ini. Pastu tu aku kesian pulak mikirkan abang aku tu pergi balik ke jasmin sengsorang. Aku telefon balik cakap aku nak ikut. Bila sampai sana, dia godek sana sini tak mahu jadi jugak. Aku dah tersandar kat kerusi pening memikirkan besok macamana kalau tak ada letrik. Nasib baik panjang akal, dia telefon TNB bagitahu ada kerosakan. Rupa-rupanya ada benda yang terbakar kat main switch. Fuhh lega.


Balik. Rehat jap sampai tertidur. Nak berblog tak jadi sebab penat sangat. Lepas asar Ani datang. Pastu Norezan dengan Suhana datang. Hidayah (Ashley?) pun singgah sekejap. Yang aku tak puas hati ni tak pasal-pasal pulak duit aku melayang 170 ringgit. Si Norezan tu lah. Datang sebab nak masukkan aku jadi downline dia jual apekebenda ntah. Masuk dekat seribu. Kena cari orang empat orang. Aku cakap aku dah tak buat lagi dah benda-benda tu sume. Dah pencen dah. Abis tu kalau tak nak masuk jadi ahli, beli lah benda yang dia jual tu. Kelemahan aku ni, tak sampai hati nak kata "tak nak". Dengan hati tak ikhlas, aku keluarkan lah 170. Orang sebelah aku cakap, buat belanja anak lagi bagus.


Besok bermula sesi persekolahan tahun 2009. SELAMAT BERSEKOLAH.

2 comments:

Hamirdin b Ithnin said...

lain kali, kalu otak tak full power, jangan tulis. Tak power langsung tulisan.

Tengok den, otak tak jalan, den tido.

kakpah said...

Iyo la tu. Dah kono batang idung!! kehkeh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...