Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, January 5, 2009

FIRST DAY OF SCHOOL

Hari Isnin 5 januari 2009, bermulalah sesi baru persekolahan bagi tahun 2009. Anak-anak tadika menyambut hari ini dengan bermacam-macam perasaan. Ada yang teruja mahu ke sekolah, ada yang takut-takut, ada yang takut-takut berani, ada yang konfiden dan tak kurang juga yang menangis.

Ibu bapa banyak memberi kerjasama. Kami memang tidak menggalakkan ibu bapa menunggu di dalam kelas. Kalau anak menangis pun tidak mengapa, cikgu boleh uruskan. Kalau tidak dilatih dari awal nanti lambat anak tu nak melawan sindrom perpisahan dengan ibubapa ni. Tapi ada juga lah anak-anak ni yang menangis, senyap,menangis semula.... Tengoklah gambar-gambar ni.






















Kepada ibu dan bapa kepada anak-anak ini, janganlah risau. Minggu pertama macam ni lah. Nanti bila dia dah rasa konfiden, ok lah tu. Macam kanak-kanak di bawah:





Kami warga AULAD mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru dan selamat kembali kepad pelajar lama. To parents, thank you for your continous support.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...