Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, January 27, 2009

SELALU TERKENA

Aku ada penyakit. Dulu penyakit aku ini dekat-dekat tahap kronik tetapi sekarang agak terkawal. Agak susah juga aku mahu pengawal penyakit ini kerana dugaan dan godaan dari persekitaran amat banyak sekali. Dari dulu hingga sekarang, godaan masih berleluasa. Cuma aku yang terpaksa menahan serta menangkis godaan tersebut.

Bukan. Bukan. Bukan penyakit yang kronik boleh masuk hospital tu. Penyakit aku ni penyakit tak boleh tengok katalog. Tengok katalog je nak beli. Tengok katalog cosway, nak beli. Tengok katalog amway, nak beli. Tengok katalog pinggan mangkuk, nak beli. Pendek kata, tunjuk je la katalog apa, mesti aku beli punya. Diaorang dah tahu dah, nak lakukan barang tunjuk je pada aku. tak banyak sikit mesti laku.

Kalau nak beli harga murah, kena jadi ahli. Aku jadi ahli. Sebab dapat diskaun ada yang sampai 30 persen. Nak jadi ahli kena bayar koman-koman pun 30 ringgit. (Aku rasa sekarang tak ada lagi dah yang tiga ploh ringgit ni). Bila dah jadi ahli, dapat beg pula tu. Kalau tak beg pun dapat fail. Beg beg dan fail ni kalau aku susun agaknya dari rumah aku ni boleh buat jambatan sampai UKM.

Begitulah banyaknya mlm yang aku dah masuk. Kononnya nak bisnes. Habuk pun takde. Untuk diri sendiri pun beli gitu-gitu saja, lepas tu terkubur. Yang selalu bersungut hasben aku. Apa tak bersungutnya, dia kena jadi drebar aku sampai ke Subang Jaya atau ke Gombak sebab nak ambil barang. (Aku bukannya tak boleh drive, saja mengada-ngada mintak hantar).

Penyakit aku tu bukan setakat bayaran masuk yang murah-murah. Ada juga yang beratus dan beribu. Contohnya kan, KOSIS (Koprasi Siswazah) ada buat bisnes burung unta. Aku labur lima ribu sebab ditaburkan dengan janji-janji manis untuk mendapat pulangan yang lumayan. Burung unta ni pula diternak nun jauh di Australia sana. Apa aku dapat? Tahi burung unta pun aku tak dapat tengok, apatah lagi duit aku tu. Melayaaangg..

Ada pula yang ajak masuk bisnes internet. Tiap-tiap minggu dapat bonus. Mengong taknak ambil bonus tu. Konon-konon topup modal. Minggu-minggu topup. Lama-lama bonus dengan modal-modal sekali lesap. Tu pun tak serik-serik.

Ada lagi. Masuk seribu. Kena cari pula tiga downline. Lepas tu tiga downline cari tiga dah jadi sembilan. Berkembang dan berkembang hasilnya ratus ribu ringgit. Manyaak tu. Tak ke juling mata tengok angka bersusun-susun macam tu. Mula-mula bertanya juga macamana nak cari downline ni. Dioarang cakap senang je. Nanti diorang tolong carikan. Yelah, masa nak dapatkan duit aku ni janjilah macam-macam. Lepas dah dapat, terkapai-kapailah sengsorang. Hasilnya, dapatlah makanan suplimen yang hanya tersadai je dalam gobok.

Dulu kengkawan dan kengkawan kepada kengkawan, selalu datang jumpa aku di rumah. hasben aku dah tau dah. Kalau ada orang nak datang, ha.. jaga-jagalah. Hasben aku taknak masuk campur kalau diorang datang. Dia mengurung dalam bilik. Bila diorang balik, hasben tanya aku macam ni: "dah sain?" hehe.. macam tau tau je. Tapi aku ni kan, senang nak kena kelentong. Juga mudah kesian pada orang. Juga tak pandai nak kata "tak mahu". Aku rasa macam kesian je kalau aku tak keluar duit. (Macam la diorang kesian kat aku).

Tu dulu. Sekarang aku dah pandai kontrol. Tapi kontrol kontrol pun terkena juga. Bulan lepas kawan lama datang. Ingatkan nak apa, rupanya nak ajak buat mlm ni lah. Aku kata aku dah pencen dari buat benda tak berpaedah tu. Aku straight forward kata aku taknak. Tapi hehe... terbabas juga. Dikeluarkannya sebotol jus manggis, merayu-rayu suruh aku beli. Kan aku kata aku ni mudah kesian dengan orang. Beli. Seratus tujuh puluh sebotol. Mak datuk ai.. Dengan tak ikhlasnya aku mengeluarkan duit.

Sekarang? aku member amway sebab aku serasi menggunakan supplimennya. Aku member zhulian walaupun dah setahun lebih aku tak beli produk. Tiap-tiap tahun renew membership. Sayang sebab bonus aku dah 21 persen.

Yang lain-lain aku dah serik. Nak senang, kena susah payah. Tak de nya duit nak datang bergolek-golek. Tapi aku masih suka tengok katalog. Kalau katalog carefour datang ke rumah pun aku belek dari depan sampai belakang. Belek je, tak beli.

10 comments:

Tijah Lawa said...

hahahahaa...

penyakit kita sama la kak. sey pun ghoma tengok2 katalog nih. lagi satu expo. kemain girang kok dapek kumpo2 flyers tu...dapek bag koteh, dapek free tester, dapek pen, belon...pehtu kang blk umah buang.

sey member zhulian, luxor, tupperware, cni, ckp yo apo nak... boli kopi sepeket duo lopeh tu dah...tingga'an centu yo! sian member punyo pasal la tu...

iina said...

nasib kak tak duk sini.. idak mesti pembelek setia katalog argos.. curry dan macam2 lagik dan belum gik bid kat ebay lagik wahduh.. eloklah kak ctrl2 mana yg dapat duit susah2 carik tapi seng2 jek hilang kan.. tp mmglah kak kdg kwn dtg promote nk tolak pun payah kan kak

lupekanje said...

control...control...acik pun salu kener klentong gitu..
tpi skrg...payahla diorg nk jual amende pun kt acik..diorg smpi da tau..tkkan buang masa ngan acik unjuk katalog..
tpi bebaru ni..tah camne blh borong smpi 2 lai tudun...
sebab diorg kata acik cantik pakai tudun tuh!!!
cehhh....teguda gak hakuh..cam Mahmud June dlm pilem DOREMi..Pak pak...makcik cantik pak..

Ungku Nor said...

nanti nak hulor katalog giant, tesco, explorer suma tu kat akak la.

nak jual recycle pun paper dah jatuh rega skarang..hehe

kakpah said...

akak nak tobat jah tapi tak leh nak buang tabiat tu torus la. Camano nak buang, ado yo katalog sampai kek tangan ni ha. "Mak. ado katalog avon baru ni". Boli yo kughang-kughang e lipstik sobatang.
Lopeh tu ado pulak yang masukkan katalog tupperware lam mailbox. Mongonyam yo nak boli tu padohal bokeh plastik dah molambak.
camno tu mak dukun. Buleh tolong ubekkan tak.

kakpah said...

iina, Tula. Nak kena kepit duit ni kuat-kuat nih. Kok tak kang asek melayang je kat benda yang takde pekdah. Baik beli ikan ke, ayam ke, boleh gak makan kan? (Katalog ayam ada tak..)

Acik, bila ada orang puji tu yang tak boleh tahan tu.
"Ekau kalau minum kopi ni boleh awet mudo. Tambah langsing lagi kau nanti." Kita ni pantang lak kena bodek. Tu yang tak sadar tangan menyain tu. Kena pukau ape. Agaknya diaorng ni ada guna ilmu gak lah.

Ungku. Yang jadi dukun ni sapo. Ekau ko tijah. Nak mintak ubeklah.
Pongogheh bolakang kigho.

Mak Su said...

kak pah, camno tu? kawal, kawal.... :)

kakpah said...

Maksu. Tengah mengawal la ni. Tapi uhukuhuk..terbabas gak kadang-kadang tu.

ashley said...

Kakpah..
saya buat hati kering jer..Tak dak duit. Duit aku kumpul nak pegi haji..bukan nak beli emas tipu tipu macam zhullian..

habis cerita.

kakpah said...

ashley, zhulian tu bukan jual emas tu je. Yang tu pun memang aku tak telioq. Macam-macam depa ada.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...