Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, January 31, 2009

Tidak Boleh Hidupkah Tanpa Telur Ayam?

Telur mempunyai khasiat yang banyak. Ia mengandungi protin, vitamin A, riboflavin, dan juga mineral. Walaupun begitu, ia agak ditakuti kerana kuning telur mengandungi lemak dan kolesterol yang agak tinggi. Kajian mendapati bahawa sebiji telur sehari tidak akan membawa bahaya kepada kesihatan.



Kebanyakan orang suka makan telur. Anak-anak suka makan telur. Ia adalah satu alternatif menu yang mudah. Kalau makan nasi tidak ada lauk, kita goreng telur. Kadang-kadang lauk ada tetapi masih mahukan telur goreng juga. Untuk breakfast juga kita sering masukkan telur dalam menu kita : telur dadar, telur mata kerbau, sandwich telur, telur separuh masak etc etc...





Telur adalah bahan penting dalam kebanyakan masakan. Untuk membuat kek dan biskut, kita perlukan telur. Untuk membuat roti kita perlukan telur. Malah untk membuat chicken chop juga kita perlukan telur untuk mencelup ayam supaya tepung yang disalut melekat. Bagaimana hendak mengelakkan diri daripada tidak memakan telur?


Semasa aku kecil dulu, setiap kali ada kenduri kahwin aku akan membawa balik telur sebagai hadiah daripada tuan rumah. Kenapa telur? Tidaklah aku ketahui. Tetapi kalau telur dari kenduri kahwin, kita berebut-rebut mahu memakannya walhal boleh sahaja kalau kita mahu merebusnya sendiri di rumah. Sekarang ini masih ada lagi yang menghadiahkan telur tetapi sudah tidak banyak. Kadang-kadang sahaja aku terjumpa.


Oleh kerana sukanya orang pada telur ini menjadikan permintaan tetap tinggi dan harga pula makin melambung. Harga telur sekarang ini sudah melebihi 10 ringgit sepapan untuk grade B. Walaupun makin mahal, kita tetap juga membeli telur.


Bila bercerita tentang telur, yang kita makan ialah bahagian dalamnya iaitu telur putih dan telur kuning. Ini tidak pula bermakna yang kita perlu abaikan sahaja kebersihan kulit telur. Kita perlu tahu bahawa telur itu keluar dari mana dan jatuh ke mana. Jikalau anda dapat bayangkan perkara itu, sudah tentulah anda tidak tergamak untuk memecahkan telur itu tanpa mencucinya terlebih dahulu. Apatah lagi kalau dengan jelasnya spesis yang sepatutnya tidak berada di telur itu teramatlah ketara sekali kelihatannya.


Dirty eggs - unacceptable


Kalau anda penggemar roti canai apatah lagi roti telur, cuba-cubalah skodeng telur-telur di bawah tempat pencanai roti itu. Kalau rupanya seperti di atas, sudikah tekak anda untuk menerima roti canai itu. Bayangkan: mamak mengambil sebiji telur dan dipecahkan(tahi sudah melekat di tangannya). Siap satu roti telur. Datang pula oder untuk roti canai. Tanpa membasuh tangan, tangan mamak itu jugalah yang meleperkan dan menebar roti canai yang anda oder. Siap roti canai berperisa tahi ayam.

Roti Canai

Tiada salahnya kalau anda buat permintaan supaya telur dibasuh dahulu ataupun suruh sahaja mamak itu mencuci tangannya sebelum mencanai roti anda. Bukankah kita mempunyai hak? Biarlah dia kata yang kita ini banyak songeh.

6 comments:

Tijah said...

dulu maso kocik2 mmg bes kumpo2 tolo kek umah org kawen nih. kok sumo eh poie dah dapek 6 bijik tolo. tu blm kalu sazah naik pelamin meronjis laie. dapek laie bungo pahar. tapi sazah tak bagi makan dulu. blk umah kang baru kupek buek sambal tolo ko..kari tolo ko..kurma tolo ko. hahaha...osah panjang eh aka sazah tu kan?

Nizam.Ariff said...

Aku, kalau pergi restoran mamak yang baru,aku akan pegi ke penebar roti canai. Check telur. Basuh ke tak...kadang-kadang, dia pindahkan je dari sangkak ke dalam besen plastik.

ASH said...

Kat Market Bangi, roti canai yang hujung sekali memang basuh telur telur ayamnya..tapi dah kawasan persekitaran market tu pulak yang kurang menyenangkan untuk makan makan.

kak pah..
orang meniaga ni kena PERIHATIN.telur ni guna dalam pelbagai makanan..
Dari roti canai,murtabak, roti john, mee goreng, char kue tiaw goreng, bahulu, kek etc..etc..
KALAU namanya perihatin dan JAGA bab suci ni..dia akan basuh telur telur ni tak kiralah dia meniaga apa sekali pun!

iina said...

Kalau jadi vegetarian kak leh kot hidup tanpa telor.. kalau jadik vegan lagik ahh semua produk dairy dan berasaskan binatang tak leh makan langsung ;).. sini den mkn roti canai segera ler kak.. buek sendiri takdo masa doh

ibundo said...

hahaha osah panjang e aka sazah tu. Solamat ikan dalam poti ais.

nizam, kau tengok je ke. Tanya la bagi konfem.

kitorang kalau oder roti canai dr slalu pegi cek dulu. Dah sah basuh baru oder. Kalau tak, oder lain je.
pokok pangkalnya diri kita sendiri eh,kalau kita nak bagi orang makan mestilah benda yang kita hidang itu kita sendiri sanggup makan.

iina, tak semua orang sanggup jadi vegetarian kan? akak lum sampai tahap tu do.

lukmanw@gmail.com said...

Hidayah

Gerai market Bangi corner lot tu ka? Yg ada Roti Canai Segera itu ka? Itu mmg favorite masa belajar dulu!

Kak Pah

Di Taiping ini ada Van jual Murtabak Pasar Malam siap dgn signboard "telur-telur ayam yang kami guna semuanya dibasuh". Class begitu!

Lukmanw

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...