Aku di bank bersama anak saudaraku syakirah. Selesai mengisi borang pengeluaran wang, aku menunggu nombor dipanggil. Agak lama juga aku menunggu. Ada lebih kurang dua puluh minit.
Apabila nombor dipanggil, aku bangun dan terus berurusan di kaunter. Pekerja kaunter menyerahkan wang sebanyak yang tertulis di borang dan aku masukkannya terus ke dalam handbag tanpa memandang keliling. Handbag yang baru aku masukkan enam ribu ringgit, aku kepit kejap di bawah ketiak dan aku memimpin syakirah menuju terus ke vitara.
Aku membuka pintu bahagian penumpang dan memasukkan syakirah. Dia menginjak ke depan meletakkan tangan dan dagu di dashboard sambil memandang aku mengelilingi vitara dari arah depan menuju ke pintu pemandu. Aku membuka pintu dan melabuhkan punggung di kerusi dan meletakkan handbag di atas kerusi penumpang di belakang syakirah. Aku hidupkan injin kereta.
Aku terpukau seketika apabila aku lihat pintu syakirah dibuka dari luar. Seorang lelaki memasukkan tangannya dan mengambil handbagku dengan pantas. Aku cuma memandang. Apabila aku tersedar, aku cuba mengejar orang itu dan terpekik terlolong meminta tolong. Dia berlari pantas. Kemudian terus membonceng motor kawannya yang datang dari arah belakang.
Aku tidak menyalahkan orang kerana tiada siapa yang menolong. Aku marahkan diri sendiri kerana aku terlalu alpa. Lupa bahawa orang di sekeliling kita tidak semuanya baik-baik. Aku juga lupa untuk mengunci pintu kereta sebaik sahaja aku memasukinya.
Handbag yang aku sayangi hilang. Bonia. Begitu juga dengan wallet bersama dengan isi-isinya. Bonia juga. Henfon aku Sony juga ada di dalamnya. Begitu juga dengan beberapa keping wang lagi yang terselit di celah-celah handbag. Kehilangan itu memberi aku pengajaran supaya aku lebih berhati-hati dan berwaspada.
Kejadian ini berlaku tujuh tahun yang lalu dan sejak itu aku cukup takut untuk ke bank bersendirian.
Kepada anda di luar sana, berhati-hatilah. Orang jahat ada di mana-mana.

7 comments:
Yeke kak? mesti fobia masa tu kan.. dan pastinya yang curi tuh dah lama intai akak dari dalam bank lagik.. teringat dulu masa purse saya hilang di kota london 7 tahun yang lepas.. dalam tuh ada 200pound duit saya.. menangis jugalah.. Memanglah kak.. bila bawa duit mmg kena hati-hati dan kena peka dengan orang di sekeliling.. Tak dapat nak bayangkan camna akak rasa masa tuh kan..
kat mana2 ader org yg berniat jahat kan..
org sll ckp kalo kuar dari bank jgn tjk muka tkt2 sbb perompak nih bleh saspek kite ade wat withdraw. Pengajaran yg berguna tuh.
boto la kak. tu pasal kok poie bank sey mmg x bwk henbeg. duit pun masuk poket suar yo. org nak kobok pun xleh sobab buntut gomok...skrg ni tiap kali masuk keto..kono lock dulu baru start.
p/s: acik tu sojak blk perlis kemain deh cakap keyell tuh. wakakaka!!!
kakpah keluarkan duit banyak2 tak bawak bodyguard? Sungguh berani! Tapi takpe lah kerana ianya dah menjadi pengajaran berharga buat kakpah dan kami semua.
sy skrg time driv, beg bwh kaki. bahayo lotak kek seat bakang mahupn dopan. kemungkinan penjahat pocah an cegomin tgkap adalah tinggi. espcially taim jem. yo la.. dah la jln jem.. camno nak kojar... tepokik telolong la... lun tontu ado org nk tulun.
kakpah, 7 tahun dulu.. enpon maha laei kn...
ina, fobia. lepas kejadian tu lama tak berani jalan sengsorang.
acik, skema je cakap acik ni.
juliet, akak belajar melalui pengalaman
tijah, kok tosalah kobok, susah lak kan?
YB, pengalaman itu menjadi satu pengajaran. Sekarang mesti bawa bodyguard.
kngah. akak pun buek camtu gak. joran.
Post a Comment