Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Wednesday, February 25, 2009

Nasi lemak atas udara.......

Maksu telah meng'tag' aku. Cincai-cincai je maksu ye...

instructions:
Go to your photos folder in your computer
Go to the 6th folder of your photo
Go to the 6th picture in that folder
Put the picture on your blog and description of it
Invite 6 friends to join the challenge
Link them in your blog and let them know they have been challenged



Keterangan gambar:

Perut telah mula berkeriot-keriot minta diisi tetapi memandangkan masa dah cemas-cemas, kami bantutkan idea untuk ke restoren. Nanti kita makan masa dah naik lah... begitulah kata kami.

Bila sudah berada di atas dan keadaan sudah stabil, pramugari menyorong trolley menyusur lorong bertanya-tanya sekiranya penumpang berminat untuk membeli apa-apa.

"Nak makan apa?" tanya suami.
"Tengok menu" aku.
"Tak ada yang best pun" anak.
"Nasi lomak je lah" suami.

Kami oder nasi lemak. Satu 9 ringgit lebih. Kalau tiga? Kiralah sendiri. Itu belum termasuk harga minuman. Air Asia. Kalau nak makan kena beli. Kalau tak beli, tak makan. Kalau tak makan, lapar. Perut kami lapar. Kami beli. Dan kami makan.

Itulah nasi lemak yang dijual dalam kapal terbang Air Asia semasa kami ke jakarta tempoh hari. Rasa? Nasi tak lemak walaupun namanya lemak. Sambalnya seciput. Makan nasi lemak mana ada sedap kalau sambal seciput je. Kurang-kurang mau dua tiga senduk (hehe..). Ada lah diletak rendang ayam sikit. Bukan rendang ayam pun. Masak ayam ala-ala rendang je.

Walaupun tak kena dengan tekak tapi cukuplah untuk mengisi ruang-ruang kosong di dalam perut kami. Walaupun tak sedap tapi aku lihat bekas nasi lemak itu licin tanpa ada sebutir nasi pun yang tinggal. Suami aku cakap, makan kena habis. Jangan tinggalkan walau sebutir pun kerana kita tidak tahu butir yang mana yang membawa berkat. Ha.. dengar tu anak-anak. Jangan biasakan makan tak habis. Ramai orang kat Afrika tu tak cukup makan. Awak orang senang-senang je nak membuang-buang rezki. (Sori lah maksu, dah terlebih-lebih pulak ).

Di bawah ini gambar bonus. Lihatlah keindahan ciptaan Allah dari jarak dekat.

Sekianlah sebagai melunaskan tanggungjawab yang telah diberikan maksu untuk ku galas. Sekarang aku nak tag siapa pula ye. Hmm.. Kena enam orang ke. Sepuluh orang tak boleh? Haha.. aku bagi pada:
ashley, kakngah, juliet, chekdee, tijah dan hayati helwah

8 comments:

chekdenoor said...

kak pah... chekdee ni tak pandai sgt computer..... kalau kak pah tag chekdee ....chekdee baca ...dri post kak pah yang maksu kasi tu...kena g kat photo folder...... kat mana tu???

ASH said...

ooo tag orag ye..siap bagi assignment sekali.aduiii.

julietchun said...

9 hinggit tuk nasi lmk camtu? Kalo dh lpr 19 hinggit pun sgp byr :D Nanti sy ckp kat juliet dia kena tag.

Mak Su said...

gelak baca tag kakpah :)

betul tu, dahlah rega mahal, makan kena kasik abis. saya kalu bab mkn mmg licin, berkat. so kalu nak diet, saya amik secotet jer nasiknya. ada gambar bonus gaks tu, ehwah. kau tinggi di awan biru :)

tq

KTS said...

hehehehehehe..

tak sedap pun, licin gak eh.... tak nak membazir la katakan :P

Tijah said...

mano ado namo den kak??? dah pueh den bosa'an bijik mato...x nampak punnn!!!!. hikhikhik

kakngah said...

teringat ms kecik2 dulu. kok mkn kek kodai, arwah mak mesti ckp "mkn sampai abih.. tak abih lenkali toksah ikut". tekulat2 sy mo adk nk ngabih an ns aym spinggn sorg. yo la.. poghut bdk kocik bosa mano la kan.. poghut skrg?? lu pikir la sndrik....
skrg ni, kok bwk ayh kuar mkn.. sy ckp lek ayt tu kek dio.. tesongeh2 yo ontuo tu "mano laghek nk abih an..."

ibundo said...

chkdee, ada simpan photo kat computer kan. kat tempat simpan gambar tu mesti chkdee ada letak banyak folder. pegi kat folder yang keenam dalam susunan. pastu cari gambar yang keenam dlm folder yang keenam. Kalau tak ada hehe...hantam saja la labuu...

ashley, hehe.. aku tengok assignment dah siap pun.

juliet, apa yang ada, sapuuuu...

maksu, haha.. gelak sama

taksempurna, tak boleh membazir..

tijah, tobolalakkan mato tu lagi bosa..

kakngah, kosian orang tuo tu kau buli yo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...