Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, February 19, 2009

AYOYO AMMA

Entry ini aku dah pernah buat masa aku mula-mula buka blog dulu. Tapi masa tu tak ada orang yang baca. Aku nak buat lagi sekali kerana aku suka cerita ini. Ada tahap lawak antarabangsa.


Dulu masa aku belajar kat UKM aku ada beberapa geng rapat. Selalu study sama-sama, pergi kuliah sama-sama, makan sama-sama dan blablabla sama-sama.


Satu hari semasa di dewan kuliah, sementara menanti kedatangan pensyarah, kami pun bukalah cerita cerita zaman sekolah. Masa tu kami ada berempat. Salah satu topik yang kitorang bincang ialah tentang sukan. Masing-masing bercerita tentang kejaguhan masing-masing. Ada yang kata dia tere main bola jaring, ada yang kata dia tere main bola tampar dan sebagainya lah. Aku pun tak kurang juga mahu menunjukkan kehebatan. Sememangnya aku masa sekolah dulu pernah dapat gelaran olahragawati sekolah.


Salah seorang kawan aku ini bernama Sapiah. Nama glemer dia Sap (pronounce as sep). Jadi kami panggil dia Sap. Dari mula kami bercerita, dia hanya ternganga saja mendengar. Tengah kami asek maksyuk bersembang, sap menyampuk:

"Ei Nim (masa student dulu kawan panggil aku Anim). Apasal ha, bila kita mula nak berlari kat garisan tu, orang yang jaga garisan tu kata ayo mak, gesek, go . Kenapa dia cakap ayomak ha? Apa benda yang dia suruh gesek?"


Kitorang bertiga tergelak terbahak-bahak. Habis semua mata menoleh pada kami. Heran. Yang si Sapiah ni masih blur, tak tahu kitorang tergelak pasal apa. Dia tersengeh-sengeh saja.

"Apasal kau orang gelak. Betullah aku cakap"


Lagilah kitorang tergelak nak pecah perut. Tambah pula tengok muka tak ada perasaan dia tu. Blur seblur blur nya.


Bila ketawa dah reda sikit aku cakap,

"Wei Sapiah! engkau ni nama aje belajar kat universiti. Orang tu kata On your mark, Get set, Go lah bukannya ayomak, gesek, go. Ngok!!"


Hari tu pensyarah mengajar, kami tak ada konsentrasi langsung. Sap masih dengan muka selamba dia walaupun kena kutuk tak habis-habis.


Begitulah ceritanya. Sap sekarang ni cikgu. Entah-entah dah jadi guru besar.

10 comments:

Tijah said...

pastu masa main lompat getah lak...masa level paling rendah dulu salu ckap...zirofain!!!

padahal zero point!

pastu baru la naik sket2 lutut, pinggang, bahu...

hikhik...

Nizam.Ariff said...

Ayo mak... tak mau la hantar anak kat skolah dia...

kakngah said...

hahahha!!! klakar la... tp, bilo baco komen TL.. lg sy golak...
jah.. kok skang ekau main zerofain, takat mano buleh lopeh???

Tijah said...

kngah, kok skrg ni...pasti la parek pinggang yo. wakakakaa...

julietchun said...

mcm2 lagi perkataan omputih yg kite melayukan,hahahha, Sep,Sep, lawak tol.

ibundo said...

tijah, kok bebudak yang cakap takdo lawak e doh. Memang maso tu mengong. macam main polisentri tu la.

Wee.. kocik-kocik marin bolakang ni asek kono dobik yo mo bole tenis.


nizam, haah.. tak payah lah. Anak ko tu pun sekolah rendah lagi.

kakngah, haha... zerofain.. goli ati.

tijah, dah tak leh up lagi ko.

juliet, orang nogori sembilan lagi pandai cakap omputih. Contoh kan, kitorang tak cakap 'lampu suluh'. kitorang cakap "celait" (torch light tu...). Satu lagi kan, kalau budak nakal kitorang cakap "koporit" (culprit tu...)
Kito tere kan jah kan???

Mak Su said...

huhuhu, macam mencarut plaks bunyiknyer.... :)

ASH said...

bapak sedara dan mak sedara pange tok wan, FAZA..(father).Kat nenek pulak, MAZA (mother)...
besar pengaruh sekolah omputih!

Btw..cerita ni saya baca daaahh..pembaca sejak awal BLOG ni. he he he..

ibundo said...

maksu, hehe.. tang mana tu

ashley, o yer ke. ahaks..

iina said...

lawak ler kak.. muahahaha ado ko gesek.. mesti mao tuh kan dio fikir apa yang nak di gesek yo.. nasib masa tuh dah tak main olahraga kek uni.. idk sure lagik kena gelak ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...