Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, February 19, 2009

BANANA BEIGNET


Goreng pisang atau pisang goreng?. Mulut dah selalu cakap nak makan goreng pisang atau nak buat goreng pisang atau nak beli goreng pisang.


Oleh kerana dah selalu cakap, tak terasalah yang kita ni salah cakap. Yang sebenarnya goreng pisang tu adalah perbuatan. Pisang goreng adalah nama. Jadi yang sebetulnya, kita nak makan pisang goreng. Samalah juga seperti kita 'nak makan ikan goreng' atau 'ayam goreng'. Bukannya 'makan goreng ikan' atau 'makan goreng ayam'. Konpius? Hasben aku pun selalu konpius. Dan selalu bertekak dengan aku untuk menegakkan kebenarannya menyebut goreng pisang.


Pisang goreng ini sedap. Apatah lagi kalau dimakan panas-panas. Makan dengan kopi o secawan ataupun dengan teh . Pergh..... Tapi kadang-kadang kita ni malas nak ke dapur. Tekak tu meronta-ronta nak makan. Tapi bila mikirkan nak kena beli pisang lagi, nak beli tepung rangup lagi. Kalau semua tu dah ada pun, nak kena buang kulit pisang pulak, nak kena celup ngan tepung pulak, nak kena goreng pulak. Ish.. leceh betullah. Baik ambil duit lima ringgit, ambil kunci kereta brooomm tak sampai sepuluh minit dah terhidang pisang goreng. Betul tak.


Tapi kan... nak cakap sikit lah. Kalau beli pisang goreng kat tepi jalan tu korang gerenti ke kebersihannya. Cuba bayangkan. Sekali kereta lalu, berterbangan habuk-habuk hinggap atas pisang goreng tu. Itu kalau kereta lalu sekali je. Kalau berpuluh-puluh kali kereta lalu lalang, takke tebal seinci habuk-habuk tu. Itu belum kira kena angin tiup lagi. Korang bukannya nampak habuk tu. Sedap je makan ye tak.


Yelah.. aku saja je nak cakap. Sebab teringat pulak nak makan pisang goreng. Nak buat malas. Pisang pun tak ada. Aku minum petang makan biskut kering je lah.


Dulu masa kecik, petang-petang mak aku selalu buat pisang goreng ni. Makan cicah dengan gula pasir. Berderap berderup menggigit gula pasir yang kasar tu. Ataupun makan dengan kicap patah-patahkan cili api sikit bagi ada rasa pedas-pedas. Kow juga. Kalau makan memang tak pandang keliling lagi dah.


Ada lagi satu cara kalau nak cuba, letak pisang goreng dua tiga ketul atas piring. Taruk aiskrim satu atau dua scoop. Atas aiskrim tu letak coklat cair atau syrup. Sedaaaaap tu. Tapi pastikan pisang goreng anda tak ada habuk punya.....

18 comments:

kakngah said...

maso sklh dulu... kek dopan skolah ado akk jual pisang goreng samba kicap. samba kicap tu... kicap+ciliapi+bwg putih. dah la paneh bedongtung nunggu bas.. lawan ngan podeh begapi kuah kicap tu... loncun tudung.... hahahha!!!

Nizam.Ariff said...

kakngah: 'kek dopan skolah ado akk jual'....akak nak bagi tau yg akak jual kek depan skolah, kan?

Jadi, Pak Mi Pisang Goreng tu betul la ye? Kalau Pak Mi Goreng Pisang tu salah le...

julietchun said...

nsb baik kat tmpt saya ni penjual pisang goreng tu sgt2 menjaga kebersihan. Pisang yg lom goreng pun dia tutup ngan plastik,hik,hik.

kakngah said...

memulo blur gak baco komen bdk nizam ni.. kono 2x baco br paham... hahahha! akk yg sy highlight tu.. iolah "akk si penjual pisang goreng" yo... bkn kakpah.. atau akak2 yg lain... harap maklum.

ashley said...

Jap jap..
aku nak tolong nyanyi sat..

Pisang goreng, pisang goreng..
Pisang goreng sekarang..
Goreng apa? Goreng apa?
Goreng apa sekarang?

Goreng Pisang, goreng pisang, goreng pisang sekarang..
pisang apa? pisang apa? sekarang...

Pisang goreng, pisang goreng, pisng goreng..pisang goreng sekarang..errrrr
.
.
.
.
POOOK!! Kaset ni rosak ke apa Hah?

ashley said...

Nizam dan lain lain,

'kek dopan skolah ado akk jual' bermaksud..

kakak ini menjual kek yang bentuknya bahagian depan sekolah...


ha ha ha....

kakpah said...

kakngah, ni dah jadi kelas bahasa meleysia lak dah ni. Kakpah pun paham apo kangah cakap.

nizam, ko ni jenis blur gak ke. (aku garu-garu kepala gak nih)

juliet, kihkihkih.. kulit pisang dia tutup gak ke. kalau jaga kebersihan mesti la dia tutup. masuk lam plastik sampah pastu ikat hik..hik..

kakngah, kalau akak-akak nak bukak gerai jua pisang goreng leh gak kan? untuk monambah pondapatan.

ashley, haah.. sampai ujung tahun pun lagu hang tak abih.
.
.
komen yang akhir tu memang gerenti tak lulus peksa keh..keh..

Tijah said...

pisang tu buek apo2 pun sodap. cekodok pun best yo kono lak goreng sampai itam2 kit. lopek pun best, lempeng lapik mo daun pisang pun best. banana split laie la best.

ishhh!!! dah meleleh lak elio hah. sapo punyo angkaro nih...

iina said...

lamo dah tak mkn pisang goreng kak.. sini pisang dio tak bape sesuai nak buek pisang goreng.. saya order kek akak lah ;)

lupekanje said...

aha....ini lah pekataan yg bona sobona2nyer...pisang goreng..okeh kpah, sok lalu kt gate 1 puj tu, singgah anto an acik sepastik pisang goreng. Tak mo yg beli kat bwh flyover uniten tuh..nk airtgn kpah...heheh

kakpah said...

Tijah, pisang mudo masak lomak cili api campur ikan masin sikit. Pehtu ulam potai. nasik paneh-paneh.

Ina, buleh takdo masalah. tapi kok sampai sanun dah bokulat lak.

acik, set. kau tunggu akak kul duoboleh matohari tongah bedontung tu.

Yunus Badawi said...

Resipi yg akhir tu sedap jugak - bukan pisang gorengnya tapi aiskrim tu yummy yummy

Mak Su said...

blog tulis ker tulis blog? oops! ahaks

pisang goreng ngan aiskrim is wallaaa... tak tahan ler, kecur liur.

Nizam.Ariff said...

Betul tu Ashley, yang aku maksudkan Kakngah jual cheese cake kat depan skolah ke?...hahaha

kakpah said...

YB memang sedap makan asikrim ni. skali skala boleh lah.

maksu,haha.. aper ye!!

nizam. haah, betul lah tu.

kakpiah said...

kompem.. ptg nih nk gi carik pisang..
nk wat goreng pisang/pisang goreng..

nk wat benana sepelit..

kakpah said...

piah, dah petang dah nih....

mama_sal said...

goreng pisang mmg my peberet kpah, tpi kat jeddah ni pisang koling je ado..bueklah jugak bilo dah teringin tue..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...