Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Tuesday, February 17, 2009

Bahasa Orang Bahasa Kita

"Buk, cikgu taska nak ceret" kata si aini bibik aku.
"Ha? Apasal lak diorang nak ceret cakap dengan aku. Pegi je lah" Aku.
"Tapi buk, diorang suruh ibuk belikan" aini lagi.
"Beli ceret? Engkau biar betul aini! " aku lagi bertambah hairan.
"Iiiyaa... ceret. Untuk masak air. Yang ada tu udah rusak" explain si aini.
"Cakaplah cerek. Kau ni buat aku bingung je lah" Aku dah tak tahan menahan ketawa. Siti bibik aku lagi sorang tu ketawa terbahak-bahak.
"Betullah buk, kita cakap benda tu ceret" kata siti.
"Yang aku tahu ceret tu 'ceret beret'. Apa la bahasa korang ni"


Masa aku ke jakarta dulu, kami berkesempatan ke toko buku. Suami mencari-cari buku. Dia bertanya pada penjual tentang buku berjodol sekian sekian dan pengarangnya sekian sekian. Penjual itu berkata:
"Yang ini nggak ada pak. Perlu di pesan dulu. Kapan dibutuhi pak"
Aku tak dapat menahan gelak. Lawaknya cuma kami yang faham. Orang itu terpinga-pinga. Maknanya bila diperlukan. Bahasanya betul. Cuma pemahaman kita di Malaysia ini lain.


Banyak perkataan yang orang faham lain, kita faham lain. Seperti jugalah anak aku mengekek-ngekek ketawa apabila melihat menu "sup buntut" di sebuah restoren di jakarta.

NOTA: Untuk pengetahuan, sup buntut itu adalah sup ekor. Orang indon kata ekor itu BUNTUT.

10 comments:

julietchun said...

sup buntut yg paling tak tahan tuh, memula pun sy bygkan ape benda dorang mencarut nih,hahahhaha, gelak sampai rasa nak terceret ni,hahahha.

Mak Su said...

kah kah kah, gila gila bahasa :)

kakpiah said...

hikhikhik..
*gelak org demam*
kawan saya lak masa kt jepon dia ckp pekataan mangkok..
peh tu asben dia ckp jgn ckp pekataan tu kekuat sbb loghat daerah yg diorang tinggal tu pekataan mangkok membawa maksod anu pompuan.. hehehe..
mari kita membina ayat..

kapan butuhnya sup bontot di dalam mangkok?

wakakaka..
err.. kak pah phm tak nih..???

Nizam.Ariff said...

Errrr...aku naik segan pulak baca komen akak-akak nih....aku kecik lagi...putih berseri...ahaks!

Eh, tau tak apa word verification yg aku kena tulis? Butworic...hahaha dia cam tau-tau je carutan akak-akak semua.

Tijah said...

tijah tak paham la piah. apa maksudnyer tu yer?

yg benar,
tijah yg naif

iina said...

itulah beza bahasanya.. dulu teringat masa ada lawatan dr universiti bandung ke UPSI.. saya pun tanyalah sorg tuh.. bila sampai dari bandung.. orang tu pandang saya terpingga2.. rupanya dia tak faham 'bila' itu apa.. sebab diorg kan ckp 'kapan' muahahah masa tu terus speaking english yelah kot2 tak faham trus hehehe ;)

kak ku membutuhi mee karimu kak heheheh

ibundo said...

juliet, sampai je airport ternampak sup buntut sapi. Weh.. gelak siap guling-guling. Rupanya sup ekor lembu.

maksu, kah..kah..kah

piah, akak rasa virus demam kau ni dah menyerang urat sarap lam otak sehinggakan tak dapat berfikiran dengan waras wakaka.....

nizam, kau abaikan je la komen si piah tu. Dia tu demammmm...

tijah, akak pun tak paham apa si piah tu cakap. Ekau tanyo la mo dio.

ina, tulah pasal. yang kita paham kapan tu kapan mayat je. Err... datang la makan mee kari bila kpah dah bukak restoren nanti hehe..

lupekanje said...

ia lah kakpah....kapan-kapan aja bisa repot2 gitu..gara2 ngomongnya nggak di mengertik...hahah..acik nggak bisa makan sup montot...nnt ceretnya bocor gitu...adeiiihh...

FARYN said...

kak pah,tadi saya baru cite experience kena raba bontot...hahaha..dahle ada org indon baca saya nye blog..sure mereka ingat saya ni ada 'ekor'...hahahaha

ibundo said...

acik, kita sedap je ketawakan bahasa orang. Diorang ketawakan bahasa kita, kita tak tau pun.
Contohnya kan, sepupu kpah yang kat jkrt tu cakap, "kok orang malaysia, di stasion bas pun mahu dijemput-jemput."
Yang dia paham, jemput makaannnnnnn...
jemput minuuummmmm......
gitu.

faryn,
pastinya diaorang ingat nko ada ekor haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...