Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, February 12, 2009

Belajar Buat Sandwich



Pagi tadi aku buat sandwich dengan anak-anak kelas jannatul Aad. Sandwich telur. Anak murid semua teruja melihat aku bawa bakul penuh dengan bahan di bawah.
"Ummu kita nak pergi piknik ke"
"Tak. Ummu nak ajar buat sandwich telur"
"Yea......................" Satu kelas bersorak teruja.


So, selepas rutin harian dan aktiviti bacaan, aku pun membahagikan telur seorang sebiji.
"Mula-mula buang kulit telur" Anak-anak pun mengupas telur. Macam-macm gaya.
Selesai mengupas telur, proses menghancurkannya pula. Ada macam-macam gaya juga. Di rumah, mereka ini kebanyakannya tidak diberi peluang untuk menolong ibu di dapur.


Kemudian telur yang sudah hancur ditambah dengan pepper dan mayonis. Anak-anak gaul.

Gambar di bawah anak-anak menyapu mentega pada roti. Oleh sebab tak ada pisau plastik, guna sudu saja. Ada yang terkial-kial.


Selepas itu proses meletakkan telur dan timun di atas roti.




Jeng....jeng...jeng... sandwich dah siap. Jom kita makannnnnnnnnnnnnnnnnnn.....


Anak-anak berselera makan sandwich buatan sendiri. They had a lot of fun. Semua rasa seronok. Nasib baik hari ni tidak ada insiden yang tidak diingini lagi.

Siapa kata aktiviti ini tiada unsur pembelajaran. Ada.


Gambar di bawah tidak ada kena mengena dengan sandwich. Aku cuma nak cerita yang petang tadi aku masak mee kari untuk dinner. Jemput makan................

15 comments:

Tijah said...

uiiii...sodap eh mi kari. bilo nak buek open haus kak?? sey mo k.ungku sedio drift ke bangi...

enitaim!!!

ibundo said...

jah, tunggu ghayo poso wakaka..

FARYN said...

kak..nak juga menyebuk mau mee kari..
faveret tu...huhuhuhu

lukmanw@gmail.com said...

Salam Kak Pah

Aktiviti ini juga merupakan aktiviti tahunan tabika org rumah saya di Taiping. Ada tambahan bila ibubapa dijemput utk bersarapan dgn sandwich disediakan oleh anak-anak mereka itu.

Lukmanw

Anonymous said...

x sabar nak balik umah! makan kat uia x besh. uwawawa

ibundo said...

faryn, nanti open house. datang ngan tjah n kompeni hehe..

salam.TK sudi singgah.

ibundo said...

lukman, salam. TK sudi singgah. Isteri ada blog ke. boleh nak share idea.

anakandaku,
abis exam balik le. dah abih ke belum.

iina said...

Betul tuh kan kak.. dapek buek sendiri aktiviti gitu bebudak mmg suko.. lamo dah den tak poei bangi.. dulu duk situ dokek 5 tahun dr study smpi ler den kejo kek kjg tuh ahh.. nntilah kalau den singgah leh raso mee kari akak kan ;)

kakngah said...

"Ummu kita nk pergi piknik ke" soklan maut.
kakpah, jejago... hrni bebudk tu kontut busuk.. psl mkn tolo..hihihihi....
kok ajk sy mkn mee kari, kak pah serve camtu gak tau... kok ajak la.... tijah tu, suh yo dio ceduk sndri lam piuk...

Tijah said...

rayo poso? umang aih..lambek laie tuuu......

ibundo said...

ina, dulu blaja kek bangi ko. len kali kalau dah sampai mesia leh lah pokono mee kari kek umah akak. gerenti meleleh selemo.

kngah, tak sompek nak bau kontut e sobab tak lamo lopeh tu balik dah. Omak memasing la yang kono layan kontut diorang hehe.

jah, apo lak lamo e. pojam colik pojam colik dah poso. kau kono relo monanti.

julietchun said...

enjoy bebudak tu wat sandwich, kalo kat umah baru jengah pintu dapur dah kena sergah ;D mee kari kakpah wat air liur meleleh.

FARYN said...

takmo pi ngan kak tijah...dia kuat mkn..nanti tinggal kuah je....



*lari!! kak tijah kejar ngan senduk kayu...lalalala

ibundo said...

juliet, tengok gambar je dah meleleh air lio. Tengok betul-betul hingus pun boleh meleleh tau...

faryn, hahaha... itu antara mu n tijah wakaka.

ASH said...

Kak Pah..
riuh rendah blog ni nengok Mee kari kak Pah tu.ha ha ha..
Tu depa tak pekena laksa lagi..
Meleleh dah ayark liog aku ni.
Sambal NOGORI yang ada petai tu pun best kak Pah..bila nak makan makan lagi ni?? he he he..
Tak sabor nak tunggu si farah bersalin..
( tunggu kenduri sambut cucu kak oPAH..smile..)

Bebudak tu macam best jer makan sandwich..
Melepas la anak aku si HUDA tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...