Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, February 13, 2009

Jangan Kau Goda....


Pagi-pagi lepas subuh dah dapat sms.
"Kakpah, nanti kang datang tadika bawak katalog zhulian ye"

Itulah masaalahnya. Aku ni memang dah malas nak buat direct selling ni tapi ada saja orang yang menggoda. Kelmarin makcik aku telefon.

"Pah, tupperware ada ofer tak. Acik nak boli bokeh spageti tu lah. Sonang nak simpan. Kok tak botorabur dalam lemari ni ha." Ha, kan aku dah cakap. Tak percaya lagi?

Ahad haritu, staf aku telefon,
"Kakpah, utang pinggan dah nak abis kan. Nanti aku nak oder lain pulak lah. Bla..bla.."

Sebenarnya aku dah malas tapi kekadang ni terpaksa jugalah melayan pelanggan yang tak seberapa tu. Pelanggan tak seberapa, untung pun dah tentu jugalah tak seberapa. Dah tu pula kalau menjual dengan kawan atau sedara ni, nak dapat untung pun tak boleh.

"Kakpah, tak kan tak bleh dapat harga dealer kakpah. Kita kan kawan..." Tu cakap seorang kawan.
"Acik boli banyak ni ha.. Takkan tak ado diskaun". Ni pula cakap seorang emak saudara.
"Ado cik.. ado. Ambek yo lah hargo dealer."
Dah lah bagi harga dealer, dua tiga kali bayar pulak tu. Aduyai...

Kalau ada nak beli, aku niat menolong je lah. Kang cakap banyak-banyak dah lah tak dapat untung, pahala pun tak dapat gak. Tapi ada orang ni kan, dia suka menggunakan kelemahan kita.

"Mak, imah ode bra avon kat kaklong" mengurut-ngurut lengan aku sambil tersengih-sengih.
"Nanti mak bayarkan ye.....he..he..he.."
"Cukup le pandai. Bayar sendiri ......."
"Ala.. imah mana ada duit. Ye mak e.. e..e....."

Pandaikan anak aku. Ode. Ode. Ode. Yang bayar aku.


Aku nak jual gaya macam ni lah. Gerenti tak ada orang nak beli. Jah, OOO Jah, akak ode cendol semangkuk boleh?

12 comments:

lupekanje said...

salam kpah...sib la acik ni bukan jenis ngode ngambik barang ni...
spesis mnjual pun tarak..
ya ammpun, di rumah kok sudah banyak bangat barangan yang masih boleh diguna ya..bra?? kalo longgar, acik jait sembat yo balik....haha..

ashley said...

WEI..'barangan dalaman' pun masuk BLOG ka..ayoooooo..mana IMAH tu mana IMAH tu?

Tijah Lawa said...

cendol abih la kak!!! tingga santan cair yo ha.. nak ko?? buek eskrem sodap yo tu. lotak milo kit...

acik, bra kok sembat yo buleh ko bawak jogging cik?? tak tekeluceh ko deh?

wakakaka...

kakpiah said...

lorr.. baru ingat nk hntr shinbei gih tadika kak pah.. peh tu.. nk mintak harga kengkawan..
hehehe..
tak jadik la..
maluu..
wakaka...

lupekanje said...

Tijah..
sembat ngan rembat...adoko tekeluceh...heheh..
tu lah kau...kau mano reti bejimat cam acik nih...kau ketoronan anak2 rajo besiong...blh la pakai buang, pakai buang...tak cam acik ni...ketoronan rajagopal jer ha...

julietchun said...

Tu yg malas nak meniaga nih,nak amik untung tak sampai ati, bagi rega kengkawan kita plak yg gigit jari, takpelah, moga dpt pahala membantu sesama insan ;D

Nizam.Ariff said...

Tupperware kalau ikat kembar tak boleh buat bra ke?.......lariiiiikk

Ungku Nor said...

kak Pah, turun la Somban.
sey banjo cendol Hj Shariff kek dopan kodai songkok Sarbini tu..hehehe.
rojak dio pun sodap gak kak. kuih eh tu kan, umakaiihh..nek moyang rangup!!

Mak Su said...

saya dah berenti jual prepaid, yg beli pun kawan2 kat opis. tapi time bayar susah. kekadang dia nak, kita plaks yang kena gi send kat dia, dan request payment. kekadang beli 5.00 jer. untung kekadang miss. last2, eden malaslah. huhuhu

nazaTIMsuria said...

halamak mak ni..wat kantoi imah jer la..uhuhuhu..

iina said...

Goda2 nie yg bahaya nie kak.. den yo takdo order2.. dulu den selalu ambik katalog utk kegunaan sendiri.. maleh nak promote kek sedaro maro atau kekwn.. kecuali kwn baik.. lecehkan kak ;)

kakpah said...

acik, osah boto jimat e kau cik.

ashley, ha..jawb imah..jawab

tijah, ghindu lak nak makn cendo kek stesen bas pilah tu.

juliet, tak cukup jari, kau gigit kuku je la

nizam, kau suruh orang rumah kau pakai dulu. kalau worait bagitau kitorang wakaka..

piah, kau jangan memain. meniaga, meniaga gak. kawan, kawan gak.

ungku, rojak? weh dah lamo tak pekono ni. Worait.. satu hari kito lepak kek sanun. akak bawak budak tadika satu bas.

maksu, haha.. tau tak per.

imah, kan dah kantoi..

ina, oder tuk diri sendiri yo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...