Aku masih rindukan mak walaupun emak sudah beberapa tahun meningggalkan aku. Aku rindu pada pandangannya. Aku rindu pada senyumannya. Aku rindu pada suaranya. Aku rindu segala-galanya yang ada pada emak.
Tatkala aku mendengar suara Sudais mendayu-dayu membaca alquran, aku terlalu rindu untuk melihat kaabah. Rindu untuk mengerjakan umrah. Rindu untuk menziarahi maqam rasulallah saw.
Begitulah. Bila rindu sudah bertapak kita tidak boleh mengelak.
Aku menerima email daripada ibu Arfan, salah seorang anak murid aku tahun lepas. Antara kata-katanya: Arfan sangat rindu pada ummu. Dia selalu bercakap tentang ummu. Dalam seminggu mesti dia ada menyebut tentang ummu. Aku balas emailnya dan menyuruh Arfan menelefon aku.
Isnin lepas aku terima panggilan daripada Arfan. Anak itu sungguh teruja. Dia bercerita tentang sekolah barunya. Bercerita tentang kawan barunya. Bercerita tentang rutinnya sebagai ketua darjah. Aku harap rindunya pada aku sudah terlerai.
Arfan. Semuga membesar menjadi anak soleh yang bijak.
Rindu. Sebuah perasaan.
Rindu. Sebuah perasaan.
11 comments:
ummu tak wendu kek tijah ko?
hikhikhik!!!
sayangnya kat ummu....
budak2 kalo dah rapat ngan kita mmg dorang akan rasa camtu. tambah plak ummu manis dan baikhati.
Rindu akan sentiasa ada dalam diri kan kak.. walaupun kdg rassa rindu itu telah terubat.. tapi bila jumpa berpisah bertambah lagi rindunya.. buat masa ini saya cukup rindu dengan ayah dan mak.. sakit ayah buat hati saya ingat kg lebih2 lagi ;)
ntah napa hati sy tersentuh ngn n3 kakpah ni. rasa cam nk nangis...
terlalu bnyk kerinduan sy yg tak mungkin terlerai....
cikgu yg baik akan dirindui oleh anak2 muridnya. Tapi kalau sebaliknya, akan dikeji oleh mereka. Saya tahu kakpah seorg cikgu yg baik.
tijah, sikit pun tak. (weh.. dah tuko gamba ka)
acik, i lap u 2
juliet, ehmm.. kau ade nak ape-ape ke ni....
ina, huhu... copek copek la balik. omak dan abah pun ghindu kek kau niha.
kakngah, sob..sob.. kpah pun sodih yo ni.
YB, tenkiu. anak-anak (tak kira lah walau anak orang) ini pengubat hati.
ah! kpah tu pilih kasih. bonci taw!!!
yer jah.. mmng ummu pilih kaseh..
kaseh ummu hanyalah pada ku seurang..
kan ummu kan?
saya kan lg kiut dr tijah..
hehehehe....
tijah, piah,
korang beduo memang perasan hehe..
kahkahkahhh!! padan muko piah belunceh!
Post a Comment