Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Monday, February 9, 2009

Meneroka Di Dalam Rumah Sendiri

Zaman aku sekolah dulu aku adalah anak yang berdisiplin dalam membuat kerja-kerja sekolah ni. Emak abah lepas tangan, tak payah tanya ada homework ke tidak. Tak payah juga membebel-bebel suruh aku buat homework. Aku buat sendiri. Atas kesedaran sendiri. Tak seperti anak-anak aku.
"Homework dah buat dik?"
"Belum"
"Buat sekarang"
"Okay mak"
"Homework dah siap dik?
"Belum"
Aku mula bla..bla..bla.. bila melihatnya masih tercongok depan pc.
"Adik dah buat dah separuh. Kejap lagi adik habiskan lah"
"Sekarang!!"

Anak-anak tadika perlukan homework? Aku sering memberitahu guru-guruku bahawa anak-anak pra sekolah ini tidak perlu dibebankan dengan homework. Biarlah mereka ini merasa nikmat belajar sambil bersenang lenang. Nanti bila sudah masuk ke alam persekolahan yang sebenar, mereka tentu akan disogok dengan homework yang pelbagai.

Tapi itu cakapku. Cakap seorang guru tadika. Tidak sama dengan cakap emak bapak.
"Kenapa anak saya tak ada homework?. Hari-hari saya tanya anak saya ada homework ke tidak, dia kata cikgu tak bagi!!" Ada juga mamat-mamat ni yang perasaan dia ada power. Halooo.... baik-baik cakap ye. Jangan ninggi suara. Kami dengar. Telinga kami tak tersumbat.

Emak bapak ada yang kurang faham. Bagi faham pun mereka kurang faham juga (blur?) .Kami ambil jalan tengah. Kami bagi anak-anak homework tetapi bukan hari-hari. Kami bagi pada hujung minggu, atau cuti panjang atau selang dua tiga hari. Tapi kami kena marah juga.

"Kenapa bagi anak saya homework? Budak tadika ni tak payahlah bagi homework" Ada pulak emak yang mengamuk. Yang kena marah, cikgu pada anaknya. Cikgu ini datang mengadu dekat aku jugalah.

Konklusinya, homework tetap kami bagi. Terpulang kepada ibu bapa. Nak buat atau tidak buat. Tidak ada paksaan.

Sebenarnya kan, anak-anak pra sekolah ni tengah kuat meneroka. Fikiran mereka tengah tajam. Sayang kalau ibu bapa tidak menggunakan kebolehan anak ini secara maksima. Tanpa homework dari tadika sekalipun, ibu bapa boleh membuat berbagai-bagai homework bersama-sama dengan anak ini.

Contohnya semasa ibu berkerja di dapur. Kalau anak-anak datang menjenguk di dapur apa yang ibu-ibu selalu kata pada anak,
"Pergi main kat luar sana. Jangan kacau ibu. Ibu tengah sibuk nasak ni"

Banyak yang ibu boleh ajar sebenarnya:
Sains:
- Beri anak sebesen air. Anak-anak boleh buat eksperimen benda-benda yang timbul dan tenggelam. Yang berat dan ringan.
- ajak anak anda membezakan barang-barang yang dibuat daripada plastik, besi, kaca, kayu etc
- deria bau : belacan, budu, tempoyak, bawang, limau etc
- deria rasa : pedas, masin, manis, pahit, masam
- deria sentuh : Panas, sejuk, licin, kasar
- deria bunyi : blender ( dari speed slow hingga speed high), bunyi tumbuk lesung, pinggan berlaga, sudip terkena kuali etc..
- density : yang ini pasti anak suka. Ambil gelas yang agak besar. Masukkan sebiji telur. Telur pasti akan jatuh ke dasar. Masukkan garam dan kacau. Tambah garam banyak-banyak sehingga density air itu berubah. Nanti telur itu akan terapung di permukaan.

Weh.. banyak lagi. Anda cuma perlu fikirkan saja.

Bahasa:
Ajarkan anak anda vocabulary. There are many things in the kitchen. You just name them: plate, glass, cup, bowl, spoon, fork, sugar, salt, flour............................
Teach her also the daily conversations that you usually use while in the kitchen:
"What are you cooking, mother"
"I want to wash my hands"
"Can I help you wash the dishes?"
"Hmm.. the food smells good" etc...etc...

Maths:
- yang besar, yang kecil
- yang panjang, yang pendek
- kira kacang panjang ada berapa
- kira cawan, piring, sudu, garpu etc..etc..

Yang lain-lain tu kena fikir sendiri ye. Nanti panjang sangat jadinya entry ini.

Yes. Itu baru di dapur. Banyak lagi yang boleh dibuat bila berada di dalam rumah. Pandang keliling anda. Semuanya homework untuk anak anda. Ada sains. Ada bahasa. Ada matematik.
Jadi, tak perlulah bergantung sangat pada beberapa keping kertas yang dibawa dari tadika. tak perlulah bergantung sangat pada buku latihan yang dibawa dari tadika. Tak perlulah bergantung sangat pada workbook yang dibawa dari tadika.

Begitu juga apabila anda membawa anak-anak anda berjalan-jalan menaiki kenderaan. Gunakan masa ini untuk membaca nama jalan dan road signs. Memandang nombor plet kereta di hadapan, anda boleh mengajar anak mengenal angka dan mengenal huruf. Melihat sekeliling anda boleh sabitkan dengan Pencipta. Melihat kenderaan juga anda boleh bermain dengan warna.

Jangan biarkan curiosity anak anda berlalu begitu sahaja.



13 comments:

kakngah said...

"Pergi main kat luar sana. Jangan kacau ibu. Ibu tengah sibuk nasak ni"
hehehhe!!! sebijik.... mmg sy xsuko ank ngacau taim kt dapo. melambtkn kerja. tp, sesekali bg gak diorg can. tgk keadaan mcmana. ank2 ni pn xblh ditegah sgt. nant terbantut perasaan ingin tahu mereka.

Yunus Badawi said...

ibubapa kena kreatif utk mengajar anak2. Kalau asyik cara formal aje pun mereka akan cepat jemu.
elok contoh2 yg kakpah bagi tu. tq.

ASH said...

HA HA HA...
ni beletior kat saya ke ni..

kak pah,
saya minta homework untuk si HUDA tu sebab dia dok sebut nama cikgunya..kena JUAL nama kak PAH nak suruh makan ubat..
ha ha ha ha..

2 minggu kak Pah..2 minggu!
tak datang sekolah nanti!

tengok baju sekolah nangis dia tadi.
( esok takleh gi sekolah.sik sik sik..nangis)
tengok muka kat cermin, nangis dia..
( muka huda dah tak comel..sik sik sik..nangis)
sentitip si HUDA nii..
PONING paler eden melayan..

iina said...

Betul tuh kak.. tapi mmg ketara lah budayo kito kek mesia byk berorentasikan paper n test.. yg penting skor markah tinggi.. tapi.. kefahaman n skill itu yg kurg.. sebab itu ada beza IQ dan EQ.. IQ tinggi tapi kalau EQ ye rendah.. pun tak leh gak nak survive xleh sebab skill sosial out.. ;)

ibundo said...

kakngah,
kena cari time yang relek. bukan masa yang kita kelam kabut balik dari opis nak kena masak cepat-cepat tu. Mesti ada masa yang kita ke dapur agak bersantai-santai kan.

YB, ibubapa mesti cari masa untuk anak-anak. Jangan jadikan 'sibuk' sebagai alasan. dan jangan juga mengharapkan sekolah semata-mata. kena ada kerjasama antara rumah dan sekolah, kan..kan..

ashley, kpah beletior ke. dak aih. awat hang ghasa hang tekena tempiaih ka. ha..ha.ha. Nanti kpah bagi si huda tu keje. Aku paham le. aku bagi dia keje yang dia miss kat sekolah ni. sian dia..

ina, tu la pasal. Nak bagi yang tu paham tak semua boleh paham. Nak buek camno...

chekdenoor said...

Salam,

Semasa chekdee membesarkan anak-anak...ketika itu anak-anak kecik lagi..... chekdee memang selalu bertegas dalam mendisplinkan anak-anak..... contohnyer ..bila salin baju... baju kotor mesti dimasukkan kedalam bakul .... ambil baju dalam almari..kena pelahan-pelahan..supaya susunan baju tidak huru-hara ....time main..time belajar...time tolong buat keje rumah tangga ......

Ada juga kedengaran dari adek chekdee..... kesian budak-budak tu...jangalah bertegas sangat.

Tapi sekarang bila dah dewasa.... anak-anak chekdee diketogarikan oleh keluarga sebagai anak-anak yang pandai tolong ibubapa.... rumah bersih jer...mereka tahu apa nak buat dan semua anak chekdee pmrnyer 8A dan dua yang atas dah lepas spm..dah dapat 10A dan 9A dan dapat biasiswa ...yang kecik baru diting 4........

Ada yang bertanya dan berkata ....untung chekdee dapat anak baik dan pandai ...macam mana ya nak jadikan anak kita cam tu??

Bukan untung ....tetapi displin dari kecil .....kalau dah besar baru nak disiplinkan anak....sure dah susah dan tak boleh pun....

Anak ibarat kain puteh... kita yang corakkan dia.... tak boleh harap cikgu jer

julietchun said...

Bleh diaplikasikan pada anak buah saya yg suka benar mengacau tem maknya sibuk wat homework(gsk baju, lipat kain, mop lantai)

Tijah said...

kpah. citer pasal meneroka ni kan. (kito ckp KL la yo...)

carlos ni dia cam overprotective sket tau. kekadang bengang gak. sumer takbleh..anak main luar takut panas kang demam, bawak mandi sungai takut selemo. main gunting takut kena tangan, main kat dapo tem sy masak takut kena minyak panas, main2 pokok bunga takut kena getah/duri. montang2 anak br seketul tu. kita ni tau budak2 learning thru experience la kan.

apa pendapat kpah? caner sy nak overcome masalah nih?

wahh!! cam cik sri siantan gittew! tapi betul nak tanya ni kak...

Mak Su said...

saya bagi baby w pegang pisau dan potong bawang, lepas tu dia busyuk lah (pisau stik yang jenis plastik tu), sibuk nak menolong kan. prektis dari kecik masuk dapur

ibundo said...

chekdee, terima ksih sebab bagi ulasan panjang lebar. Betullah, nak melentur anak kena dari rebung. Pada pandangan orang menyusahkan anak, pada pandangan ibu bapa mendisiplinkan. Tengok dari sudut mana kita pandang kan. Tahniah kerana chekdee berjaya bentuk anak-anak.

juliet, ajaklah anak buah tu lipat baju sama. (boleh bayangkan cara lipatannya)hehe..

tijah, akak nak kono bukak ruangan soal jawab lak nih..
si carlos tu memang overprotective. Kok somo e tak leh buek otak si chem tu macamano nak bokombang. Seksok sikit..sikit..mangge omakkkk.... abahhh.... ni camno nak buek ni!!

Sobolum buek apo-apo aktiviti mo chem pastikan ekau brainwash si carlos tu dulu. Contoh:Kalau nak ajak menggunting kan.. ekau gunting jari carlos tu dulu. Buleh putuih ko tak buleh.(amaran: tolong guno gunting tumpol sobab eden tak botanggungjwab di atas sebarang kecederaan.)
ha.. macam tu la kekdah e.

jangan lupo. syarat ponting : Brainwash Carlos. Tak kesahlah kau guno detergent apo. klorok pun leh gak.

Torimo kasih sobab sudi botanyo.

maksu, ish.. dah cukup bagus lah tu maksu. busyuk pun busyuk la..

Nizam.Ariff said...

Tu yang untuk deria bau tu, takkan belacan kak? resdung kak, resdung! hahaha...

ibundo said...

nizam, tak leh belacan, cencaluk kan banyak. Melaka banyaaaakkkkk cencaluk.

Azurah Anuar said...

kakpah,

pengalaman saya menyekolahkan anak yg baru berusia 5 tahun nih, mmg saya lebih gemar tak ada homework.

infact, masa nak cari sekolah pun saya cari sekolah yang tak bagi homework.

tujuannya masa mula2 hantar tahun lepas, saya nak ajar dia bergaul dengan rakan sebaya.

ajar berinteraksi, ajar hormat orang lebiuh tua, sebab duduk rumah dengan nenek je tak brkembang minda.

alhamdulillah, tanpa homework, dan tanpa ke sekolah sebulan masa saya pantang pun dia masih boleh dapat no satu.

tapi bukan itu yang saya banggakan, saya gembira dia dah boleh berkomunikasi dengan rakan, dan macam-macam lagi.

bila agaknya sekolah2 di malaysia tak akan berpaksikan akademik smeata-mata ya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...