Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, February 6, 2009

CUTTING AND THREADING

Satu insiden yang tidak dijangka telah berlaku di kelas aku pagi tadi. Seorang kanak-kanak telah terberak di dalam seluar dan berciciran di atas lantai. Huhuhu... kesian la kat ummu ni nak oi..

Padahal sejam sebelum itu anak-anak semua berseronok membuat aktiviti "cutting and threading". Tengoklah gambar ni.



Di atas tu aktiviti menggunting straw.
Kemahiran: menggunting
Masih ada lagi beberapa orang yang belum dapat memegang gunting dengan betul. Tapi aku tengok diaorang seronok betul dapat peluang memegang gunting ni.



Selepas aktiviti menggunting, setiap anak diberi seutas tali. Mereka kemudiannya memasukkan tali ke dalam lubang straw yang telah digunting. Memang nampak senang. Kalau orang dewasa macam kita yang buat, kejap dah siap. Kanak-kanak memerlukan kemahiran dan masa yang lebih panjang.
Kemahiran: Koordinasi mata tangan, mencucuk

Setelah siap, jadilah ia seutas rantai straw. Gambar berikut menunjukkan kanak-kanak melaram dengan hasil kerja mereka.





Minah tu semua tudung dah melayang entah kemana. Bila datang lengkap bertudung. Lepas tu simpan dalam beg.


Yang lelaki pun nak bergambar dengan rantai juga. Haha, lepas tu simpan dalam beg masing-masing. Kata nak hadiah kat emak. Perhatikan anak yang sebelah kiri sekali tu. Haah, yang buat peace tu lah. Dia tu lah yang terberak dalam seluar tu. Tak bagi warning langsung. Tau-tau dah mencret je.

6 comments:

iina said...

kak itu mesti tadik wat rantai concentrate abis.. smpi nak poopoh pun tetahan jek.. itu ler jadiknya.. sabar jelah kan kak ;)

ashley said...

Biasa la kak pah..
Alah bisa tegal biasa.

'harum semerbak bunga kastur' lah jadinya kelas tu..

julietchun said...

syok sgt dok menggunting sampai nak gi tandas pun sayang,hahaha. Byk pahala kak membantu insan yg lemah,hahhaha.

kakpah said...

iina, ashley, juliet

agaknya lah tu, terlampau khusyu' dan seronok sangat buat gunting menggunting tu sampaikan terlupa yang perut tu dah memulas. Nasib baik jugalah hidung kpah ni masih tersumbat sebab selsema belum baik lagi, hehe.. Tapi yang lain-lain tu dah lari lintang pukang.

kakngah said...

kemain lg minah2 tu posing.. ala2 model pun ade...
yg yak-yak tu... mesti peace special utk kakpah.. tanda keamanan dah bersihkn dia..

kakpah said...

kakngah, budak budak sekarang ni model semulajadi. pandai lak meliuklentuk semacam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...