Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, February 6, 2009

Berhati-hati bila berbicara

Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak kata buruk padahnya

Hari-hari kita bercakap. Sebaik sahaja kita mencelikkan mata, mulut akan terus mengeluarkan perkataan-perkataan. Ia akan hanya berhenti semasa kita tidur kembali, itupun sekiranya kita tidak mengigau semasa melelapkan mata.

Perumpamaan di atas jelas telah memberi amaran kepada kita supaya sentiasa berjaga-jaga dengan apa yang kita tuturkan. Tetapi sebagai manusia biasa ada kalanya kita terbabas juga. Bukan bermaksud untuk berkata seperti itu tetapi perkataan terkeluar seperti yang kita tidak jangka. Kata-kata kita itu sudah mengguris orang yang mendengar. Kalau ditarik balik pun, hati sudah calar.

Namun begitu, tidak semua orang yang sentiasa menjaga perkataan yang keluar dari mulut. Ada juga di antara kita ini yang memang suka cakap lepas. Jenis mulut laser. Jenis ini beranggapan, buat apa cakap belakang-belakang. Kalau tidak suka atau tidak setuju baik saja cakap terus depan-depan.

Contohnya:
"Ei wok, apo mato kau ni sepet bona ha. Idung kau pun kombang somacam yo. Dah tu bolagak lawa lak tu. Tak yah la bolagak......"

Itu cuma contoh je. Contoh mulut laser. Tak ke rasa terbakar telinga yang mendengar. Dan mulut laser ni bercakap lepas tidak kira orang. Dia rasa nak cakap, dia cakap. Dia tak kesah kata-kata dia tu orang suka ataupun tidak.

Sepatutnya bila kita mahu menegur seseorang, tegurlah secara berhemah. Supaya yang mendengar tidak kecil hati. Supaya yang mendengar dapat memikirkan, membelek, mengkaji teguran-teguran tersebut. Mungkin sipendengar boleh berubah laku hasil daripada teguran yang berhemah itu.

Budak tadika pun ada yang jenis mulut laser ini. Ada. Haha.. semalam aku dengar seorang budak menegur kawannya yang datang ke tadika membawa beg besar:

" Ni apasal datang sekolah bawak beg besar besar ni. Nak pegi Mekah ke apa.." ha.ha..

So. jaga-jagalah dengan perkataan yang keluar dari mulut. Kadang-kadang kita tidak tahu hati perut orang yang menjadi pendengar kita. Jangan sampai pipi kita terkena penampar jepun.




16 comments:

kakngah said...

wallawey... dasatnya bdk tu... mmg laser... tp kn kakpah... mmg sukar nk kawal mulut ni dr melaser. kdg2 terlepas jugak sebijik dua. cuma cara penyampaian tu kene la dgn gayanya dan dgn siapa kita berckp tu. supaya apa yg ingin disampaikn tu telus dn org yg mndgr tu xder la bg penampau jopon....

chekdenoor said...

Salam..... aha....mulut tak ada insuran .....heheheh...... kesian dia kan....

Walau apapun...kita anggaplah itu kelemahannyer....dan kita jadikan panduan dan tauladan.

Tijah said...

kan k.pah kan? tapi kekadang tu cam rimeh la pulak kok ckp nak belapik bagai ni kan? kono tgk org eh jugak la kot. cam kito2 nia takpo do...ayat mmg bunyi cam nak becokak tapi sbona eh mesreeeee tu...

wakakaka!!! boto tak KD??

mano kak dukun sey ni lamo x nampak ni??? berubek ko deh?

kakpiah said...

hehahahaahuhuhu...
tp kan kak..
ada gak yg spesis..
dia yg start melazer bila kita panas tinga kita jawab balik..
dgn selambanyer dia berkata..
eei lazer nyer mulot ko..
padahal .. dia yg mula...
cemana tuuu???

ibundo said...

kakngah, botul tu ngah. kalau kau melaser ngan orang yang kita tak berapa kenal, bukan setakat penampa jopun, podang jopun pun buleh kuar gak.

chekdee, kita pun kena check and recheck diri kita sendiri kan.

tijah, yolah. tengok la mo sapo kito cakap. mo kongkawan takpo la cakap lopeh lopeh ni. Kito buleh agak bahaso gurau dongan bahaso laser.

piah, si lazer yang macamni yang payah ni. dia tak perasan lah tu yang dia melazer. bahayanya dia nampak salah orang je, salah sendiri tak cam.

ASH said...

K pah..
Beso bebeno ke beg yang budak tu bawak sampai dikatakan nak pegi Mekah oleh temannya tu??

Teman ngulum senyum juge ler...

Tapi Kak pah, memang ada budak yang bawak beg beso beso ni.Isinye mandang(tak de)..ater ape nak buat?

Ish udah keluor cakap Peghak pulak sikit hari ni kemer ni..

julietchun said...

tu baru 6thn, kalo 26thn taktau lah camner lazernya, hahahah.Kang pasal2 dpt penampau jepon free.

ibundo said...

ashley, beso. nanti teman ambek gambo ye. (Aku tau la sentimen keperakan hang tu lum reda lagi)

juliet, kalau mandangkan gaya, memang boleh jadi penglazer harapan.

Anonymous said...

laser ni byk buruknya...
biarlah kite besederhana..
terutama dlm percakapan..

iina said...

Poei mekah? apo dia ponah nampak apo?/ kelako tul lah kak.. tak padan ngan kocik.. peh nie den nak wat research pasal pancaran laser dari mulut lah.. kwn den phd research dio pasal laser maser nie.. nnti den propose kek dio ehh.. canggih tu kak.. agak2 kalau htr p gaza.. leh kalah dak si israel tu ehhh ;) (kek situ pling sesuai jadik mulut laser kan kak)

ibundo said...

Idza, dalam berhati-hati tu terleser jugak. Macam mengigau je.

iina, kau kalau ado alat canggih yang buleh nampak laser yang kolua dari mulut tu, ha..alangkah elok e.

lupekanje said...

kerana mulot, badan binasa....tak gitu....
pehtu hati merana..
dah tk ada sapa...
nak gi memana...
sorang aja..
sobab tu jgn mengata
sesedap rasa
esok lusa
kita pulak kena...
baru padan muka kita..

Ungku Nor said...

umaaangggaiiihhh.
budak itu sangat laser okeh kak!

TIJAH, kito mang tahap vangang taim bercakap sesamo kito..iyo laa..nak kaber line nyo pasal, prosperiti beger pun leh kuar jadik ayat terbitan..hahahaha.

ibundo said...

acik, mulut ni kalau tak tau nak cakap bebaik elok diselotep je kan cik kan.

ungku, tu satu contoh je tu. ada lagi beberapo oghang yang lebih kurang cam tu.

Nizam.Ariff said...

kerana mulut, badan binasa. kerana mulut gak, perut buncit dan badan gemuk. jahat mulut ni...

ibundo said...

nizam, kerana mulut gak, kolesterol ko tinggi haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...