Bulan February dah separuh. Kejap je kan? Pejam celik pejam celik nanti dah habis setahun. Budak-budak tadika pun dah settle. Kalau ada yang menangis pun seorang dua. Itupun yang liat bangun pagi.
Ada seorang mama ni sampai sekarang masih menemankan anak dia dalam kelas. Anak dia dah enam tahun. Aku bagitahu dengan mama ini jangan manjakan anak. Lepaskan anak itu. Kalau sekarang dia tak mahu lepaskan, nanti masuk darjah satu dia akan menghadapi satu masalah. Takkan dia nak duduk juga dalam kelas menemankan anak dia.
Macam-macam alasan dia bagi.
"Nanti dia menangis"
"Memang dia akan menangis. Itu perkara biasa."
"Kesian kat cikgu nanti. Nanti cikgu yang susah"
"Hantar dan tinggalkan je. Kami dah biasa kena gigit, kena cubit, kena pelempang dengan bebudak ni"
"Nanti dia taknak pakai baju sekolah"
"Tak per. Pakai baju biasa pun boleh"
"Saya risau dia taknak datang ke sekolah pula nanti"
"You kena lepaskan anak you. Sampai bila dia nak bergantung dengan you. Lebih baik you balik dan jaga mak you yang sakit kat rumah."
Dia diam seketika. Mungkin berfikir.
"Nantilah saya cuba"
Kelmarin dan semalam aku lihat dia masih tercongok dalam kelas menemankan anaknya. Kesianlah juga pada cikgu kelas tu. Tiap saat kena control macho sebab ada pemerhati. Padahal takkan dia tak faham-faham juga bahasa-bahasa kias kami. Dan di luar kelas terpampang parents are not allowed in the classroom.
Ibu bapa jangan selalu sangat mengikut kehendak anak. Anak-anak tahu akan kelemahan ibu bapa mereka. Jadi, pandai-pandailah. Bertegaslah dengan anak-anak untuk kebaikan mereka juga. (Sekali sekala anak ini perlu juga kena rotan)
Aku kena psyco siapa sekarang ni. Anak atau mama.
18 comments:
Salam...hmmmm....hmmm...susahkan bila berhadapan dengan parent yang cam tu....... chekdee dengar...masalah tu pun ada kat skola rendah...hmmm...mengganggu urusan cikgu juga kan......
apa punya mak daaa...sampai bila nk tonggok nunggu anak centu..baek balik umah, masak ke....basuh baju ke...tulis blog ke...aper ke...heheh
suruh aje dia jadi pembantu guru sukarela kat kelas anaknya tu. Ada juga faedah buat mama dan anaknya.
ntah. kalu kpah suh mak budak tu tulis blog konfem dia akan berubah. silap2 anak dia pegi skolah sindri jln kaki...sbb mak dier sibuk update n3. hehehe
betoi tu kak pah.. saya stujuk ngan acik dan tijah..
kakpah saiko dia soh dia tulis blog.. peh tu jgn lupa soh dia baca blog saya skalik..
wakaka..
buleh??
sebbaik ank sy tak camtu bonar. hevoc sminggu yo. kot tak.. maun sy mintak kojo kek tadika komeh tu..
kak..mesti mak budak tu sonok blajar kat tadika akak.
tu pasal la dia masuk kelas tetiap hari.
nak temankan anak dia?
huh, alasan je tu kak!!
hahahaha ;p
"Ummu, mama tanya bleh tak dia nak amik gambar tem konvo kite nanti"?hik,hik.
Kalau dia tak tnggu, dia takut cikgu buli anak dia nanti...
chekdee, memang rasa terganggu.
acik, tu la. mbazir waktu je. ngomeh ghumah ado yo pekdah.
YB, dia jadi pmbantu anak dia je. Anak dia sikit-sikit mama...
Tijah, ko punyo idea brilien tul lah.
Piah, akak dah saiko tak jalan. Nak suruh ungku mandrem lak.
Kakngah, haha.. kono mintak cuti tak bogaji pulak.
Ungku, pikir pikir balik, ado botul cakap kau tu. Agak e maso kocit marin tak dapek masuk tadika kot.
juliet, konfem... konfem dia interfrem.
nizam, satu lagi alasan akak lupa nak taruk, hehe..
sabar sungguh dia, sampai nak masuk bulan tiga dah ni, masuk tunggu anak.
Kak pah,
YANG SEBETUINYA dia nak buka TADIKA baru.
Tak dak idea so dia observe le Tadika Aulad ni..
he he he..
maksu, sabaaaaaaaarr je la..
ashley. hehe..
heheheh ...
tu namanya ..emaknyer yang nak g sekolah kut ...
tak pun psycho cikgu ..nak mntak kerja kosong? ... haaa... cuba tanya.. malu² kucing tu
far, hehe masalahnya kerja kosong tak de nih..
Suruh mak dia jadi cikgu tadika lak kak.. idak pun lantik dio jadik assist kelas kot2 masa tuh dia penat dah xnak htr ;)
Rasanya kena bertegaslah kak.. dan beritahu kedudukan yang sebenar.. cakap cikgu2 tak selesa.. jgnkan tadika akak.. mana2 tadika pun rasanya pun sama jek kak..
ina, dah cakap slow and steady... dah kias-kias gak. Kalau bulan tiga masih tercongok gak...hehe.. tak leh jadi..tak leh jadi. Mesti ada limit ye tak.
Salam,
Anak tunggal kah? dan dia surirumah ye? 'sabar' sungguh dia ya..he..he..kalau saya, saya yg malu dgn cikgu sbb sume bdk2 yg blajo tetiba kita mak bdk pun jd ank murid gak..he..he..
Post a Comment