Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Sunday, February 8, 2009

Pediculus Humanus



Pediculus humanus
.
Tidak ramai yang tahu makna perkataan tersebut. Tapi menyebut perkataan kutu, ramai yang akan geli geleman mendengarnya. Kutu adalah parasit jenis serangga yang hidupnya menghisap darah di kulit kepala manusia.

Aku teringat kepada Letchumi, rakan sekolah semasa di tingkatan satu. Semasa kami duduk di tepi padang sekolah setelah selesai latihan sukan, aku terpandangkan kutu yang merayap-rayap di celah-celah tocangnya yang berbau minyak kelapa. Kutu itu bukan satu tetapi cukup untuk membuatkan aku geli geleman lantas melarikan diri jauh daripadanya. Di manakah kamu sekarang Letchumi. Adakah kamu telah menjadi bos yang tersandar di belakang mercedes ataupun masih di ladang getah meneruskan tradisi turun temurun.

Kutu bukan sahaja sukakan kepala yang kotor, malah yang bersih juga. Kadang-kadang ia menjadi satu masalah yang sering melanda pusat asuhan kanak-kanak. Ia mudah berjangkit dari satu kepala ke satu kepala. Sekiranya seorang kanak-kanak mempunyai kutu dan tidak diatasi sebelum dihantar ke taska, alamatnya, tak cukup tanganlah pengasuh taska untuk membuang serangga yang menjijikkan itu. Wabak kutu yang selalu melanda taska ini membuat kepala aku pening juga.

Aku teringat kisah emak saudaraku dan pembantu rumahnya pada tahun tujuh puluhan. Pembantu rumah yang baru digajinya mempunyai kutu yang teramatlah banyaknya. Mak saudaraku mengambil towel dan sheltox. Disemburnya kepala budak tu dengan sheltox sebelum membungkusnya dengan towel. Bergelimpangan kutu mati. Mula-mula aku risau juga tapi lepas itu aku tengok budak tu okay saja. Tak ada pula weng weng. Amaran: dont do this at home, he..he..

Kutu embun? Kutu embun ini pun satu masalah. Aku sampai sekarang tak paham kenapa orang suka jadi kutu embun. Kutu embun ini hidup macam kelawar. Mereka tidur siang sehingga jejak ke kaki malam. Sebelah malam pula dia berjaga dan merayap hingga embun menitik. Bila habis merayap, mereka mungkin akan melepak-lepak pula. Melepaklah di mana-mana. Di kedai kopi 24 jam ke, di tepi padang ke, di mana-mana ke. Jadi, dia dapat tiga title: kutu rayap , kutu lepak dan kutu embun. Aku cuba untuk faham tetapi tidak dapat memahami apakah keseronokan yang dicari mereka ini.

Bob kutu? Aku tau nama ini pun sebab dia selalu berlakon dengan apek saiful. Tapi aku heran juga kenapa nama dia kutu sebab secara fisikalnya kalau dibandingkan amatlah jauh berbeza.

Ha.. kutu yang ini aku rasa ramai orang suka. Dengar pun tak ada yang geli geleman.
Main kutu
. Makcik-makcik dan adik-adik kat opis tu cukup suka main kutu tu. Tak kiralah sebulan lima puluh ringgit ke, seratus ringgit ke, janji dapat sepuluh orang. Bila dapat duit kutu, shopping sakan kita.

Main kutu ni bukan terhad pada duit saja. Macam-macam. Kutu pinggan, kutu penapis air, kutu periuk etc etc. Aku kan dulu kutu direct selling ni, aku tahu lah. Ada tu yang main kutu ni nyorok-nyorok dari suami. Tahut kena marah. Tapi takkan lah marah pula kan? Duit sendiri. Lagipun yang nak dibeli tu untuk kegunaan bersama juga kan? Kan? Kan?


8 comments:

Tijah said...

sazah goma main kutu tupperware. yo la..nak boli sekali harung kan maha. aji usop kemain la marah tapi bilo tem rayo keluar'an bokeh2 lawa tu sonyum lak deh tu.

"elok lak bondo ni ha tak lomau kuwe. bilo boli nih??"

mengirap darah sazah dek eh...

lupekanje said...

acik tunggu kutu bas je....utk pegi rombongan kenduri kawin knkawan...heheh..
ada satu lagi kutu yg acik suka...

KUTUUUUUUUUUUUliskan lagu ini...
Ku persembahkan padamuuuuu....

heheh.. itu kutupat boley masuk kategori kutu tak?

iina said...

Lama tak dengar main kutu.. dulu masa baru keje penah gak main kutu.. masa tu takde tanggungan apa2.. memang best ler main kutu.. heheheh sekarang nie nak main malas.. baik simpan duit sendirik bulan2 kan ;)

Faisal said...

ingatkan spell Harry Potter tadi.. hehehe..

kakngah said...

ms sy kecik2 dulu mmg ade kutu. naik longoh tongkok menunduk taim arwah omak cr kutu. jgn berangan la nk rmbut pnjg. manjang kontot yo. dah la rmbut ala2 kombang. cam palo singo adik sy ckp.

ibundo said...

Tijah, aji usop tu maghah-maghah sayang tu. Maghah boto boto kang merajuk sazah, ha..golo dek eh.

acik, oo ado kutu bas yo cik. kutu bas poi langkawi ado tak. masuk namo kpah satu hehe..
kutupat? Oghang tompek acik cakap camtu ko sobab tompek kpah ni cakap e kotupek keh..keh..

ina, kalau pikir betul-betul sama gak kalau kita simpan duit sendiri-sendiri. Targetkan bulan-bulan simpan sekian banyak. Cukup setahun bolehlah pergi nyoping kat Bukit Tinggi. hehe.. orang pompuan takdo ingat lain. Nyopiiiiiiiiiiiing manjang.

faisal,
Cuba try test. Jadik tak.

kakngah,
wey.. tobat kok kopalo ado kutu ni. Takleh tido malam kek gata e. Lobeh relo kalau kopalo kono botakkan yo.

ASH said...

Kutu....
definasi tajuk perbincangan yang hebat musim ini!
ha ha ha!

ibundo said...

ashley, kutu lompat ada tak hahaha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...