Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, February 12, 2009

PHOBIA...................


Otak kolotku selalu mengatakan yang mainan ini adalah gila. Tapi orang tetap suka termasuklah anak-anakku.
"Apa yang korang suka sangat naik mendaalah tu"
"Seronoklah mak. Jom lah naik mak. Jomlah.."
"Brrrrrr....(suara tergigil). Takdo kojo den nak naik bondo tu do. Kang elok-elok naik mak ni bonapeh la'i, turun kang dah kogheh jongkeh omak kau ni" si emak ni kalau nak menangkis cakap anak, lidah secara otomatik kelu nak cakap kelumpur.

Aku dah naik sekali. Orang kata, cukuplah sekali dalam seumur hidup. Sekali yang cukup menjerankan. Masa tu aku ke Dysneyland Florida. Anak baru satu dan masih baby lagi. Darah masih muda. Melihat keseronokan mereka yang menaiki roller coaster ini membuat aku merengek mengada-ngada mahu naik juga. Aku mencubanya bersama suami.

"waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......." bila saja benda itu meluncur turun.
"waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......." bila dia berpusing.
"waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......." bila dia terbalik dan berhenti di atas puncak.
"waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......." bila dia jalan reverse.
Bila berhenti, kepala aku weng weng.
"waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......" aku tak mau naik lagi.

So, anak-anakku. Janganlah nak memandai ajak emak ni naik roller coaster. Tengok pun mak dah semput.

Tiga tahun lepas, ada sepupu datang dari Jakarta. Kami jadi pemandu pelancong. Salah satu agenda ialah naik cable car ke Genting Highland. Aku dah tahu yang aku ni memang tak gemar benda-benda macam ni tapi oleh sebab nak memenuhi permintaan orang, aku turut sajalah. Sebelum naik, kami sempat membeli sedikit jajan kononnya untuk dimakan di dalam cable car sambil menikmati pemandangan.

Fuuuhh... tingginya. Cable car lalu atas pucuk pokok. Aku pandang ke bawah. Sayuuuuuppp..
Aku pandang ke depan. Jauuuuuuhhh lagiiii nak sampai. Bukan kepala lutut saja yang gigil, gigi pun dah ktrrrrrr..... Jajan yang dibeli tak lalu nak makan. Aku tengok makcik-makcik Indon tu pun pucat semacam. Termasuklah laki aku sekali hahaha... Tobat. Lepas tu anak aku ajak naik lagi. Tobat. Itulah kali pertama dan terakhir. Orang kata jangan tak merasa.

Pergi Pulau Sentosa anak aku ajak naik cable car juga. Merentas laut lagi tu.
"Ekau nak naik, naik lah. Omak tak relo. Omak lobeh relo jalan kaki".

Lagi dah tuo ni banyak menda lagi yang aku phobia. Lately aku phobia naik kapalterbang. Cek in je dada aku dah dab dub dab dub. Kapal terbang naik je, aku tutup mata baca apa yang patut. Buat nya cuaca tak elok dan k.terbang terhoyong terhayang...aduyai... tension aku dibuatnya. Ada beberapa kali terkena 'air pocket'. Lagilah aku kecut bila kapal terbang menjunam beberapa saat. Tension. Tobat juga tak nak naik kapal terbang tetapi yang ini aku tobat sambal belacan.

Cuti lepas anak-anak ajak pergi pulau Pangkor. Pulau? Kena naik feri tu.
"Mak okay ke naik feri" anak aku tanya concern.
"Boleh..." Cakap seorang emak yang perasan konfiden.
Tup..tup.. rancangan percutian terpesong ke cameron highland pula.
"Ala.. kata nak pergi pulau Pangkor" anak-anak merengek tak puas hati.
"Mak kata mak tak boleh naik feri. Nanti darah tinggi mak naik" Defend seorang ayah. Si emak cuma diam sambil menyorokkan muka di bawah bantal. Bila anak-anak masuk bilik mahukan kepastian daripada emak, emak pura-pura tidur hehehe..

12 comments:

kakngah said...

hahahhah.. gayat yo kakpah. samo la. sy naik kincir hak bdk2 punye kat genting tu pn kocut perut. naik cable car muka pucat lesi. tp ank2 selamber badak jek betandak kt dlm tu. tak tau gak eh omak eh ni dah cam zombie.
sian la bdk2 xdapek g pangkor... ala kakpah, xlopeh masuk pulau, lepak kat lumut pn ok gak. samo yo sotong eh mo sotong pangkor.

Nizam.Ariff said...

Aku pun tak suka benda-benda yang macam tu...buat saspen je.

julietchun said...

Mak saya tgk funfare pun dia dah kecut perut,hahahha.

Mak Su said...

naik gaks, yang lite-lite ler... yang pusing gila-gila tu tak berani ler, kecut perut! huhuhu

kakpiah said...

sama la..
saya adalah amat penakot dgn menda2 nih..
lepas tengok citer Final Destination 3.. ketakutan saya semakin menjadik2..
sehinggakn naik roler koster kekanak kat genting tu pon saya buleh kebiru2an ketakutan..
mmng menda2 tergantong tinggi2 terjunam sumer nih.. menda gila.. dgn tegasnya saya berkata..
saya tak akan mencuba. sekian tima kaseh...

Tijah said...

sey paling suko bondo2 mencabar adrenalin nih. kok nek keto kabel kek genting tu kan...sey ghoma ontak2'an kaki dlm tu. mmg mencarut2 la capo yg naik sekali tu. huhuhu

lupekanje said...

acik tk penah naek lagi....tk de saper nak ajak acik haa.....hehe...
tpi acik tingin lagik nak buat bungee jumping...

ASH said...

Ha ha ha..Tang roller coaster tu entah macamana saya jadi SYOK..macam macam jenis saya naik. Mula mula jer takut..Lepas tu naik lagi..naik lagi..naik lagi!!
Weee aaaa..weee..aaaa...melepas ketagih kat Six Flags USA...tu zaman umug dua puluhan..Sekarang tak tau laaaa..

ibundo said...

kakngah, tula pasal. budak budak ni tau excited yo. Ontah bondo yang sodap e tak tau la.
Lumut ok ko. Nanti la cubo sokali.

nizam,same le kite ye..

juliet, tu la.. tak leh bandingkan dengan orang muda.

maksu, bukan setakat kecut perut. Semua organ dalaman kecuuutt..

piah, dah tau takut hang pi naik gak, wat apa, haha.. Len kali tak yah naik. Kalau ada orang ajak, kau cipta pelbagai alasan klasik..

tijah. mo kau akak memang tak heran do. Dari caro pamanduan kau yo akak dah buleh agak dah wakaka...

acik, tak ado rugi eh kalau acik tak naik. tak ado untung e kalau acik cubo....hehe..

ibundo said...

ashley, nak tau skang ni boleh naik lagi ke tak, hang pi je kat times square tu. Kpah kalau orang longgok seribu pun, tak nak. takuuutt... takut keras atas kerusi tu..

FARYN said...

kak,jom saya blanje main roller coster..ahhaha

iina said...

Samolah kita kak.. fobia naik tompek tinggi.. den penah naik roller coaster sekali kek disneyland paris.. dari mulo naik sampai ler abis.. den tutup mato yo.. muahahha tau2 jek dah abis.. selamat den ;)

kak keto kabel kek langkawi lagik tinggi tau kak ;) genting tuh kiro tak tinggi bebeno lah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...