Tadi ada budak sakit gigi. Aku tengok giginya banyak yang sudah buruk. Berlubang pun banyak. Ni mesti suka makan gula-gula ni. Dah makan, mak ayah tak mahu ingatkan untuk menggosok gigi. Aku selalu pesan dengan anak murid untuk menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Sekali waktu pagi dan sekali lagi sebelum tidur malam. Maksud aku sekurang-kurangnya.
Ada yang menggosok gigi setiap kali selepas makan. Tak boleh tidak mesti mahu menggosok gigi setiap kali selepas makan. Itu satu amalan yang baik. Itu ialah amalan suami aku. Berus gigi dan ubat gigi sentiasa ada stok di dalam gobok kereta. Percaya atau tidak, gigi suami aku semuanya adalah gigi kekal. Belum sebatang pun patah dan belum sebatang pun kena tampal. Anak-anak? Semua ikut perangai aku. Malas gosok gigi. Cukup dua kali sehari sahaja. Akibatnya, selalulah jumpa dentist.
Ada orang putih ni dia heran dengan amalan kita yang menggosok gigi bila kita bangun tidur. Dia kata, kan sebelum tidur dah gosok gigi. Mana ada lagi sisa makanan. Bila dibagitahu kita gosok gigi awal pagi sebab mulut busuk, dia jawab yang busuk itu air liur. Cukup kalau berkumur saja. Kemudian selepas breakfast baru gosok gigi.
Kalau kita pikir betul juga cakap mat salih tu. Perangai kita ni, gosok gigi dulu. Lepas gedebak gedebuk, kita ambil sarapan. Lepas sarapan, terus blah pergi kerja. Hmm.. mungkin kita perlu ubah tabiat tu.
Aku memang phobia jumpa dentist. Sampai sekarang pun aku takut. Aku takut tengok peralatan yang tajam-tajam. Dah tu pulak, dengar bunyi grnngggggggggggggg... dah cukup buat gigi aku ngilu. Tapi bila dah tak boleh lari lagi, aku rela dalam keterpaksaan.
Aku ingat lagi masa aku kecil aku sakit gigi yang teramat sangat kerana gigi berlubang. Mak dan abah aku bawak jumpa dentist. Aku meraung-raung tidak mahu masuk dalam klinik. Puas mak dan abah pujuk, aku dengan tak malu terus meraung-raung juga dengan penuh perasaan. Orang keliling tengok sambil senyum-senyum. Aku tak peduli. Orang lalu lalang tengok sambil gelak-gelak. Aku tak peduli. Mati akal abah dan emak aku.
Depan klinik tu ada panggung wayang. Abah dapat satu akal. " Kito poi jumpo doktor dulu yo. Lopeh tu kang kito poi nengok wayang" Lebih kurang begitulah abah aku cakap. Agaknya aku ni ada akal kap lam ya nga juga la. Dengar je nak tengok wayang, sebegitu punya heroin tadi meraung melalak, terus senyap. Tak ada manalah sakit nye pun bila doktor tu menggodek gigi aku. Auta je yang lebih. Dan pada petang itu, aku dapat menonton wayang lakonan Latipah Omar dan Nordin Ahmad.
Anak-anak aku telah diajar supaya tidak takutkan dentist. Jadi tidak ada masalah sekiranya memerlukan rawatan pergigian. Nasib baik tidak seorang pun yang mengikut jejak langkah aku.
Berbalik kepada cerita budak yang sakit gigi tadi. Dia merengek-rengek. Aku tak pandai nak buat apa. Aku cuma usik pipinya dan aku jampi "pooooh takal balik pintu, orang nakal memang begitu". Dia terus senyap. Aku cakap nanti ajak emak pergi jumpa dentist. Dia angguk. (Jangan dia bagitau aku jadi bomoh gigi dah).

7 comments:
kak pah,
POOOOH takal pintu?..Ingat kut POOH bear!!
kak pah,
orang putih tu bangun pagi tak solat subuh kut..Kita berus gigi pepagi sebab nak ambik wudhuk dan solat. Kalau setakat kumur jer nanti waktu baca 'walladdoooooliiin' bau MULUT HAPAK..pengsan makmun sebelah.
Kalau bau kesturi ke, pudina ke..tak de le ganggu jemaah sebelah menyebelah! Tak gitu??
Saya berus gigi sekurang kurangnya 5 kali sehari..he he he..dah tebiat!
minum air kosong terus sebaik saja bangun tido utk kebaikan tubuh badan dalaman :)
anak2 saya alhamdulillah, gigi cantik, moga terus kekal hingga tua bangka :))
waaaa... ingt sy jek fobia jumpe dentis.. ade gk geng rupanya. sy rela sakit melahirkn dr jumpe dentis..wakakaka... tp, las month beranikn diri jugak, psl gg dah berlubang.. siap scaling.. yeay... sy berjaya memotivasikn dr...
ashley
haah, orang putih ni pengoto agak e. tengok dalam cerita tv tu, bangun bangun tido je terus breakfast. mandi pun tak. realiti nye macam tu ke?
weh, tebiat ke tabiat.
maksu, kakpah ada gak amalkan minum air kosong tu. itupun kalau tak telupa letak air tepi katil la.
kakngah, haha geng kita. Kpah kalau buat scaling suruh dr kebaskan dulu. tak rasa sakit dan ngeri..
heheh kak sejak duk sini dah 3 gigi saya kena cabut hehehe.. takdelah fobia selamba jek ;) peh tu dah mls nak pergi sebab kat sini kos gigi xcover ngan nhs.. kena byr lain
giler power kak Pah punya mandrem.
teruih ilang sakit gigi budak tu..ahakss
iina, simpan jelah sampai balik mesia. kat sini pun kos dah naik gak.
ungku, tu baru acah je tu. lum betul-betul lai. akak mandrem ekau boleh tak. bia anta puding hehe...
Post a Comment