Perjalanan berlanjutan sehingga dua jam lebih sikit. Sebabnya: berhenti kerana terkucil dan juga singgah dekat-dekat area rumah tijah tu cari makan. Dah jam sepuluh. Pagi breakfast lepas subuh. Dah tu makan roti je sekeping. Kesian kat perut aku. Berenti lah kat kedai mamak apa maju ntah makan tose sadin. Ode sekeping je kongsi dua orang. Nescafe satu kongsi dua orang jugak. Cukup. Perut kitorang ni kecik-kecik je. Bibik aku tak nak turun kereta. Dia bawak bekal dan makan dalam kereta je.

Abah dah tak tinggal di kampung lagi sejak bulan Mei tahun lepas. Setahun selepas mak meninggal, abah tinggal seorang di rumah ini. Kalau masa mengizinkan, tiap-tiap minggu aku akan balik. Kalau masa tak mengizinkan, dua tiga minggu baru aku dapat balik menjenguk abah. Aku ajak abah tinggal dengan aku je tapi abah cakap biarlah dia duduk kampung. Aku risaukan makan minum dan sakit peningnya. Abah cakap tak apa. Tak payahlah aku risaukan dia. Nak makan dia boleh beli kat kedai. Sarapan boleh makan biskut ke, roti ke, megi ke.
Puas aku memujuk. Dia enggan juga. Tapi satu hari tu dalam bulan Mei tahun lepas, abah telefon aku suruh datang ambil dia. Dia kata dah demam beberapa hari dah tapi tak baik-baik. Aku ambil bawa ke Bangi dan sampai lah sekarang abah tinggal dengan aku di Bangi. Kadang-kadang dia balik juga ke kampung untuk beberapa hari bila ada appoinment di klinik Juasseh. Abah aku ni umur nya dah 86 tahun tapi boleh memandu kereta lagi.
Selesai mengemas di dalam, aku ke luar rumah pulak. Aku ajak bibik keluar sama tengok kalau-kalau ada pisang yang boleh di bawa balik.

Aku merayau-rayau keliling kampung dan terjumpa tempat abah aku buat gula anau. Dia jerang air nira untuk jadikan gula anau kat tungku itulah. Gula anau original. Tak ada campur-campur dan tentulah rasanya pun original juga. Gambar kecil tu tempayan tempat ayam bertelur. Ayam abah aku ni lain pesen. Disediakan tempat bertelur, dia nak bertelur dalam pasu tu juga. (aku dah berkira-kira nak sambar je pasu tu bawa balik bangi. Letak kat laman cantik nih..)
Sekarang ayam dah tak ada dah. Semua dah kena korban. Menyusahkan saja bela ayam ni. Makanan nak kena beli lepas tu berak merata-rata.
(Teringat dulu masa kecik kitorang ada satu lagu pasal taik ayam ni. Bunyinya:
Ai seh man. taik ayam atas simen. busuknya bukan main. ditiup oleh angin. Lepas tu terpekik terlolong keliling kampung nyanyi lagu tu)



Semasa bersiap-siap mahu pulang, suami aku membelek-belek baju dalam almari di bilik. Dia mengeluarkan baju dua helai ini dan menyuruh aku membuat satu entry mengenainya. Aku buat satu selingan sajalah di sini..

Bila balik, sempat singgah stesen bas pilah makan cendol. Aku mengidam nak makan cendol pilah ni dah lama. Tapi, umangai.. manisnya. Tak terliur ke tengok cendol tuuuu....


Begitulah aku menghabiskan hari sabtu aku. Malam... buat entry.
11 comments:
br td tgk mjlh 3 psl cendol leman dawi. ni, cendol pilah lak... x buleh jd ni. blk kmpg nx week nk pekono cendol gak...
ooo...org joseh kosan eh. joseh toboh masuk tang pelangai tu ko? ado ko laie bai jua roti sabak situ kak?
cendol basten pilah mmg sodap. mi berahim pun best tapi skrg dah tak pokat cam maghin. iskkk!!! tingat dulu maso skolah cikgu buek rombongan ke kilang mardec tu. nek moyangkan busuk!!!
Dulu den selalu poei juaseh tuh ahh kalau nyelia student kek sekolah menengah teknik juaseh tuh.. then terus singgah bahau umah makcu den.. sonok kan kak dapat balik kg.. baju sejuk itu sungguh nostalgia lah kak.. nie ahh sok den balik baju sejuk yg banyak kek dlm lemari tuh pun bakal jadik gitu gakk berabuk dan takkan pakai dah.
lagu taik ayam tuh klasik lah kak patut buek lagu rakyat tau hehehe ;)
kakngah, cendol skang dah tak ori lagi. Dah campur kacang lah, pulut lah. Sodap yo cendol dulu. cendol sajo-sajo. Banyak lak tu.
Jah, kampung akak kek Joseh pokan, nak poi ko bahau tu. Roti sabak? hehe..roti bai ado lah.
Kau poi kilang mardec? Apolah cikgu kau bawak poi rombongan kek tompek busuk tu. Sobab kek kilang mardec tu lah sungai tompek akak borcomporo marin dah bertoksik..
ina, bahau dah kalahkan pilah. Orang poi shoping ko bahau. Pilah dah tingga jadi pokan mati.
Baju sejuk ko tu nanti buat selimut je lah wakaka..
Ada Cendul lagi....
cantik rumah org tua kakpah. Saya baru lalu kawasan itu 2 minggu lepas hantar anak ke3 ke MRSM Serting.
Aiseh men..kut tak lalu makan pisang pisang yang setandan dan jambu jambu tu, singgah je lah kat rumah saya ni...
he he he..
nak jugak ambik berkat..
nizam, cendol dah habis. urgh...dah jadi angin.
YB, ikut jalan juasseh-bahau ke. Len kali kalau jenguk anak tu, singgah la makan cendol pilah.
ashley, pisang tu memang tak abis. nanti hanta kat tadika. Jambu tak de. Lupa nak petik.
La..apolak tak ngajak balik josseh
kak..baju sojuk tu buleh bawak pi main ice factory kek MINES.
sey dulu skolah kek Gontam. tetiap sabtu ado la muko sey kek pasar minggu..soping bondo makan bawak balik ostel..hehehe
Post a Comment