Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Friday, February 20, 2009

DAHULU DAN SEKARANG

Aku budak kampung. Bergelumang dalam lumpur. Berperang dengan nyamuk. Umur masuk lima belas tahun baru keluar dari kepompong bila dapat tawaran masuk sekolah berasrama. Ia merupakan garis permulaan aku untuk bertukar jadi orang bandar. Rupa boleh tukar. Gaya boleh tukar. Tapi aku tetap tak lupa pada yang satu ini: loghat aku. Sebab lidah dah tebal dan kebas sebab terlalu banyak makan cili api.

Pengalaman semasa kecil memang banyak. Pengalaman aku mungkin tak sama dengan pengalaman orang. Cuma di sini aku nak kongsikan sebahagian daripada pengalaman aku masa zaman budak-budak dulu dengan pengalaman yang dilalui kebanyakan budak-budak sekarang.

dulu-dulu
Dulu mana ada tadika. Emak bapak terpaksa membawa anak ke hulu kehilir sampailah anak masuk darjah satu. Semasa darjah satulah baru anak belajar kenal abc, kenal 123 dan baru belajar pegang pensil. Emak bapak yang sibuk ke sawah akan membawa anak berkubang sama dalam lumpur sebab tak ada orang nak tengok anak di rumah.
Aku pula nasib baik abah aku guru besar. Umur lima tahun dah masuk darjah satu. Kira tere apa!!

sekarang
Umur empat tahun dah masuk tadika. Yang masuk umur tiga tahun pun ada. Cukup satu tahun anak mesti boleh pandai baca sekurang-kurangnya dua sukukata. Kalau tak tahu, siap engkau cikgu.....

dulu-dulu
Hari-hari berendam dalam sungai. Batang paip belum masuk. Nak mandi perigi malas nak cedok. Mandi sungai lagi sedap. Boleh terjun tiruk dari tebing sungai atau dari dahan pokok. Buluh kering tepi tebing dikumpul dan diikat buat rakit. Kemudian berakit ke hilir. Turun. Kemudian tolak rakit ke hulu semula. Berakit lagi ke hilir. Turun. Tolak lagi. Main air sampai kecut mecut.
Ataupun mandi pakai kain batik. Kemudian kecempung-kecempung masukkan angin dalam kain sampai kain jadi macam pelampung. Lepastu menghilir pakai pelampung kain batik.

sekarang
Budak-budak mana boleh main sungai. Emak bapak tak kasi. Lagipun sungai dah banyak toksik. Kalau nak main air, kena ajak emak bapak pergi hotel dan mandi kat swimming pool. Ataupun sewa swimming pool di Uniten atau UKM atau mana-manalah tempat yang ada swimming pool.
Kalau tidak pun, duduk chalet tepi laut. Mandi air laut sampai hitam legam.

dulu-dulu
Permainan banyak guna tenaga. Main polisentri, main bola rounders, main konda kondi, main baling botol, main getah......banyak lagi. Juga berlari keliling kampung takut kena debik dengan bola tenis. Sakit wo. Aku mahir mengira congak dalam kepala sebab selalu main batu sembang.

sekarang
Bermain banyak sambil duduk. Sebab tu ramai yang obese.

dulu-dulu
Kat leher tergantung lastik untuk aktiviti melastik burung. Keluar masuk belukar mencari burung dah buah-buah yang tumbuh liar.

sekarang
Kat leher tergantung henfon untuk aktiviti sms. Keluar masuk shopping kompleks entah apa yang nak dicari.

dulu-dulu
Mahir memanjat pokok manggis, pokok rambai, pokok rambutan dan segala pokok buah-buahan (pokok betik je yang tak panjat). Makan buah tak payah dikait. Makan je atas pokok.

sekarang
Budak sekarang nak panjat tangga pun malas. Naik tangga sampai tingkat satu pun dah semput. Kalau balik kampung, tak kenal mana satu pokok manggis mana satu pokok getah.

dulu-dulu
Baca buku pakai pelita. Malam-malam api pelita terlentok sana terlentok sini. Bila bangun pagi lubang hidung aku penuh dengan jelaga. Kadang-kadang pakai lampu stom. Lampu kaca yang taruk minyak gas tu. Walaupun macam tu, aku gigih baca buku. Tak payah emak dan abah suruh. Aku tau buat sendiri ( lagipun , lepas isyak je diorang dah tidur. Mana ada letrik nak tengok tv)

sekarang
Petik tepi tengah menyala. Kalau blackout sekejap je dah kepoh satu taman. Gelaplah. Panaslah. Ha.. engkorang tak hidup zaman aku. Baru tau apa itu gelap sebenarnya...
Belajar? Dah ada api letrik malas pulak nak belajar. Kena berleter dengan mak bapak dulu baru nak buka buku.

dulu-dulu
Bila dah masuk letrik, abah beli tv. TV hitam putih. Gedabak pulak tu. Tengok Simon Templer dalam cerita The saint. Tengok David Vaugn dalam cerita The Man from UNCLE. Tengok Mission Impossible. Hehe.. korang tahu ke cerita nih.. Mission impossible Tom Cruise tu tak ori lah.

sekarang
TV dah flat screen. Dah nipis pulak tu. Main lekap je kat dinding. Lagilah budak-budak tak boleh bergerak dari depan tv.

dulu-dulu
Budak kampung macam aku selalu makan lempeng pisang dan ubi rebus. Sesekali dapat makan burger, sebulan cerita dengan kengkawan tak habis-habis.

sekarang
Lempeng lempeng ni dah tak dah main dah. Tak western wooo...

dulu-dulu
Kalau PE kat sekolah, budak perempuan pakai short. Tudung belum pakai lagi sebab belum sampai seru untuk tutup aurat. Tapi jarang pula dengar cerita budak perempuan yang rosak akhlak.

sekarang
Semasa PJ pakai seluar panjang dan tshirt lengan panjang. Budak perempuan ke sekolah pakai tudung. Tapi kenapa ek selalu dengar cerita tentang budak perempuan hisap rokok, memukul cikgu dan yang melahirkan anak pun ada.

dulu-dulu
Cikgu suruh buat karangan di sekolah. Lepas tu cikgu bagi komen.

sekarang
Tak ada siapa suruh tulis karangan dalam blog tetapi hari-hari nak tulis. Lepas tu ada pula orang yang bagi komen ha..ha..


15 comments:

ashley said...

Dulu dulu..
time balik sekolah, makan ais kepal. Ais yang disagat kemudian dijadikan bebola dan ditaruh air gula warna merah. Hisap srurrrupp srrruupp..rega 5 sen!

Sekarang,
Ummiiiii nanti kita beli ICE BLENDED yeR!! rega 2 hinggit!

kakngah said...

kakpah.. TV sy dulu2 hak poti kaki ompek... ado sliding door lg....

Mak Su said...

yeah, dulu pakai short masa PE. tak dak hal pun, tak dak jadi isu pun, maklumlah, masa tu tak dak youtube, kah kah kah. sekarang hidup manusia berlegar kat seksual dan fantasi seksual sajork. huh!

Nizam.Ariff said...

Wuiihhh...veteran jugak akak-akak semua ye! Terasa aku muda lagi...

Masa zaman aku dah tak ada ais kepal. Zaman ABC. Aku pernah nampak penjaja ais ABC bubuh kicap Tamin, laku giler ABC dia...

Masa zaman aku, PE budak lelaki je yang pakai short, TAPI masa berkubang balik dr sekolah short semua tanggal... mandi bolen sebab tak nak basah takut bapak marah mandi tengah-tengah hari buta! ada sorang kawan pompuan, dia mandi sama tapi dia pakai shortie ... bila naik darat, main cekup je, masa tu muat tapak tangan lagi HAHHAHAHAHHAA..

iina said...

muhahha kak.. bab tulih blog tuhh terkeno btg idung sendirik lah hehehehe ;) yolah kak.. dulu2 mano ada internet kan.. tulih dlm buku autograf yolah.. idak pun tulih surat cinto berkajang2 depan belakang cam tak cukup kertas yo..

dulu pas sekolah terutama ari jemaat mesti singgah makan cendul kek topi balai rayo.. best ahh kak masa tuh maklumlah sok cuti.. waaa.. ari nie ari jemaat gak.. takdo doh cendul tetegahari nie.. ;)

Ms.Lilies said...

dulu2 lari2la keliling umah keliling kampung ke...xde nya kes ilang2 anak....skrg dok 200m dr umah pun anak dah ilang kena culik...errkkk...mcm2

Tijah said...

sey paling goma becomporo kek sungai. osah best eh. dah la kg sey kek ulu bondo nun..sungai boto2 blakang umah. skrg ni dah tingga parek bulu lali yo...takat nak amek air semayang buleh la tu...

mama_sal said...

wah zaman saya dulu dah ada dah tb kaler..wah kira muda sikit ar hehe..g sekolah jalan kaki, mandi perigi, rasa gak la bergayut cam tarzan kat sungai kampung brisu oh..nostalgiaKUUU!sekarang air sungai dah koreng..perigi pon dan jadi pigi buto.

kakpah said...

ashley. Kpah suka gak singgah kedai ode ais kepal nih. tapi cina yang buat. sebab melayu belum ada yang buat. hang imajin je la... tangan cina tu yang kepal-kepal. entah tangan pegang ape-ape. kita sedap je slurpppppp.....

kngah, wui.. nostalgia tu. kpah pun ada tv cam tu. bilo dah ado tv color tv tu tah mano pogi e. yang tinggal tompek lotak tv tu. Dah jadi tompek simpan buku lak.

maksu, tu la pasal.

nizam, haha.. kami ni makcik makcik bloggers. Tak lama lagi aku jadi nenek blogger pulak wakaka...
...hah? abc taruk kicap? biar betul.

ina, zaman cinto dulu dulu main tulih surat jo. nak nunggu jawapan, sominggu baru dapek. Tak macam arini, sms..internet...tipun... somo ado.
waaa.. akak pun toingat nak makan cendol pilah ni. Lamo tak dapek.

Ms lillies (Camno nak pronounce namo kau ni. lilis ke, lilais hehe). dulu dulu bebudak ke hulu ke hilir dari pagi sampai tengahari (balik jap makan) pas tu keluar semula sampai petang. Mak bapak tak risau pun. Agak nye la tak risau sebab kita ni hepi je merayap sana sini.

jah, oo kampung kau kek ulu bondo yo. kocit marin akak ado gak mandi kek sungai tu. ado umah sodaro kek situ. sungai boto-boto blakang rumah. sojuk amek air e.

mamasal, tv color tu tahun tujuhpuluhan. akak dah anak remaja dah masa tu.

ashley said...

Nizam tu ngarut jer. Mane ade ABC taruh kicap! Air gule tu..gule merah yang pekat sampai hitam tu..mana de KICAP!

kak Pah,
mujur ais kepal ngan ABC kat Semanggol tu orang melayu Islam yang jadi tokeynya.Pak Aji lagi..Mula dia sagat jer ais tu..Dah maju sikit, pakai mesen kayuh tangan. Kemudian dah makin maju, boh mesen letrik!
By that time, aku pun nak ke sekolah menengah daaahh.

kakpiah said...

yg last skalik tu.. tepat kena kat muka saya..
heheheehee..

tp mmng rindu jer rasanya bila tingat balik cara hidup kita dulu.. kalo nk di bandingkan dgn anak2 skarang kan?
hukhuk...

kakpah said...

ashley, time kpah dulu kesedaran ni lum ada lagi. main bantai je makan apa teragak. tak kira cina ke melayu buat. bila ingat balik, kembang tekak nih..

piah, akak ni idup zaman kau belum ada lagi piah. terrrrlalu banyak kenangan manis. bebudak sekarang kalau banding ngan kita dulu, heh.. idup tak edvenceres lagnsung ahaks..

aNIe said...

Salam Kak pah...yang tak tahan yang last tu...

Dulu suruh buat karangan seminggu sekali pun malas...kadang tak buat homework...sekarang orang tak suruh menulis...sibuk nak menulis kat blog...hahahha

Kita sama kak pah...dulu apa yang kak pah tulis banyak mengimbau kenangan saya di kampung...rindunya....

kakpah said...

anie, salam kembali. haha.. tulah. kalau satu hari tak buat entry, terkulat-kulat je rasanya.

Nizam.Ariff said...

Ashley... ye ke? dia henjut botol tu macam kicap je... hahahah
Tapi apa salahnya taruk kicap kan? resepi baru ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...