Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Thursday, February 26, 2009

SI PENDIAM DAN SI BANYAK CAKAP

Ada kanak-kanak yang cukup pendiam. Bila ditanya, dia jawab sepatah. Kadang-kadang tidak mahu menjawab walau sepatah pun.

Di dalam kelas, dia akan duduk diam, tidak bergaul dengan rakan-rakan yang lain. Bila disuruh membuat kerja, dia akan buat kerjanya diam-diam juga. Habis kerja, dia datang ke depan menghulurkan kerja yang sudah disiapkan. Tanpa bersuara juga.

Adalah payah untuk guru mengetahui sama ada anak ini dapat atau tidak benda-benda yang telah diajar. Apabila murid disuruh memberi pendapat, sampai gilirannya dia akan senyap sahaja. Kalau menjawab pun, suara yang keluar dari mulutnya adalah antara dengar dengan tidak.

Soalan yang selalu kami tanyakan pada ibu tentang anak seperti ini:
"Anak puan terlalu pendiam. Dalam kelas tidak mahu bercakap. Dia tak berkawan dengan budak-budak lain"
"Ye ke?...." jawab ibu seakan-akan tidak percaya. "Di rumah mulut dia bukan main lagi. Bercakap tak berhenti. Bila balik saya tanya apa belajar kat sekolah. Dia bercerita apa yang dia dah belajar" jelas ibu.

Ada juga ibu yang menjawab:
"Anak saya ni memang pendiam. Memang tak banyak cakap. Dah macam-macam saya cuba"

Anak pendiam ini menjadi diam mungkin kerana dia seorang anak yang pemalu ataupun memang sudah keadaan dirinya seorang pendiam. Sebab musababnya perlu dilihat pada persekitaran anak. Mungkin ibu bapa atau salah seorang daripada mereka memang pendiam. Mungkin juga anak itu ditinggalkan dengan penjaga yang tidak banyak bercakap. Mungkin juga anak itu hanya bercakap di kalangan keluarga atau orang yang dikenali sahaja.

Apapun sebabnya, anda perlu peka dengan perkembangan personaliti anak anda. Galakkan anak-anak berinteraksi dengan ramai orang, melepasi sempadan adik beradik dan saudara mara.

Anak yang pendiam ini hanya segelintir sahaja. Tidak ramai. Yang ramai di tadika ini adalah anak-anak yang terlebih-lebih cakap dan selalu memberi soalan maut pada cikgu.
"Ummu pakai henbeg baru ye. Henbeg ummu yang lama mana."
"Haah. Yang lama ummu simpan kat rumah"
"Ummu beli kat mana ni"
"Kat melaka"
"Ummu..ummu.. cuba teka ibu saya hari ni pergi kerja pakai baju warna apa"
"Warna merah"
"Salaaaahh. Ibu saya cakap kan umu, kalau pakai baju merah, merah sangatlah makngah.... hehe.. pastu kalau jumpa lembu nanti lembu kejar. Ummu, cuba ummu teka lagi ibu saya pakai baju apa"
"Kuning"
"Salaaah... Apalah ummu ni. Ada pulak pakai baju kuning. Rajalah pakai baju kuning. Cuba ummu teka lagi.."
"Biru" Ei.. penat aku nak melayan budak ni. Sessi berbual-bual mesra ni selalu berlaku masa rehat. Kalau masa lain aku malas nak layan pertanyaan merapu.
"Betuuuuullllllllllllllllllllllllll....... Ummu, cuba ummu teka mak saya pakai henbeg warna apa."
"Aduiii duii..dui.." Aku mengadui sambil menekan perut.
"Kenapa ummu"
"Perut ummu sakit la. Nak kena pegi toilet..." Haha... dapat juga aku melepaskan diri.

Tiga hari ini kelas aku senyap dengan soalan busybody. Anak itu tak datang sebab kena chicken pox.

18 comments:

Nizam.Ariff said...

Suis kak, suis. Tekan kena pada suis, lampu semua nyala...
Tapi, jangan lupa tutup balik, membazir lak karang... hahaha

chekdenoor said...

hehehe.... hmmm...banyak gak ragamnyer ya bila berhadapan dengan budak-budak kecik ni.....

kekadang chekdee terfikir gak... ok ker bukak tadika ni.... sebab chekdee dah biasa dengan budak yang besar ......

julietchun said...

Kekdg seronok lyn budak2 ni, tapi tang kena soklan yg power bleh berasap telinga.

kakngah said...

"Ummu pakai henbeg baru ye. Henbeg ummu yang lama mana."
"Haah. Yang lama ummu dah wakaf kt kakngah" wakakakaka.....
cam imej konsultan pun ade....

kakpiah said...

wakakaka.. tegelak2 saya dia buatnyer..
kehkehkeh..

sama la mcm Rantaro.. tido jer diam..

bebaru nih saya ada tanya dia.. awak ckp apa nih? pokpekpokpek..

peh tu dia jawab..
org bukan bercakap.. org tgh pantun nih..

motip pantun? dia baru belajar berpantun kt tadika minggu nih...
uhuhuhu...

Tijah said...

anak sey pendiam kak...sebijik cam omak eh! hikhikhik

KTS said...

anak sedaraku masuk dlm golongan pendiam kat sekolah...

tapi kalau kat rumah.... hurmmmmm... mau pecah rumah...

ibundo said...

nizam, aku pakai remote control.

chekde, dengan budak tadika kena banyak sabar. Terutama pada mula-mula buka sesi sekolah. nak layan yang melalak, yang nak lari balik, yang taknak masuk kelas blabla...macam-macam. tapi seronok.

juliet, kena soklan power tu yang leh tahan tu..

kakngah, diorang ni very observant. Tau je apa-apa perubahan pada diri kita.

piah, rantaro nih mesti jenis yang mulut tak leh diam kat tadika ni. Potpetpotpet tak tau berenti bercakap. sabau je la cikgu dia....

tijah, akak percaya dengan stetmen kau tu tapi tak terpedaya he..he..

ibundo said...

kutaksempurna, pemalu kot. mak sedara kena bawa dia bergaul dengan ramai orang nih...

Yunus Badawi said...

Banyak cakap biar berisi kalau tak org bengang. Jadi cabaran kpd ibubapa mcmana nak jadikan anak2 ada banyak pengetahuan.
psst - kekadang emak bapak pun tak cukup isi hehehe

aNIe said...

Hahaha...Kak pah...memang anak2 ni banyak perangainya kan...si Fareez anak saya tu kalau kat sekolah pun byk cakap...cuma dgn kengkawan dia aje...dgn cikgu...pemalu...

Mak Su said...

kah kah kah, kakpah, kakpah, cuba teka hari ni saya pakai baju apa.

sesekali, rindu kan kat budak mulut murai ni :D

anak saya ada pendiam dan ada juga yg byk ckp :)

ASH said...

yang banyak cakap tu,kalau dia tanya, saya tanya dia balik..
kalau dia tanya, mak saya pakai baju apa hari ni?
saya tanya dia balik? warna apa?..he he.
kalau dia kata, mak saya pakai kasut warna apa hari ni? saya tanya balik, warna apa?..he he.

budak budak ni kadang nak suruh kita teka jer.. macam teka teki...
dia pun nak duga kita..
samaada kita tahu tak sepertimana dia tahu.
pastu pulak dia pun nak beritahu yang dia dah kenal menda menda atau warna warna..
itu saja..

Yang pemdiam ni yang saya pun pening kepala..

tiap tiap tahun MACAM dah wajib ada pula.Yang tak nak langsung buka mulut. masalahnya TerLAMPAU takut dan pemalu habis habisan..aduii....
Lotih den nak sughuh dia buka mulut..
Nizam,
tak jumpo suis Nizam wehh..GOLAP jerr..den pulok mati akai

lupekanje said...

ye kpah..jgn teguda dgn stetment tijah tu...klu acik mmg pendiam.
acik dulu2kan mmg kurang komunikasi dgn anak2..acik tepikir gak...agaknya diorg ni nnt tau tak bcakap..sbb acik jarang becakap ngan diorg..
masa acik memuda dulupun, kat umah, acik pendiam...
tapi acik paling bnyk bcakap biler dgn kawan2...dan acik rasa, anak2 acik pun camgitu...

ibundo said...

YB, kakpah tak cakap. YB yang cakap, hehe..

anie, pemalu rupanya anak anie tu ye.

maksu, maksu pakai baju hujan. Sebab tadi hujan kan..

ashley, kena buat kelab pendiam dan kelab bising. hehe... ade ke!

acik, agak nya acik ni kat rumah telalu busy mikir apa nak masak, bila nak nyapu etc etc kah kah sampaikan takde masa nak bebual dengan bebudak tu.

mama_sal said...

anak2 zaman sekrg..minum susu mcm2 jenis, tu yg beza2 tu hehe.anak sya dalam kelas alahai..mulut x bunyi tpi tangan berjalan.laie parah

mama_sal said...

k pah..
sudilah kiranya mengambil award dr blog saya..baru siap..berpeluh buat td hehe..

ibundo said...

mamasal, selalu minum susu unta tak.

tq bagi award.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...