Cruising along the river. Menyusur sungai sambil menikmati pemandangan. Pernah berangan untuk menikmati percutian romantik di venice. Itu cerita dulu. Dan angan-angan tak kesampaian.
Pernah juga bercerita-cerita menyusur sungai nile. Buat umrah sambil ziarah ke Egypt. Salah satu event adalah cruising river nile. Tapi dengar cerita dari orang yang pernah melaluinya, mereka dihidangkan dengan tarian gelek semasa di kapal. Terus terbantut niat itu.
Cruising sungai Mekong juga mungkin satu yang menyeronokkan. Boleh melihat Cai Be yang terkenal dengan floating market.
Mana tahu, satu hari nanti aku dapat juga menjadikan angan-angan satu kenyataan. Apa yang nyata, semalam aku cruise sungai Melaka. Setelah sekian lama aku menjadi orang separuh melaka, baru itulah sekali aku mencuba. Itupun secara tak langsung aku nampak signboard river cruise semasa meronda-ronda banda Hilir.
Seronok juga. Bagi yang belum pernah mencuba, cubalah.
Gambar di bawah adalah gambar seseorang yang begitu teruja melihat beca yang terover hias. Siap dengan stereo bambumbambum sepanjang jalan. Penat telinga asek mendengar lagu jefridin.
8 comments:
fuyooohhh! dah cam gadis perarakan kereta berhias sey tengok kak.
errr! gadiskah??
hehehe...
Aku pernah naik cruise awal tahun lepas. Masa tu, bau airnya masih busuk sebab longkang-longkang rumah masih tala ke situ. Sekarang ni mungkin dah ok kut...
meriah sungguh becanya
tijah, tu penyamar. jangan kau tak tau.
nizam,
masih ada bau lumpur.
maksu, tau tak per
adeiihh kakpah...taktahan tgk beca tuh..mesti tinger kpah lagik tk tahan dengan sistem hifi beca tu kan..heheh..jadik minah munger la kakpah..
lagi best kalu kakpah terai kayuh sendirii beca tu..kehkehkeh..
acik, nak terai gak. Tapi cik abang kata jangan nak memandai. langsung tak jadi kah..kah..
waaa.. syok la ronder2 bandar melaka. zaman2 sy kojo kek melako dulu, lun ado laei natang ni sumo. menara tamingsari tu kakapah xnaik ko??
tak aciii..nak naik jugak!
Post a Comment