Followers

jom klik

TADIKA AULAD HAS BEEN MOVED TO ANOTHER LOCATION. CLICK HERE IF YOU WISH TO GO TO TADIKA AULAD

Saturday, February 14, 2009

Jumaat Yang Panjang

Usai solat jumaat kami bergerak dari bangi menuju ke Melaka atas urusan akad nikah anak saudara dan juga urusan kerja suami. Sampai di Melaka kami terus cek in di hotel (setelah terpusing-pusing hampir setengah jam. Buat malu betul. Orang kampung tau mesti kena kutuk). Kami bukan sengaja tak mahu tidur di kampung (Tiang Dua - nama pun buat bulu tengkuk meremang hehe...), tapi suami dapat menginap di hotel free dua malam. Siapa tak nak, kan.

Lepas cek in, letak barang, solat asar, kami bergerak menuju rumah adik. Telefon sudah berdering-dering. Janji pukul enam, dah enam suku tak sampai-sampai. Orang dah menunggu dah ni. (Mana nak tau orang ori melaka tak tau jalan nak cari hotel ni. Kata tempat ni tempat dia besiau lantau masa kecik-kecik dulu). Dah tu pula kat Semabok tu banyak traffic lights. Jem lagi kat situ.

Akhirnya, sampai juga ke destinasi. Adik sudah berdiri bercekak pinggang. Jawab bang, jawab. Aku minta lalu masuk dalam ye....

Selesai tahlil, kami dijamu dengan nasi pergh.. lauk asam pedas. Perut yang memang dah kebulur sejak tengahari dah tak menolak lagi. Asam pedas tu.. Ada kerabu pucuk pegaga pulak. Masak lemak pisang muda lagi. Sambal belacan ada gak. (Aku heranlah, kenapa orang melaka sedara aku ni tak suka cencaluk. Kat rumah aku kalau kenduri, cencaluk mesti tak tinggal punya. Hiris bawang dan cili api, letak petai, perah asam limau. Raja lalu kat belakang pun tak nampak. Nama pun lalu kat belakang.)

Jam lapan lebih kitaorang gerak ke rumah pengantin perempuan untuk majlis akad nikah. Sampai je orang tengah ramai bawah kemah, sedang menjamu selera. Penyambut tetamu mengarahkan kami menunggu di rumah sebelah kerana tuan rumah belum bersedia. Kami masuk. Kami tunggu. Jam menunjukkan hampir pukul sembilan. Dari rumah penganti, Dj sedang becok bla..bla..bla..

Jam sepuluh kami masih lagi di rumah sebelah. Masih menunggu. Bertambah resah.
"Weh, bila nak mula ni. Mata aku dah ngantuk"
"Aku nak kena balik ni. Aku ada keje shift malam"
"Sepatutnya blablabla.."
"Haah kan, blablabla.."
"Bila nak sudah marhaban ni. Nikah lah dulu. Dah selesai nikah kang barulah nak marhaban ke, nak meraban ke.." ini suara orang dah tak tahan nak marah ni.

Aku tengok suami aku dah terlentok kat atas kerusi. Bukan setakat terlentok, dagu dah bertemu dengan perut. Aku taknak letak gambar dia kat sini. Nanti dia kensel nak belanja aku makan ikan bakar malam ni. Mana boleh!

Dah pukul sebelas baru akad nikah. Mak datuk ai, belum pernah lagi aku tengok orang bernikah sebelas malam. Nasib baik pengantin lelaki tak tertidur. Laju je pulak tu baca akad nikah. Pukul duabelas pasukan kompang pakpakpakpakpak pungpungpung...... berarak bersama pengantin untuk majlis berinai pulak. Aku dah tak larat. Orang sebelah suruh bangun pergi tepung tawar, hati dah tawar nak bangun. Penat tu. Dari tengahari tak relek ni.

Bila majlis selesai, kitaorang blah meninggalkan pengantin. Dalam kereta sempat lagi buat lawak antarabangsa.

Balik terus buummm nyenyak sampai pagi. Breakfast pagi tadi pertama kali aku jumpa telur ni. Century egg. Telur putih tu macam lengkong. Aku geli nak makan. Aku ni kan kolot sikit. (sikit je)

10 comments:

lupekanje said...

sodap asam podeh ngan cencaluk..tpi klu dah ada asam podeh, tk yah la cencaluk dah...nnt ilang nikmat makan..sbb dedua sedap...sedap + sedap...negetip...jadik ilang sedap...heheh
waaa..duk otel free gitu..klu acik pun misti tk tolaknya..biaq pi la org kg nk kata aper...
nikah kul seblas...oklah tu..sib dia tk pospon kul 8 pagi sok nye...muahaha..

ASH said...

Telur mende tu kak Pah?
ha ha ha....
bukan bunga telur ye?
he he he
(lain macam jer aku punya gelak ni)

julietchun said...

Nasib baik pengantin lelaki tak mamai tem jwb akad nikah tu, huhuhu, kalo tak maunya akak tunggu terus sampai bersanding, takyah balik2 dah,hahahha. Telur tu cam kristal la, misteri nusantara tol.

kakngah said...

ha... tolo lengkong tu buleh msk senarai benda ajaib dak juliet....
sy pn dh lama tak msk bndr melaka. rsnye sy pn blh sesat. skrg kalu blk kmpg nenek pn takat selandar jek...

Tijah said...

alaahhhh....dah taip panjang2 tadi ilang lak dehhhh....

Tijah said...

kpah. kok lenkali kok jumpo jenglot bawak blk taw? juliet kirim tuhh..sey dah cr satu senawang takdo la plak...

Anonymous said...

aik, mak pon dah jd blogger tegar ke?wakaka

iina said...

kak pah nikah kul 11 malam? bior betul tuh kalau belah sedara saya mau kena kutuk ngamuk tuh hehhehehe.. kalau saya dah balik tiduran lagik best.. oo telur itu cukup antik.. telur ke lengkung tuh?

ibundo said...

acik, kau salah culculation tu cik. sodap + sodap = 2 kali sodaaaaaaaaaaap.

ashley, telur ar. aku cubit sikit tang ujung. rasa macam lengkong. pastu tingalkan je.

juliet, akak tanya tuan rumah ada bilik siap katil ngan bilik air yang kosong tak. Dia kata tak de. Kok tak mau tido terus kat situ.

kakngah. melaka dah bayak jalan baru. akak pun dah tak cam jalan.

tijah. jenglot? ado. kau nak boghapo kilo wakaka..

imah, wakaka.. ayah yang aja

ina, dah nak gaduh dah hehehe..

ASH said...

kak Pah,
Si Timah tu baru tahu ke mak nye dah kemaruk BLOGGING!!

Sebab si Timah tu bagi komen kat blog ayahnya lah..saya boleh trace Kak Pah punya 'rahsie' tempohari tuu..he he he..

bila nak sambung cerita kat blog tu? ke dah buat lain dah..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...